Sunday, March 27, 2011

Shortcut Key Dalam Windows

Dengan menggunakan shortcut key, kita dapat menjimatkan masa dengan melancarkan
arahan – arahan yang biasa digunakan, contohnya buka My Computer, lock komputer, dan macam – macam lagi.
Berikut merupakan senarai shortcut keys dalam Windows. “Win” adalah kekunci yang ada logo Windows tu.

Win + E Buka My Computer
Win + D Tunjukkan desktop (semua window yang dibuka akan minimize)
Win + M Minimize semua window yang dibuka
Win + F Buka Find
Win + Ctrl + F Buka Find Computers
Win + R Buka Run
Win + U Buka Utility Manager
Win + L Lock komputer
Win + Pause/Break Buka system properties
Win + F1 Buka Windows Help and Support
Win + Tab Tukar program yang berada di atas taskbar
Seterusnya…

Shortcut Key Fungsi
Alt + Tab Tukar program yang sedang dibuka.
Alt + Shift + Tab Sama seperti Alt + Tab, tetapi pilihan ke belakang
Alt + Double Click Buka properties bagi fail dan folder
Alt + Enter Buka properties bagi fail dan folder
Alt + Print Screen Print Screen bagi Windows yang aktif sahaja
Ctrl + Alt + Del Restart komputer atau buka Task Manager
Ctrl + Esc Klik pada Start menu
Alt + Esc Tukar program yang berada di atas taskbar
F1 Aktifkan help bagi program yang sedang dibuka
F2 Rename fail yang dipilih
F3 Buka Find
F4 Pilih drive di dalam My Computer atau sewaktu browse file
F5 Refresh
F10 Mengaktifkan menu bagi program yang sedag dibuka
Shift + F10 Right click pada kawasan yang dipilih
Alt + F4 Tutup program yang sedang dibuka
Ctrl + F4 Tutup window di dalam program yang sedang dibuka
Shift + Delete Buang fail tanpa melalui Recycle Bin

Friday, March 25, 2011

Movie Maker Video Editing Tutorial


Esok Tice Y ader buat Bengkel Movie Maker tok student2 tahun 4 - 6.
Tapi peserta bengkel terhad hanya 20 org je...mana x nyer,pc ader 20 buah jer..nak wat camner??
Tu pun maner2 student yg nak bwk laptop, tice kena la jugak kata ok.x kan x bg.
Tp keselamatan laptop, awal2 lagi Tice dah ckp....tice x mau tanggung....So..malam nie tice nk stanby manual tok bengkel sok.harap2 berjaya la plan tice kali nie...moga anak2 kampung tice sumenyer celik It.Tice try tolong maner yg mampu....huuhuhu.....

Friday, March 18, 2011

7 Perisian Yang Perlu u all Miliki

Ramai kengkawan Y bertanyakan tentang 7 perisian yang paling Y gemari. Hmm.. Sebagai penggila software, tujuh pastinya bilangan yang terlalu sedikit! 
Tapi Y tetap cuba untuk senaraikan perisian-perisian yang paling berguna buat Y, dan Y yakin ianya juga berguna buat kengkawan. 
Jadi, di sini Y persembahkan tujuh perisian yang perlu kengkawan miliki:

Opera

[http://www.opera.com/] [Review]


Banyak kengkawan yang tak tau Y obsesi terhadap Opera. Oleh kerana 70% dari masa komputer  Y dihabiskan dengan melayari Internet, Y perlukan sebuah web browser yang berkuasa. 
Opera merupakan web browser yang pantas, bersaiz kecil, serta tidak menggunakan banyak memori. Malah, Opera juga berfungsi sebagai klien emel Y.

Satu keistimewaan Opera yang paling unik ialah, ianya mempunyai segala macam shortcut yang yang mampu menjadikan penggunaan Internet harian u all jauh lebih mudah.
Jika u all mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan pelbagai shortcut ini, sudah tentu Opera akan menjadi web browser yang terpantas di dunia untuk u all.

Launchy

[http://www.launchy.net/] [Review]


Terdapat berpuluh-puluh program yang terdapat di dalam komputer Y, macam mana nak ingat semua? Dengan Launchy, Y tak perlu fikir di mana program itu berada. Y juga tak perlu tercari-cari di mana letaknya program tersebut di dalam Start Menu.
Dengan Launchy, Y hanya perlu taip nama program tersebut dan ia akan dilancarkan secara serta-merta. Satu software yang pastinya akan menjadikan hari u all lebih cekap dan efisien!

FreeCommander

[http://www.freecommander.com/] [Review]


Walau berapa banyak folder yang terdapat di dalam komputer Y, hanya tujuh buah folder sahaja yang kerap digunakan. Dalam FreeCommander, Y tetapkan ketujuh-tujuh folder ini kepada shortcut key agar Y dapat membukanya dengan sekelip mata.
Fungsi dual-pane dalam FreeCommander juga menjadikan operasi copy dan paste menjadi sangat mudah. Tanpa software dual-pane explorer seperti FreeCommander, hidup komputer Y pastinya lebih melecehkan.

FeedDemon

[http://www.newsgator.com/individuals/feeddemon/default.aspx]



Membaca dan mengikuti blog memang seronok. Namun apabila u all ada lebih 50 buah blog yang diminati, siapa ada masa untuk melawat kesemua blog ini? FeedDemon akan mengingatkan Y jika mana-mana dari blog ini telah dikemaskini dengan kandungan yang terbaru.
Membaca dari FeedDemon juga lebih pantas dari melayari laman web tersebut, kerana ianya hanya memaparkan tulisan dan gambar berkaitan sahaja, tanpa memaparkan elemen-elemen lain dalam laman web, sesuai untuk pengguna yang mempunyai sambungan Internet yang lemah.Bukan itu sahaja, Y juga boleh menanda mana-mana kandungan yang menarik, agar boleh dibaca dengan lebih lanjut pada kemudian hari.

Picasa

[http://picasa.google.com/] [Review]



Meskipun bukan seorang jurufoto profesional, Y sangat suka mengambil gambar. 
Picasa pula berfungsi sebagai album untuk segala foto Y. Picasa mempersembahkan kesemua foto di dalam komputer u all dengan mudah dan menarik. 
U all juga dapat membuat pengubahsuaian yang asas seperti crop, straighten, dan red eye. Tak lupa juga fungsi eksport foto yang memang menyenangkan.
Sebenarnya, susah untuk Y gambarkan keistimewaan yang terdapat pada Picasa. Cukuplah Y katakan bahawa Picasa merupakan software pengurusan foto yang terbaik sekali.

CCleaner

[http://www.ccleaner.com/] [Review]




Jika u all sayangkan bilik u all, dah tentu u all akan pastikannya sentiasa bersih, kan? Begitu juga dengan komputer. Gunakan CCleaner untuk membersihkan segala sampah-sarap yang terdapat dalam PC anda supaya ia dapat berjalan dengan lebih lancar.

WikidPad

[http://www.jhorman.org/wikidPad/]


WikidPad adalah buku nota Y. Di sinilah Y tuliskan nombor telefon kawan-kawan, senarai barang yang hendak dibeli, dan alamat laman web yang hendak dilawati. Apa sahaja yang u all hendak catat, catatkannya di dalam WikidPad.Sebab utama Y sukakan WikidPad? Kerana ianya mudah dan ringkas.
Ok, dah cukup tujuh dah. Kesemua software yang disenaraikan di atas boleh anda download dari laman web masing-masing. Dan jangan bimbang, kerana semuanya percuma ^^

Thursday, March 17, 2011

6IXTH SENSE - Menyesal



Layan lagi...tp lagu nie paling Y minat.Kenapa??? jgn tanyer...sebab Asmara la.....

Asmara...o....asmara......!



Tau x citer nie?? Y mmg minat giler citer nie started from part 1 lg...Alahai romantiknya si Asmara nie....Terpikat Y....
Y tak sabar nak tunggu ape kesudahannyer.Tiap2 ari selasa , jam 9-10 tu...kira Y punyer la.Target mesti siap sume keja2yg wajib siap b4 jam 9 mlm.Biasanyer Y dah settle keje2 umah.mane yg x sempat, Y akan smbung lepas jam 10.eeee...... x sabaunyer nak tunggu Asmara jumpa Zaliya.
Apa agaknyer ek reaksi Asmara bila tau Zaliya idup lagi...Camaner plak ngan Melati...Alamak nape la ader 2 pompuan nie...konflik2....
Tp biler neng0k  watak Zaliya part 2 nie bertudung, macam best jerk....kalau mcm tu biau le Asmara c0uple ngan Zaliya.
Malati!!! Ala.... matikan la plak watak tu.Tak pun komakan dia...akibat jelouse sangat ...
tp kalau Y...Y pun jeles gak...huhuhu....
eeeeeeeeeeeeeeei...cepat la ari selasa..................!

TANPA



layan lagi........

6ixth sense-khatimah cinta



Jom teman Y layan lagu nie....

Sixth Sense - Tak Bisa Memilihmu



LAgu nie mmg bEst...tp AkU takUt nAk minAt lAgU niE.....

WhY??????

Eraser: Benar-benar Buangkan Fail Dari PC

Fail yang dah ilang...nak carik...Yang ade...nak buang....ish3....mcm2 la
Tp walau bagaimanapun, Y cuba gak carik mcmaner cara nak buang yg betul2 punya buang fail yg Y tak mau lg da....Rase2nyer cara nie ok kowt....

Katakan Y delete satu-satu fail dari komputer, kemudian Y kosongkan Recycle Bin. Adakah fail tersebut telah hilang dari PC Y? Jawapannya tidak. Fail tersebut masih boleh diperoleh kembali menggunakan software yang khusus untuk data recovery, contohnya Ontrack Easy Recovery Pro.

Mungkin ada di antara fail-fail tersebut yang Y tak nak orang lain baca. Jadi, untuk menghilangkannya terus dari komputer, Y gunakan Eraser. Caranya mudah sahaja:

  1. Download dan install Eraser. Kemudian, buka program Eraser
  2. Pilih menu File > New atau tekan Ctrl+N untuk membuat satu tugas baru




     3.  Tentukan partition mana yang akan dikosongkan dan klik butang OK

 

     4.   Ulang langkah 3 untuk semua partition atau folder yang ingin dikosongkan. Anda akan dapat lihat    
           senarai tugas yang dah ditetapkan dalam Eraser


     5.   Untuk memulakan kesemua tugas tersebut, pilih Task > Run All atau tekan butang  
       Ctrl+Alt+R


Dapatkan   Eraser di sini.

Dapatkan kembali fail yang dah hilang

Ari tu kita dah sEmbang 2 benda ttg Teknik dan panduan komputer, software, dan Internet.Kali nie kita sambung lagi lah... kali nie Y nak share ilmu ttg bagaimana nak dapatkan kembali fail yang dah hilang dlm pc ke...laptop ke....

Apabila kengkawan terdelete satu-satu fail, kemudian kawan2 kosongkan Recycle Bin, adakah fail tersebut sudah hilang buat selama-lamanya? Tidak sama sekali. Malah, kalau kawan2 format hard disk sekalipun, masih ada lagi jalan yang boleh diambil untuk mendapatkan kembali fail tersebut.

Sebenarnya, apabila kawan2 delete fail tersebut, Windows hanya akan menyembunyikannya dari pandangan kawan2. Fail itu masih ada dalam hard disk, selagi fail baru belum masuk. Setelah kawan2 memasukkan fail baru ke dalamnya, peluang untuk mendapatkan kembali fail yang lama tadi semakin susah.
Untuk mendapatkan kembali data-data yang telah hilang ni, kawan2 memerlukan recovery software. PC Inspector File Recovery merupakan satu software percuma yang bagus bagi tujuan ini. Ia menawarkan tiga jenis recovery, iaitu:

  1. Fail yang kawan2 telah delete.
  2. Fail yang hilang akibat format Hard Disk, PC hang, dan sebagainya.
  3. Partition yang hilang secara tiba-tiba


    Jika kawan2 hanya ingin mendapatkan kembali fail yang kawan2 baru sahaja delete (mungkin secara tidak sengaja), Restoration merupakan pilihan yang baik. Ia juga sangat pantas dan berkesan dalam mencari fail.
    Apa pun, perlu diingat bahawa recovery adalah merupakan pilihan terakhir kawan2. Ini kerana, tidak semua proses recovery adalah mudah dan terjamin. Lebih baik kawan2 sediakan backup pada dokumen-dokumen kawan2 sebelum menyesal di kemudian hari ^^

    Selamat mencuba...!


    Wednesday, March 16, 2011

    Download Video Dari YouTube Dengan Free Download Manager

    Terdapat banyak laman web yang membolehkan anda download video dari YouTube, dan kegemaran saya adalah KeepVid. Biasanya saya akan copy link yang diberi oleh KeepVid dan gunakan Free Download Manager untuk download video tersebut dengan pantas.
    Namun dengan versi Free Download Mangager yang terbaru, saya tak perlu lagi bersusah-payah menggunakan KeepVid. Ini kerana Free Download Manager boleh terus download video dari laman web video popular seperti YouTube, Google Video, MySpace, dan banyak lagi.
    Ikuti langkah-langkah mudah berikut:
    Pergi ke video YouTube yang anda ingin download, dan copy alamat URL video tersebut. 
     
     

    Tukar tulisan kepada tulisan jawi


    Ejawi.net adalah laman web yang dapat menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi. Anda hanya perlu taipkan ayat pada ruang yang disediakan, dan tekan butang Convert. Tulisan jawi akan dipaparkan, dan anda boleh salin teks tersebut seperti biasa.
     Untuk melihat tetapan yang lebih spesifik, semak bahagian “Tips and Techniques Ejawi Conversion”. Contohnya, jika anda ingin memasukkan perkataan yang berasal dari Arab seperti Abdul Rahim, ianya hendaklah digabungkan menjadi Abdulrahim.
    Anda juga boleh download perisian ini untuk digunakan dalam komputer anda.

    Selamat mencuba!

    Saturday, March 12, 2011

    Langkah-langkah langganan Zoom-a

    Langkah Langganan Zoom A Oleh Pelajar (Pendaftaran Baru).
    1. Yuran langganan Zoom A ialah RM100  RM10 sahaja setahun tanpa mengira bulan mulai melanggan. (Tamat pada 31 Disember setiap tahun)
    2. Yuran langganan Zoom A hendaklah dibayar melalui sekolah masing-masing.
    3. Setiap pelajar akan mendapat satu 'tiket langganan' melalui sekolah masing-masing setelah yuran langganan dijelaskan kepada One Touch Education Sdn. Bhd. oleh pihak sekolah.
    4. Pelajar dapat mendaftarkan akaun masing-masing melalui laman web Zoom A mengikut arahan yang terdapat pada 'tiket langganan'.
    Langkah Langganan Zoom A Oleh Pelajar (Memperbaharui Akaun).
    1. Menjelaskan yuran langganan Zoom A sebanyak RM10 melalui pihak sekolah masing-masing.
    2. Pelajar akan mendapat satu 'tiket langganan' melalui sekolah masing-masing setelah yuran langganan dijelaskan kepada One Touch Education Sdn. Bhd. oleh pihak sekolah.
    3. Pelajar dapat memperbaharui akaun masing-masing melalui laman web Zoom A mengikut arahan yang terdapat pada 'tiket langganan'.
    4. Langkah ini membolehkan pelajar mengekalkan nama pengguna dan kata laluan asal. Ini termasuk mengekalkan nama e-mel dan laman web pelajar.
    5. Tempoh untuk memperbaharui akaun lama hanya sah sehingga akhir bulan Januari. Pelajar yang gagal berbuat demikian setelah tempoh pembaharuan terpaksa mendaftarkan akaun yang baru. (Nama pengguna, e-mel, dan laman web pelajar yang asal akan lupus tanpa notis)
    Langkah Langganan Zoom A Oleh Pihak Sekolah
    1. Yuran langganan Zoom A bagi setiap pelajar ialah RM10 setahun tanpa mengira bulan mulai melanggan. (Tamat pada 31 Disember setiap tahun).
    2. Yuran langganan Zoom A daripada pelajar sesuai diselenggarakan melalui perantaraan PIBG.
    3. Semua yuran langganan Zoom A mesti dibayar atas nama “One Touch Education Sdn. Bhd.” dan diserahkan sama ada kepada:
    a) Bendahari Majlis Guru Besar.
    b) Poskan Cek Berpalang
    One Touch Education Sdn. Bhd.
    Lot 378, Jalan Tengku Maharani,
    15000 Kota Bharu,
    Kelantan Darul Naim, Malaysia.
    c) On-line Melalui Salah Satu Bank
    One Touch Education Sdn. Bhd.

    i Public Bank.
    No. Akaun : 3128850215
    ii Maybank.
    No. Akaun : 503015242604
    iii CIMB Bank.
    No. Akaun : 03010050601056
    4. Sila daftarkan akaun sekolah secara On-line untuk mencetak 'tiket langganan' pelajar. Abaikan arahan ini, sekiranya akaun sekolah sudah didaftar. Sila klik di sini untuk mendaftar akaun sekolah.
    5. Sila lengkapkan borang tempahan secara On-line setelah bayaran di atas sudah diselenggara.
    6. Pihak sekolah boleh mencetak 'tiket langganan' untuk diedarkan kepada semua pelajar yang melanggan setelah yuran langganan sudah diterima oleh pihak pengurusan One Touch Education Sdn. Bhd.
    Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
    ONE TOUCH EDUCATION SDN. BHD.
    melalui talian:
    09-744 3044 / 09-744 2144 / 09-748 2144 / SMS : 012-983 6060 / Faks : 09-746 1558
    E-Mel : onetouch@zoom-a.com

    Alhamdulillah dapat jugak akhirnyeeeee.....

    Td check laman web KPM! check semakan status penempatan utk PJJ Y ari tuh!

    Alhamdulillah! dpt kat Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka!

    Nama Program ~ Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Matematik Pendidikan Rendah)

    Bidang ~ Matematik

    Tempoh kursus ~ 11 Jun 2011 hingga 11 Jun 2015 (PJJ - 4 tahun)

    Boleh ke ni ek?

    Dah 10 thn tinggalkan dunia study nih....

    Kuat ke semangat ?

    Doakan Y dpt abiskan study ni ek...

    Demi anak didik su jugakkan? huhu...

    Tuesday, March 8, 2011

    Nukilan khas buat ibu2 .......

    sEORANG iBU

    sEORANG iBU
    bERAT tANGGUNGJAWABMU
    sEDARI mULA mENERIMA sESEORANG
    sEBAGAI pASANGANMU dI dUNIA iNI
    yANG bAKAL mENJADIKANMU sEORANG iBU
    yANG mENGANDUNGKAN zURIAT pASANGANMU
    jUGA zURIATMU
    mENJADIKAN dIRIMU sEORANG iBU
    dAN mENANGGUNG aMANAH yANG bESAR
    yANG kADANGKALANYA
    dIRIMU sENDIRI tIDAK mEMIKIRKAN sEMUA iTU
    kERANA rUTINNYA hIDUP wANITA
    pASTI bERUMAHTANGGA aKHIRNYA
    tANPA sEBARANG jANGKAAN
    dAN lANGKAUAN mASA
    yANG aKAN mEMBAWA dIRIMU
    mENERJAH kE aLAM pENUH aMANAH
    yANG mEMANG tAK tERJANGKAKAN
    dAN tAK tERFIKIRKAN
    kERANA aMANAH iTU
    bUKAN sEKADAR mENGANDUNGKAN
    aTAU mELAHIRKAN zURIAT
    mALAH
    aMANAH iTU
    mEMERLUKAN sEJUTA pENGERTIAN
    dAN pENGORBANAN
    yANG tAK tERFIKIRKAN sEBELUMNYA
    kERANA aNAK iTU aMANAH
    mENDIDIK iTU bUKANLAH sEMBARANGAN
    bUKAR sEKADAR mENITIPNYA
    kEPADA bIBI aTAUPUN eNENG
    yANG mENDIDIK sECARA sENDIRI
    yANG tIDAK mENCORAKNYA
    kEPADA jALAN sYURGAWI
    kERANA bAGI mEREKA
    mENJAGA aNAK iTU
    hANYA uNTUK mENCARI sARAAN
    aTAU iBUBAPA yANG tELAH tUA
    yANG mENDIDIK mENGIKUT zAMANNYA
    yANG tELAH kETINGGALAN dAN kEKALUTAN
    dAN sAMA sAHAJA dENGAN bIBI dAN eNENG
    mELEPASKAN aNAK-aNAK dENGAN bEBASNYA
    mENONTON tV dAN vIDEO cD
    aTAU sEMUA jENIS pERMAINAN kOMPUTER
    kERANA iTU bUKAN aNAK mEREKA
    mEREKA tIDAK mENCORAK uNTUK mASA hADAPAN
    aTAU mASA pERSIDANGAN dI mAHSYAR
    tAHUKAH kAMU iBU-iBU
    kAMU lEBIH mENDERHAKAI aNAK-aNAK
    bILA dIDIKAN aGAMA dIABAIKAN
    bILA aNAK-aNAK dISUMBAT dENGAN hIBURAN
    lAGU-lAGU rADIO dAN tV bERBAYAR
    aTAU mP3 aTAU mP4
    tERHANGGUK-hANGGUK mENGIKUT iRAMA lAGU
    jALANPUN dAH tAK sEMACAM mANUSIA bERILMU
    mEMANGLAH
    hARI iNI aNAK-aNAK tAK aKAN mEMBERONTAK
    aTAU mENYALAHKAN sEMUA iBU dAN bAPA
    kERANA mEREKA sENDIRI tAK mENGERTI
    tENTANG hIDUP dI aLAM aQIRAT
    tAHUKAH kAMU iBU-iBU
    dI mAHSYAR nANTI
    aNAK-aNAK tIDAK mENGENALI iBUBAPANYA
    dAN iBUBAPA tIDAK mENGENALI aNAK-aNAKNYA
    sEHINGGALAH sELESAI pERSIDANGAN
    dAN pERBICARAAN aGONG
    yANG mENENTUKAN hALATUJU
    nERAKA aTAUPUN sYURGA
    iBU-iBU
    dIDIKLAH aNAK-aNAKMU
    dENGAN pENUH kASIHSAYANG dAN kEBIJAKSANAAN
    sEPERTIMANA dIMINTA rASUL pILIHAN
    jAGALAH aNAK-aNAKMU
    jAUHKAN mEREKA dARI jURANG nERAKA
    kERANA mASA kAMU tAKKAN sAMA dENGAN mASA mEREKA
    mAKA dIDIKLAH dENGAN aGAMA
    yANG pASTI kESUDAHANNYA

    dUNIA hARI iNI
    mEMINTAMU lEBIH gIGIH
    mELAWAN sEGALA pROPAGANDA
    dAN dAKYAH
    dARI mUSUH iSLAM
    yANG mAHU gENERASI mUDA mU
    jAUH dARI lANDASAN kEIMANAN
    jAUH dARI lANDASAN kEBENARAN
    fIKIRKAN lAH
    bAGAIMANA aKAN lURUSNYA
    pERJALANAN pANJANG aNAK-aNAKMU
    sEDANG dIRU sENDIRI
    bEGITU lEKA dENGAN sINETRON
    dRAMA bERSIRI-sIRI
    yANG bANYAK kARUT mARUT
    dIRIMU jUGA lEKA
    dENGAN pROGRAM rEALITI tV
    tURUT mEMBERI sUMBANGAN dOSA
    bERSAMA aBAK-aNAKMU
    mENGUNDI sIAPAKAH pILIHAN hATI
    dAN sEGALA bENTUK hIBURAN dAN nYANYIAN
    yANG mELEKAKAN hATI dAN jIWA kAMU
    aLANGKAH rUGINYA
    dI mANA dAPAT sESUATU yANG mEMBERIKANMU
    dIDIKAN sEMPURNA
    sEDANG kAMU hANYA sETENGAH jAM dI sEJADAH
    sOLAT
    iTUPUN jIKA bEGITU
    bERJAM-jAM lAGI dIRIMU sENDIRI
    dAN aNAK-aNAKMU jUA
    mENGHADAP sKRIN tV
    pENUH dUNIA hIBURAN
    pENUH dAKYAH
    pENUH pROPAGANDA

    aLANGKAH rUGINYA aNAK-aNAKMU nANTI
    pAGI dIKERAH kE sEKOLAH
    bELAJAR iLMU dUNIA
    kEJAR bEBERAPA ‘a’ dALAM pELAJARAN
    pETANG sEKOLAH aGAMA
    yANG tAK sEBERAPA lAMANYA
    mALAM mENGHADAP mUKA tV
    pENUH kERUGIAN
    dAN sEMEMANGNYA mANUSIA dALAM kERUGIAN

    iBU-iBU
    jANGAN dIKAU tANGISI
    jIKA aNAKMU tEWAS dALAM rEALITI tV
    tANGISILAH dIRIMU
    bILA aNAKMU nANTI dI pADANG mAHSYAR
    mENUNJUKKAN bAHAWA dIRIMULAH pUNCANYA
    mEMBAWA dIRINYA kE kANCAH pENUH dOSA
    aNAK-aNAKMU nANTI
    mENUNJUKKAN dIRIMULAH pUNCANYA
    yANG tIDAK mEMBERI sEGALA dIDIKAN
    sEBAGAI bEKALAN hIDUP
    dI dUNIA pENUH nODA dAN dOSA
    wAHAI iBU-iBU
    sEDARLAH dIRIMU bUKANLAH hIDUP hANYA dI dUNIA
    yANG pENUH dENGAN hIBURAN
    pENUH dOSA
    pENUH nODA
    dIRIMU aKAN dIPERSOALKAN
    dIRIMU aKAN dITANYA nANTI
    sELESAIKAH aMANAH yANG dIPIKULKAN
    sELESAIKAH sEMUA dIDIKAN kEPADA aNAK-aNAK
    sELESAIKAH sEMUANYA
    bUKANLAH kERJAYA iTU sEBAGAI hALANGAN
    bUKANLAH hARTA sEBAGAI kEJARAN
    bUKANLAH dUNIA sEBAGAI hARAPAN
    mAKA dIDIKLAH aNAK-aNAKMU
    dENGAN pENUH kEISLAMAN
    kERAN dI hARI pEMBALASAN nANTI
    dIKAU tIDAK aDA sEBARANG aLASAN uNTUK dIBERIKAN
    kERANA dIRIMU dI dUNIA
    tELAH mENERIMA aMANAH yANG dIBERIKAN
    nAMUN dILALAIKAN oLEH kEHIDUPAN dI dUNIA
    dAN bUKAN dIRIMU sAHAJA mERUGI
    nAMUN aNAK-aNAKMU jUA aKAN kERUGIAN
    kERANA hARI iNI jUTAAN aLASAN bOLEH dIBERIKAN
    sEDANG dI sANA nANTI
    tIADA aLASAN bOLEH dIBERI
    sEMUANYA nANTI
    aTAS fAKTA yANG bERLAKU
    sEMASA hAYAT dI kANDUNG bADAN

    iBU-iBU
    bERBAHAGIALAH kAMU
    bILA aNAK-aNAKMU pENUH dIDIKAN
    yANG dIKAU bERIKAN
    bERLANDASKAN iSLAM sEJATI
    yANG mEMBERI kEBAHAGIAAN hAKIKI
    dI dUNIA hINGGA aKHIR hAYAT nANTI
    kERANA kEBAHAGIAAN pASTI tERSERLAH
    bILA dIRIMU aNAK-aNAK dAN kELUARGAMU
    bERBAHAGIA dI sYURGA
    rAHMAT dARI iLAHI

    Sunday, March 6, 2011

    Cube teka...!!

    Ah Chin miskin. Die takde duit.
     
    Dia nak beli baju yang berharga rm50.
    Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
    so die pegi la nak beli baju tu.
    masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45.
    die bayar then die dapat baki rm5.
    die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
    die tinggal rm3.
    die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
    so die hutang rm48.
    die ade rm3 skarang.                                                                  rm48+rm3= rm51

    kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?


                       


    Abu miskin. Die takde duit. 

    Die nak beli baju yang berharga rm50.
    Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
    so die pegi la nak beli baju tu.
    masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm44.
    die bayar then die dapat baki rm6.
    die bagi kawan A rm2 dan die bagi kawan B rm2.
    die tinggal rm2.
    die hutang kawan A rm23 dan die hutang kawan B rm23.
    so die hutang rm46.
    die ade rm2 skarang.
    rm46+rm2= rm48
    mana lagi rm2?

    **************************************************
     
    Rama miskin. Die takde duit.
     
    Die nak beli baju yang berharga rm50.
    Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
    so die pegi la nak beli baju tu.
    masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm47.
    die bayar then die dapat baki rm3.
    die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
    die tinggal rm1.
    die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
    so die hutang rm48.
    die ade rm1 skarang.
                                                                                                                                                                                                      
                          


    Jenaka Matematik daa...

    kalau tadi kite dah tau tips-tips untuk berjaya.. sekarang ape kata kite rehatkan minda dengan sedikit jenaka yang melibatkan matematik.... tapi.. Y nasihatkan agar kamu sumer pastikan yang tiada makanan dalam mulut kamu kerana dikhuatiri akan tersembur keluar nanti.. eheks.. ok.. kat sini 

    Situasi 1
    Seorang cikgu masuk ke dalam bilik darjah.

    Cikgu : Hari ini kita akan belajar mengira..

    Murid-Murid : Baik cikgu..

    Si guru mula bertanya kepada salah seorang muridnya, Ahmad

    Cikgu : Ahmad, jika 1 biji timun ditambahkan 2 biji epal tambah 3 biji nenas dan 4 biji jambu jdi berapa...?

    Ahmad : Jadi ROJAK cikgu..!! Nyam2..

    Cikgu : Hah...??

    Situasi 2
    Cikgu : Mat, 4 x 6 berapa?

    Mat : 24, cikgu...

    Cikgu : Bagus, 6 x 4 berapa?

    Mat : Sudah tentu 42.

    Situasi 3
    Pada suatu hari, seorang ibu mengajar anaknya cara mengira.
    EMAK: Katakan kita hendak pergi berkelah. Kita mahu minum Coca Cola. Yang pergi berkelah adalah ayah, emak, kamu, kakak dan nenek. Berapa tin Coca Cola yang kita perlu bawa semasa berkelah, supaya setiap orang dapat minum satu tin Coca Cola.

    ANAK: Biar saya kira.... mmm... empat tin, mak!

    EMAK: Biar betul, nak. Cuba kira lagi.

    ANAK: Betullah mak. Empat tin semuanya!

    EMAK: Salah! Jawapan betul ialah lima. Bagaimana kamu kira empat, nak?

    ANAK: Empat.....

    EMAK: Lima!!!!

    ANAK:Ya empatlah!!! Orang yang nak minum Coca Cola cuma empat, saya kan mahu minum Pepsi.

    EMAK: @#$%@%!!!

    Situasi 4
    Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.

    Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"

    Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??

    Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".



    amacam sumer.. klakar x?? klau x kelakar pn mesti la lawak kan??? eh ade beza ke?? hehe.. rasenye itu sahaja fun story dari tice Y hari ini..

    p/s: ini hanyalah untuk suke2 bg merehatkan minda yang telah telah full of number n its all about math... just relax by reading these story.. n make sure you're not eating while reading this..

    Tips2 blajau


    Hai Sumer,,,Camne Perjalanan Hari Ni Ok Ker..
    Harap2 Hari Ni Lbh Baik Dr Hri Kelmarin Dan Hari Esk
    Di Harapkan Lbh Baik Pada Hari Ni Kn.,,
    Nk Thu X Td Masa Tice Y  Tercari-Cari Bahan Tk Buat Jurnal Terjmpa La 1 Article Ni....
    Jm Kite Kngsi Bersame...
    Hihi Sharing Is Caring Kn..

    Rahsia pelajar cemerlang

    SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.
    SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.

    KECEMERLANGAN merupakan dambaan setiap yang bernama pelajar. Namun, meraih kecemerlangan memerlukan pengorbanan dan ada caranya.

    Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi.

    1.       Tentukan visi anda

    Sebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.

    Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.

    2.       Aturkan langkah anda

    Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.

    3.       Rancang masa depan anda sekarang

    KEJAYAAN tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik.

    Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.


    4.       Luangkan masa untuk bertindak

    Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.

    5.       Konsisten dan jangan mudah mengalah

    Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.

    6.       Tumpukan perhatian kepada matlamat anda

    Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!


    7.       Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri

    Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.


    8.       Solat dan doa

    Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

    SETIAP remaja yang ingin mengecapi kejayaan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh.

    9.       Pupuk perasaan cinta dan jangan membenci

    Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa ke tahap yang lebih tinggi. Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun mereka pernah melakukan kejahatan kepada anda.


    10.   Belajar daripada kesilapan

    Manusia yang bijak adalah mereka yang mengaku kesilapan sendiri dan belajar memperbetulkannya. Kesilapan bukanlah suatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sebuah kejayaan. Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan ia berulang.


    11.   Sokongan keluarga yang kuat

    Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan kegagalan remaja hari ini berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibu bapa.


    12.   Berkawan dengan ramai orang

    Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai. Individu berjaya selalunya mempunyai ramai kawan.

    13.   Gambarkan destinasi kejayaan anda

    Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi. Tidak salah menjadi Mat Jenin. Setiap kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.

    14.   Berdisiplin

    Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif dan tidak gemar 'curi tulang'.

    15.   Amalkan gaya hidup sihat

    Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya.

    16.   Sentiasa jujur

    Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus. Kejayaan tidak bermakna sekiranya terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu muslihat.



    17.   Hargai masa

    Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.

    18.   Sayangilah diri anda sendiri

    Jangan terlalu fokus kepada "ketidaksempurnaan" atau kelemahan anda. Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

    19.   Jangan sentiasa mengutamakan diri sendiri

    Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa. Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat membantu kejayaan diri anda juga. Jangan sekali-kali tamak pada kejayaan.

    20.   Sentiasa di kalangan orang-orang yang berjaya

    Bergaul dengan orang-orang yang berjaya atau mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri. Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain. Banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya dalam hidup mereka.

    Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk terus mencapai kegemilangan.

    harap2 sumer pengunjung blog tice Y ni dpt manfaat dan faedah bersama... renung-renungkan dan selamat beramal.. (^^,)

    Popular Posts

     

    Designed By Blogs Gone Wild!