Thursday, March 17, 2011

Dapatkan kembali fail yang dah hilang

Ari tu kita dah sEmbang 2 benda ttg Teknik dan panduan komputer, software, dan Internet.Kali nie kita sambung lagi lah... kali nie Y nak share ilmu ttg bagaimana nak dapatkan kembali fail yang dah hilang dlm pc ke...laptop ke....

Apabila kengkawan terdelete satu-satu fail, kemudian kawan2 kosongkan Recycle Bin, adakah fail tersebut sudah hilang buat selama-lamanya? Tidak sama sekali. Malah, kalau kawan2 format hard disk sekalipun, masih ada lagi jalan yang boleh diambil untuk mendapatkan kembali fail tersebut.

Sebenarnya, apabila kawan2 delete fail tersebut, Windows hanya akan menyembunyikannya dari pandangan kawan2. Fail itu masih ada dalam hard disk, selagi fail baru belum masuk. Setelah kawan2 memasukkan fail baru ke dalamnya, peluang untuk mendapatkan kembali fail yang lama tadi semakin susah.
Untuk mendapatkan kembali data-data yang telah hilang ni, kawan2 memerlukan recovery software. PC Inspector File Recovery merupakan satu software percuma yang bagus bagi tujuan ini. Ia menawarkan tiga jenis recovery, iaitu:

  1. Fail yang kawan2 telah delete.
  2. Fail yang hilang akibat format Hard Disk, PC hang, dan sebagainya.
  3. Partition yang hilang secara tiba-tiba


    Jika kawan2 hanya ingin mendapatkan kembali fail yang kawan2 baru sahaja delete (mungkin secara tidak sengaja), Restoration merupakan pilihan yang baik. Ia juga sangat pantas dan berkesan dalam mencari fail.
    Apa pun, perlu diingat bahawa recovery adalah merupakan pilihan terakhir kawan2. Ini kerana, tidak semua proses recovery adalah mudah dan terjamin. Lebih baik kawan2 sediakan backup pada dokumen-dokumen kawan2 sebelum menyesal di kemudian hari ^^

    Selamat mencuba...!


    0 comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

     

    Designed By Blogs Gone Wild!