Bahan-bahan ( 10 orang )
400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)2 bungkus Bihun
500gram udang basah
3 ketul dada ayam
500ml santan pekat (1 tin santan cream)
8 biji telur ayam
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar sos tiram
Garam, gula & msg secukup rasa
BAHAN TAMBAHAN
500gram tauge
Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
Limau kasturi @ lemon
500gram tauge
Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
Limau kasturi @ lemon
SAMBAL BELACAN
15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah) Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
Sedikit air perahan limau@lemon
Garam & gula
Cara-cara
- Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
- Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
- Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
- Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
- Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
- Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
- Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
- Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
- Ambil sedikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina ; sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
- Set lengkap hidangan laksa swk.
0 comments:
Post a Comment