Monday, June 23, 2014

Sedang menggatakkan diri......ong....ong....degedekgedek.....

          Semenjak vle- frog diperkenalkan dan chromebook dibekalkan, bertungkus lumus aku mempelajari macam mana nak menggunakan katak nie secara maksimum dan berbaloi-baloi. bayangkan tanpa kursus penggunaan yang betul-betul mengadap tidak diberi sedangkan berkali-kali Guru Besar meminta agar aku memberi taklimat penggunaan kepada semua guru di sekolah. Trepaksa "eksplore" sendiri dan dibantu oleh Cikgu Nuru Asmat yang celik it.Kami bersama merangka temujanji secara profesional tetapi terlalu banyak kekangan yang memaksa kami membatalkan LADAP. walau bagaimanapun, keraskan hati, akhirnya dapat juga kami laksanakan permintaan boss di mana in house penggunaan vle-frog dalam slot LADAP hujung tahun 2013 dan awal tahun 2014. 

Walau bagaimanapun, taklimat penggunaan vle kepada murid hanya dapat dijalankan pada masa-masa tertentu. kepercayaan kepada semua guru telah diberikan agar guru mata pelajaran dapat membimbing pelajar masing-masing mengikut masa dan waktu yang sesuai untuk melaksanakan vle kelas masing-masing. Saya selaku Guru ICt hanya dapat membantu mana-mana kelas yang tidak terkena dengan kelas wajib saya. insyaalllah, vle ini dapat diperluaskan menjelang akhir tahun 2014.....Terima kasih atas bantuan semua guru SK Serkam atas kerjasama yang diberikan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!