Thursday, April 5, 2012

Pratulisan

Pratulisan

Menurut Golden (1984; 4), kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya untuk mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.

Pratulisan merujuk kepada latihan-latihan yang dilakukan untuk pergerakan tangan. Dengan itu, dapatlah kanak-kanak menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.Selain itu, kanak-kanak juga dapat melakukan latihan-latihan pergerakan mata serta melakukan latihan-latihan kordinasi tangan.

Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna.


CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN PRATULISAN

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai anduan untuk murid menulis.

Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan, lihat contoh berikut

Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untuk memastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel.

Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis secara mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Pada peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.

Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kefahaman kanak-kanak tentang pratulisan. Terdapat banyak caranya dan salah satu ialah “Menyediakan Sudut Tulisan”. Matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya boleh disediakan.

Malah, Kit Pengajaran Program KIA2M telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran. Kit ini telah disediakan sebagai alat bantu mengajar untuk membantu guru dalam menjalani Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis Tahun Satu yang telah diperkenalkan oleh KementerianPelajaran.

Kit Pengajaran Program KIA2M ini mengandungi :

• 18 keping Kad Pembelajaran Membaca & Menulis :

a) Bahan Prabacaan & Pratulisan

b) Bahan Bacaan Mekanis – Huruf Vokal & Konsonan

c) Bahan Bacaan Mekanis – Suku Kata

d) Bahan Bacaan Mekanis – Frasa

e) Bahan Bacaan Mekanis – Ayat Pendek
• Satu set Papan Pameran (dengan tep pelekat velcro)
• Satu set (160 keping) Kad Huruf (Besar & Kecil)
• 6 naskhah Kit Belajar Menulis & Buku Latihan

Guru prasekolah juga boleh melengkapkan bilik darjah dengan bahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan bacaan.

Selain itu, guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebaginya.

Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat tersebut dalam mock letter writingtersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!