Wednesday, November 23, 2011

Soalan Spot 1

1.       Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna.
Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik tersebut
               
Jawapan
              Pengenalan
1.       Perkataan matematik berasal daripada yunani (mathema) yang bermaksud sains, ilmu atau pembelajaran.
2.       Matematik juga merupakan salah satu cabang ilmu yang ditakrifkan dalam pelbagai makna.
3.       Terkandung di dalam matematik dua unsur yang utama, iaitu simbol (nombor, titik garisan, bentuk dan bahasa Matematik yang lain) dan prinsip (hukum, teori dan peraturan)
4.       Matematik juga diertikan sebagai satu cara yang sistematik yang membolehkan manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda atau di cakerawala.

Cabang ilmu pelbagai makna
Sedikit kupasan mengenai matematik sebagai satu cabang ilmu,
1.       matematik dikaitkan sebagai cara untuk mencambah ilmu, ini kerana matematik mengajar manusia cara berfikir
2.       membimbing manusia menjalankan kajian (pola)
3.       sebagai satu seni, alat kehidupan, bahasa dan,sebagai rekreasi
4.       Matematik mengajar cara berfikir : berfikir secara matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah matematik.
5.       Semua manusia menghadapi masalah, manusia akan berusaha untuk mengetahui permasalahan dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah tertentu untuk menangani.
6.       Cara pemikiran secara logik merupakan perkara penting dalam matematik iaitu berdasarkan kaedah menaakul umpamanya seperti :

Penaakulan Secara Induktif dan,
·         Bermula dari pemerhatian kepada teori atau generalisasi
·         Mencari corak atau pola
·         Menetapkan hipotesis
·         pemerhatian
·         Corak/pola
·         hipotesis
·         teori
·         Rumusan / kesimpulan / teori




Penaakulan Secara Deduktif.
·         Bermula daripada teori kepada sesuatu perkara
·         Membuat hipotesis
·         Pengumpulan data
·         Pengesahan kepada teori asal

teori
hipotesis
pemerhatian
pengesahan






7.       Matematik adalah suatu bahasa : bahasa matematik merupakan bahasa universal dan dapat diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa.
8.       Berikutan itulah matematik adalah sesuatu yang istimewa kerana mempunyai :
-          Bahasa tersendiri
-          Simbol
-          Operasi tersendiri
9.       Simbol dan ungkapan yang dicipta memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia.
10.   Menjadikan operasi matematik ringkas, cepat dan tepat
11.   Tatabahasa matematik :
-          Hukum-hukum
-          Teorem-teorem
-          Rumus-rumus
-          Simbol-simbol

12.   Matematik adalah suatu kajian seni : terdapat unsur-unsur matematik dalam pelbagai bentuk seni. Antaranya ialah :

·         Seni muzik
-          Unsur matematik yang terkandung dalam muzik berdasarkan kiraan dan perbezaan masa(bunyi ketukan,bunyi petikan) yang lebih dikenali sebagai not
-          Keseragaman masa, perbezaan yang tepat menghasilkan seni muzik yang terbaik.

·         Seni bina
-          Kemodenan sesuatu tamadun dilihat kepada pembangunan seni binanya.
-          Unsur matematik merupakan tunjang utama kepada seni bina yang menarik. Konsep ukuran, ruang,jisim mempengaruhi keunikan sesuatu seni bina.

·         Seni lukis
-          Walaupun seseorang itu tidak pandai melukis dengan baik, secara semulajadinya seseorang akan membayangkan terlebih dahulu apa yang mahu dilukiskannya.
-          Jelas dilihat kepada aspek ruang, dimensi dan corak bentuk.

·         Seni budaya
-          Berkaitan dengan muzik, irama dan rentak tari mesti selari untuk menghasilkan persembahan yang menarik.
-          Contohnya, penari akan menghafal langkah tarian berdasarkan perkiraan langkah dan peruntukan ruang.
-          Jadi jelas unsur matematik juga terkandung dalam seni budaya.

Sebagai  kesimpulannya matematik dapat membantu kita membuat keputusan yang penting dan melaksanakan tugas-tugas setiap hari.









Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran ?
Jawapan

1.       Penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan :
-          masalah berbentuk perkataan
-          Masalah bukan mekanis
-          Teka – teki
-          Kuiz
-          Penggunaan kemahiran matematik dalam situasi sebenar(* Mook Soon Sang topik 12 m/s 317)

2.       Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, jenis penyelesaian masalah terbahagi kepada 2:
-          Masalah rutin
-          Masalah matematik berbentuk mekanis

3.       Bertujuan melatih murid-murid menguasai kemahiran asas seperti ;
-          Tambah, tolak, darab dan bahagi
-          Masalah bukan rutin
-          Penyelesaian masalah matematik menggunakan kemahiran, konsep atau prinsip matematik yang telah dikuasai terlebih dahulu

4.       Proses penyelesaian masalah memerlukan pelaksanaan sesuatu set aktiviti sistematik
Pemilihan kaedah yang sesuai

5.       Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran, beberapa contoh model penyelesaian masalah boleh diguna pakai antaranya :

Model Polya/ Terbahagi kepada empat peringkat
-          Memahami
-          Merancang
-          Melaksana
-          Semak dan penyelesaian

Model Lester  / Terbahagi kepada enam peringkat
-          Kesedaran masalah matematik
-          Kefahaman masalah matematik
-          Analisis objektif
-          Perancangan strategi
-          Perlaksanaan strategi
-          Prosedur dan penyelesaian masalah
Lebih kepada kaedah analisis

6.       Kedua-dua model digarap dan dilaksanakan lalu menghasilkan kaedah penyelesaian masalah
               Dalam p/p mt, masalah matematik boleh diselesaikan  menggunakan cara :     
-          Analisis
-          Analogi
-          Gambarajah
-          Deduksi

Keempat-empat cara tersebut, menghasilkan langkah-langkah penyelesaian seterusnya memberikan jawapan.


Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah  dalam matematik

Jawapan
Antara matlamat pembelajaran peyelesaian msalah mt ialah :
1.       Guru dpt mrancang akt yg erkaitan dgn strategi dan kaedah yg dpilih
·         Di klangan mrd, rmai yg mrasakn mt sbg ssuatu koleksi hukum2 abstrak yg sukar difhmi, mnjemukn dan jrang mmberi mkna scr langsung kpd mrk
·         Perancangan yg sesuai dan kaedah yg dpilih brtepatan dpt mmberikn suasana pemb yg menarik dan brkesan kpd murid2

2.       Memilih dan mnyediakn bbm dan belajar yg ssuai utk mnolong mrd mnyelesaikan msalah mat
·         Bbm umpamanya spr sbuah medium (alat). Kebanyakkn mrd lmbat menerima apa yang diajar o. gru scara lisan
·         Pemilihan bhn yg ssuai sdikit sbnyak dpt mmbantu mrd mnyelesaikn msalah mt mrk.

3.       Mmbuat renungan dan refleksi trhdp kberkesanan strategi dan kaed yg dpilih
·         Renungan dan refleksi adalah amat perlu, brpandukn kpd cra penaakulan scra induktif. Guru akan dpt mnyediakn atau mlaksanakn kaedah / cara lain utk kberkesanan pnyelesaian msalah mt
·         Scara dasarnya, jk gru dpt mmbuat refleksi dan renungan sdikit sbanyak dpt mmperbaiki lagi srta meningkatkan keberkesanan strategi dan kaedah pnyelesaian msalah skaligus dpt menyelesaikan msalah pemb. murid2 utk sub mt

4.       Memberi pengalaman kepada pelajar menggunakan kemahiran yang dikuasai untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.
·         Melalui kaedah pembelajaran penyelesaian masalah ini, ianya akan memberikan pengalaman kepada pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran yang dipelajarinya dengan  lebih mendalam dan  sekaligus mereka akan lebih memahami konsep dipelajarinya.

5.       Menggalakkan pelajar berfikir secara analitis, logik, rasional dan objektif.
·         Penyelesaian masalah juga mengajar murid berfikir dengan lebih kreatf  dan sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.













Nyatakan kepentingan matematik kepada

Jawapan
1.       Anda sebagai ind
-          Sbg penyelesaian masalah
-          Mmberi keselesaan hidup
-          Meransang prkembangan intelek sseorang
-          Mningkatkn prkembangan kognitif sseorang
-          Mmahami dasar ekon negara
-          Menjadikan seseorang berilmu pengetahuan
-          Menjadikan seseorang berakhlak mulia
-          Menjadikan seseorang bertanggungjawab

2.       Masyarakat
-          Mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu
-          Mewujudkan masyarakat yang adil dan demokrasi
-          Mewujudkan masyarakat yang progresif, berdaya saing dan berpandangan jauh
-          Membentuk sebuah masyarakat yang berbudi penyayang dan mempunyai peradaban 

3.       Negara
-          Menentukan kemajuan sesebuah negara
-          Kemajuan sains dan teknologi bergantung kepada penggunaan matematik
-          Memperkukuhkan ekonomi sesebuah negara
-          Melahirkan rakyat yang mempunyai daya tahan tinggi dengan kemahiran serta
-          Memperkukuhkan keselamatan dan hubungan diplomasi negara dengan negara luar


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!