Friday, March 18, 2011

7 Perisian Yang Perlu u all Miliki

Ramai kengkawan Y bertanyakan tentang 7 perisian yang paling Y gemari. Hmm.. Sebagai penggila software, tujuh pastinya bilangan yang terlalu sedikit! 
Tapi Y tetap cuba untuk senaraikan perisian-perisian yang paling berguna buat Y, dan Y yakin ianya juga berguna buat kengkawan. 
Jadi, di sini Y persembahkan tujuh perisian yang perlu kengkawan miliki:

Opera

[http://www.opera.com/] [Review]


Banyak kengkawan yang tak tau Y obsesi terhadap Opera. Oleh kerana 70% dari masa komputer  Y dihabiskan dengan melayari Internet, Y perlukan sebuah web browser yang berkuasa. 
Opera merupakan web browser yang pantas, bersaiz kecil, serta tidak menggunakan banyak memori. Malah, Opera juga berfungsi sebagai klien emel Y.

Satu keistimewaan Opera yang paling unik ialah, ianya mempunyai segala macam shortcut yang yang mampu menjadikan penggunaan Internet harian u all jauh lebih mudah.
Jika u all mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan pelbagai shortcut ini, sudah tentu Opera akan menjadi web browser yang terpantas di dunia untuk u all.

Launchy

[http://www.launchy.net/] [Review]


Terdapat berpuluh-puluh program yang terdapat di dalam komputer Y, macam mana nak ingat semua? Dengan Launchy, Y tak perlu fikir di mana program itu berada. Y juga tak perlu tercari-cari di mana letaknya program tersebut di dalam Start Menu.
Dengan Launchy, Y hanya perlu taip nama program tersebut dan ia akan dilancarkan secara serta-merta. Satu software yang pastinya akan menjadikan hari u all lebih cekap dan efisien!

FreeCommander

[http://www.freecommander.com/] [Review]


Walau berapa banyak folder yang terdapat di dalam komputer Y, hanya tujuh buah folder sahaja yang kerap digunakan. Dalam FreeCommander, Y tetapkan ketujuh-tujuh folder ini kepada shortcut key agar Y dapat membukanya dengan sekelip mata.
Fungsi dual-pane dalam FreeCommander juga menjadikan operasi copy dan paste menjadi sangat mudah. Tanpa software dual-pane explorer seperti FreeCommander, hidup komputer Y pastinya lebih melecehkan.

FeedDemon

[http://www.newsgator.com/individuals/feeddemon/default.aspx]



Membaca dan mengikuti blog memang seronok. Namun apabila u all ada lebih 50 buah blog yang diminati, siapa ada masa untuk melawat kesemua blog ini? FeedDemon akan mengingatkan Y jika mana-mana dari blog ini telah dikemaskini dengan kandungan yang terbaru.
Membaca dari FeedDemon juga lebih pantas dari melayari laman web tersebut, kerana ianya hanya memaparkan tulisan dan gambar berkaitan sahaja, tanpa memaparkan elemen-elemen lain dalam laman web, sesuai untuk pengguna yang mempunyai sambungan Internet yang lemah.Bukan itu sahaja, Y juga boleh menanda mana-mana kandungan yang menarik, agar boleh dibaca dengan lebih lanjut pada kemudian hari.

Picasa

[http://picasa.google.com/] [Review]



Meskipun bukan seorang jurufoto profesional, Y sangat suka mengambil gambar. 
Picasa pula berfungsi sebagai album untuk segala foto Y. Picasa mempersembahkan kesemua foto di dalam komputer u all dengan mudah dan menarik. 
U all juga dapat membuat pengubahsuaian yang asas seperti crop, straighten, dan red eye. Tak lupa juga fungsi eksport foto yang memang menyenangkan.
Sebenarnya, susah untuk Y gambarkan keistimewaan yang terdapat pada Picasa. Cukuplah Y katakan bahawa Picasa merupakan software pengurusan foto yang terbaik sekali.

CCleaner

[http://www.ccleaner.com/] [Review]




Jika u all sayangkan bilik u all, dah tentu u all akan pastikannya sentiasa bersih, kan? Begitu juga dengan komputer. Gunakan CCleaner untuk membersihkan segala sampah-sarap yang terdapat dalam PC anda supaya ia dapat berjalan dengan lebih lancar.

WikidPad

[http://www.jhorman.org/wikidPad/]


WikidPad adalah buku nota Y. Di sinilah Y tuliskan nombor telefon kawan-kawan, senarai barang yang hendak dibeli, dan alamat laman web yang hendak dilawati. Apa sahaja yang u all hendak catat, catatkannya di dalam WikidPad.Sebab utama Y sukakan WikidPad? Kerana ianya mudah dan ringkas.
Ok, dah cukup tujuh dah. Kesemua software yang disenaraikan di atas boleh anda download dari laman web masing-masing. Dan jangan bimbang, kerana semuanya percuma ^^

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!