Aktiviti mengelas benda mengikut
golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi kordinasi mata dan tangan.
Aktiviti –aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun , mencantum
dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti
kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk
huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda
yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus
dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan
sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan.
Setelah murid-murid menjalankan
latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan
cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di
kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di
mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis.
Berikut ini adalah beberapa contoh
kegiatan pra tulisan
1. Mari Menabung
Alat
yang diperlukan:
o Kotak kasut yang salah satu sisinya
mempunyai lubang, pstikan lubang berada tidak sejajar/searah satu dengan
lainnya, hal ini agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan.
o Duit syiling/butang baju (lebih baik
jika dengan pelbagai ukuran)
§ Permainan melatih pola pegang alat
tulis (3 jari), koordinasi mata tangan, serta melatih kecekapan dan kelembutan
jari tangan serta pergelangan tangan (bila anak mencuba memasukkan duit syiling
/butang baju dengan pelbagai posisi
lubang.
2. Membantu menjemur
Alat
yang diperlukan:
o Penyepit kain
o Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin
o Tali diikat diantara dua kerusi)
§ Permainan melatih pola pegang alat
tulis (3 jari), melatih kekuatan jari-jari dan koordinasi dua tangan serta
koordinasi mata-tangan.
3. Memasukkan kacang hijau ke dalam penyedut air
plastik
Alat
yang diperlukan:
o Penyedut air plastik dan kacang hijau
§ Permainan melatih pola pegang alat
tulis, koordinasi dua tangan, koordinasi mata-tangan, melatih kecekapan dan
kelembutan jari tangan serta melatih konsentrasi dan kesabaran.
4. Menguli dan membuat rekaan menggunakan
doh
Alat
yang diperlukan:
Tepung gandum,garam,pewarna dan
sedikit minyak
Permainan melatih koordinasi
mata-tangan, melatih mengawal
kekuatan dan gerakan jari
tangan si kecil.
5. Melakar
bentuk (objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas
permukaan berlainan seperti
di udara dan di pasir.
Alat yang diperlukan:
Pasir,besen atau bekas yang besar.
Permainan melatih
koordinasi mata-tangan, melatih mengawal
kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.
6. Menyambung Titik
Alat
yang diperlukan :
Pensil,pensil
warna, kertas putih.
Permainan melatih koordinasi
mata-tangan, melatih
mengawal
kekuatan
dan gerakan jari tangan si kecil.
Aktiviti di atas merupakan contoh yang
boleh dikembangkann menjadi kegiatan pra menulis yang bertujuan untuk
menyediakan murid untuk menulis dengan baik dan berminat.
Nota: Ini adalah hasil analisis yang boleh dikongsi
bersama. Rujukan ddiambil daripada pelbagai sumber.
Amatlah diharapkan usaha ini mendapat keberkatan.
0 comments:
Post a Comment