Tuesday, July 24, 2012

Menu 3rd day Di Bulan Ramadhan

Nasi goreng ni Y wat  untuk berbuka .... malas nak pk yang berat2 .. hehe .. ha...nasik goreng jek ler ..

Nasi Goreng Versi aku ..

 







Bahan-bahan:
Nasi putih - di cerui-ceruikan
Lada kecik -ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Ikan bilis - ditumbuk
Kacang panjang - dipotong kecik-kecik
Lobak merah - di potong dadu kecik
Sawi - dipotong kecik
Telur
Garam
Ajinomoto
Minyak untuk menumis
Ayam goreng (terpulang)

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing
  3. Masukkan lobak merah tadi
  4. Apabila lobak seakan layu, masukkan nasi putih dan dikacau hingga sebati
  5. Masukkan sayuran yang selebihnya tadi
  6. Kacau lagi
  7. Biarkan sebentar hingga sayuran layu
  8. Pecahkan telur ke atas nasi
  9. Gaul sebati dengan nasi
  10. Tambahkan garam dan ajinomoto secukup rasa
  11. Gaulkan sehingga sebati.
  12. Siap
  13. Boleh la di hidangkan bersama ayam goreng atau apa-apa sahaja yang dirasakan bersesuaian.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!