Tuesday, July 24, 2012

Menu 2nd day di Bulan Ramadhan


Jemput-Jemput Udang Daun Kucai

Bahan-bahan :
Tepung gandum
Udang basah (yang kecil-kecil)
Daun kucai
Bawang merah - dihiris
Garam
Telur

Cara membuatnya :
  1. Gaul tepung gandum dengan garam sehinga sebati
  2. Masukkan bawang merah yang dihiris nipis
  3. Masukkan juga daun kucai yang telah dipotong kecik-kecik
  4. Pecahkan telur dalam tepung tadi dan gaul sebati
  5. Masukkan air masak sejuk secukupnya
  6. Jangan banyak sangat airnya. Nanti bancuhan tepungnya jadi cair
  7. Bancuhan tepung untuk jemput-jemput ini haruslah sedang-sedang sahaja pekatnya
  8. Gaul sebati semua bahan




Tips : Untuk membuat jemput-jemput yang lembut, kacau bancuhan tepungnya sehingga keluar gelembung-gelembung udara di sekitar bancuhan tepung tadi. Memang mengambil masa untuk mengeluarkan gelembung-gelembung udara tersebut. Selamat mencuba ..
.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!