Thursday, April 5, 2012

Kaedah Pandang dan Sebut


Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut.  Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan secara berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini. 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!