Monday, June 23, 2014

Sedang menggatakkan diri......ong....ong....degedekgedek.....

          Semenjak vle- frog diperkenalkan dan chromebook dibekalkan, bertungkus lumus aku mempelajari macam mana nak menggunakan katak nie secara maksimum dan berbaloi-baloi. bayangkan tanpa kursus penggunaan yang betul-betul mengadap tidak diberi sedangkan berkali-kali Guru Besar meminta agar aku memberi taklimat penggunaan kepada semua guru di sekolah. Trepaksa "eksplore" sendiri dan dibantu oleh Cikgu Nuru Asmat yang celik it.Kami bersama merangka temujanji secara profesional tetapi terlalu banyak kekangan yang memaksa kami membatalkan LADAP. walau bagaimanapun, keraskan hati, akhirnya dapat juga kami laksanakan permintaan boss di mana in house penggunaan vle-frog dalam slot LADAP hujung tahun 2013 dan awal tahun 2014. 

Walau bagaimanapun, taklimat penggunaan vle kepada murid hanya dapat dijalankan pada masa-masa tertentu. kepercayaan kepada semua guru telah diberikan agar guru mata pelajaran dapat membimbing pelajar masing-masing mengikut masa dan waktu yang sesuai untuk melaksanakan vle kelas masing-masing. Saya selaku Guru ICt hanya dapat membantu mana-mana kelas yang tidak terkena dengan kelas wajib saya. insyaalllah, vle ini dapat diperluaskan menjelang akhir tahun 2014.....Terima kasih atas bantuan semua guru SK Serkam atas kerjasama yang diberikan.

Saturday, June 21, 2014

Tarikh Penting Islam Tahun 2014 : Tarikh Awal Ramadhan / Puasa 2014


Kejap dah nak puasa kan. Tinggal berapa hari sahaja lagi. Siapa yang belum mengganti puasa yang lepas, pastikan menggantikannya. Bila tarikh untuk umat Islam mula berpuasa?


Bahasa – Menahan diri.
Istilah Syarak – Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.







Friday, June 20, 2014

Teknik Menghafal sifir

Boring betul la.... dah  pesan , cuti 2 minggu hafal sifir 2-9....hapahhh.....
memang la susah nak menghafal, tapi bila dah hafal petik jari je buat mate. takde la terkial-kial bila ditanyer...
Banyak betula alasan...terro buat buat alasan...kreatif.....
Ala nak oiii....tice pun penah sekolah dulu. Tice pun kena hafal sifir jugak....
Ingat lagi, cikgu mate tice. Arwah Cikgu Noraman. Mak ai,,,muka ampang2 garang...rambut n misai melintang kaler putih. Dengar tapak kasut je, kelam kabut tice n the geng. Jam tu maner2 kawan yang belum hafal sifir dah standby punggung ngan tapak tangan. Cikgu masuk je...rotan halussssssssss kat tangan. 
hehehehe.....mari kita tengok sapa yang kene........
Tice penah rase rotan halus mulus tu....bedesasssssss cium tapak tangan. 
Dah la tu.....x abis lg tu......
sambung diri atas kosi....jam tu kosi dah naik atas meja.....tinggi x tice??
Akhirnya....berjaya gak tice hafal sifir....
Tp mmg betul la kata Cikgu Noraman.... senang je nak pandai mate....hafal sifir no1, lain2 bole adjust
masuk dewan pekse UPSR tahun 1989 di Sk Kampong Melayu Kluang Johor.....
Score A , Matematikkkkkk......mmmm ..... mmg bebaloi2
Sampai sekarang tice masih ingat kat arwah cikgu....moga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman
jasa allayarham x dapat tice lupakan....hingga kini....al-fatihah

Ok habis citer sedih tice. 
Buat anak didik SK Serkam......sudah2...jgn nak berangan. hafal sifirrrrrrr.................!

video




Petua amalan ibubapa untuk anak yang menduduki peperiksaan…


Petua amalan ibubapa untuk anak yang menduduki peperiksaan…
Insyallah semoga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t. 


Caranya dengan mengumpulkan alat-alat tulis yang bakal digunakan oleh anak-anak semasa
peperiksaan. Dalam keadaan berwuduk, genggamlah alat-alat tulis itu kemudian amalkan bacaan-bacaan berikut :


1 ::  Al-Fatihah (7 kali)

2 ::  Selawat (7 kali)

3 ::  Subhanallah (44 kali)

4 ::  Alhamdulillah (44 kali)

5 ::  Allahhu Akbar (44 kali)

6 ::  YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)

7 ::  dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-


Ya Allah, YaHayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. 
Ya Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu 
di atas seruan dan perintah-Mu… 
Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, 
lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu 
dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu… 
Amin Ya Rabbal Alamin…

Setelah selesai bacaan-bacaan ini, tiupkanlah pada alat-alat tulis yang digenggam itu.
Letakkan di tempat yang tinggi dari aras punggung dan elakkan dari dilangkah…

Keesokan harinya, ketika anak-anak bersedia untuk pergi menduduki peperiksaan. Ambil
segelas air, dalam keadaan berwuduk amalkan bacaan seperti di atas (1-7), tiupkan pada segelas air itu lalu diberi minum kepada si anak… Insya-ALLAH dipermudahkan anak-anak itu menghadapi peperiksaan…


Doa ini juga bagus diamalkan oleh ibubapa. 

Caranya: hendaklah ibubapa meletakkan tanga di atas dahi anak dan bacakan doa ini. (Doa ini adalah yang di doakan oleh Nabi SAW kepada Ibnu Abbas ra)


اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ


Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat. Sebaik-baik doa ialah mendoakan orang lain dimana orang itu tidak mengetahuinya.
Buat anakanda Muhammad Izzuddin B ismail, doa ummie dan ayahanda sentiasa mengiringi anakanda walau di mana anakanda berada. berusahalah dan belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan kamu. Ummie dan ayah yakin kejayaan dan  kecemerlangan akan anakanda perolehi. Sesungguhnya peracangan Allah adalah perkara yang terbaik buat anakanda.Berusaha dan bertawakallah.....




*lovealong.....*

LAMA TAK BERBLOGGING

HI Uolls,

Apa khabar semua? rasanya macam dah berkurun tak berblogging....selalunya every week mesti tangan ni gatal je nak menaip.....yelah, betul jugak kata kata sesetengah orang yang kalau nak menulis even for topic yang mengarut pun mesti nak kena ada idea...

Masalahnya otak akak blank......tak dak mood nak taip....tak dak mood nak tengok laptop ..... pokok pangkalnya semua tak dak mood..... lagi pun akak sibuk mengurus diri, keluarga, anak-anak, sekolah dan macam2 lagilah....pendek kata " akak bz uuuuu...."



Tapi mood makan still ada.......hahhahhaha

"Lamb Chop satu!!!!!




Tiba2 teringin pulakkkkkk nak mkn bende ala nie..... mane nak cari....mane nak carik....
Now, x sesuai la pulak... balik kang nak try ngendeng2 mr hubby la.....mintak dibawakkan makan ala2 omputih nie....

Monday, November 26, 2012

Sape nak bagi aku benda ala nie la pulak..........!

Giler gadget.........iPhone 5





Tangkapan dr hubby.....made in Langkawi.....

Tidak kugila pinggan mangkuk......tidak juga kain batik.......kristal......toto.....
Tapi kugila kan ini .....yeah......ini dia.....





Hubby.....Selamat Ulangtahun yang ke 39 Tahun....

"Ya Allah... Sesungguhnya kehidupan di dunia ini ibarat kerdipan mata, terlalu singkat jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal. Mohon padaMu Tuhan, jangan Kau lekakan aku dengan keindahan dunia yang sementara ini."

Selamat Hari Lahir Buat Suami .... Ismail B Md Sani
Insan yang penuh dengan kasih sayang...

Aku bersyukur kerana diberikan aku masa untuk mengenali erti kasih sayang dari insan yang bergelar suami. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan memberikan aku masa untuk mengenali dan bersamamu hingga saat ini..

Doa ku tujukan khas buatmu tika bersujud agar kehidupan kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Tuhan. Buatmu suami tercinta, semoga hidupmu di berkati Allah, di panjangkan umur, dimurahkan rezeki yang diberkati dan diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama melakukan ibadah dan menikmati dunia ini..

- AMIN -



Activities harian di Aini Fitness, Serkam....

Aini Fitness
Terletak di Taman Serkam
Yeayyy...seronok join aerobik ni.
Aku ambik 5 jam seminggu.
Kelasnya ada pagi, ada petang dan ada malam.
Pilih yg mana sesuai dgn jadual sendiri.

Malam tadi beraerobik lagi.Hari ni dangdut dance.
Seronok dan enjoy.
Bergelek...berlenggok...bermambo....Dan ber...ber...ber....
keluarkan peluh, aktifkan diri, gerakkan tulang dan sendi,
lompat atas dan bawah, bergerak ke kiri dan ke kanan,
pusing ke depan dan ke belakang...ahhh terasa ringan badan.
Selepas sejam, peluh menitis keluar.

Seronok lagi kerana mendapat ramai kenalan baru.
macam2 kawan ada.
Macam2 latar belakang.

Yalah, dalam usia begini, selain menjaga kesihatan dan pemakanan,
aku juga kena lebih rajin bersenam.
Gaya hidup sihat mesti dilakukan.

Lebih seronok lagi, aku mendapat ramai kenalan baru.
Banyak perkara Dan hal2 wanita dapat dikongsi bersama....

Sapa nak join kelas aerobik?
Meh laa kita sama2 sihatkan badan dan cergaskan diri.

Mandi manda di hot spring.......

















Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!