Sunday, October 9, 2011

Tutorial 1


ISL 1: Huraikan konsep, definisi, ciri-ciri dan objektif tamadun.
Pengenalan
Dalam perjalanan sejarah, manusia berusaha untuk meningkatkan taraf hidupnya dalam satu keadaan yang lebih baik. Pada peringkat awalnya manusia mendiami kawasan tepian sungai untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Dari penempatan manusia itu, ia telah berkembang menjadi masyarakat negara kota seperti bandar-bandar Uruk, Kish, Lagash dan Ur di sepanjang Sungai Euphrates dan Tigris. Kemudian berkembang menjadi tamadun awal manusia, iaitu Tamadun Mesopotamia kira-kira 5000 S.M.
o   Kemunculan Tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil.
o   Kemunculan Tamadun Cina dan India
o   Pertembungan tamadun paling hebat antara tamadun dunia pada abad ke-18 dan 19 apabila kuasa Eropah menjalankan dasar peluasan kuasa ke Benua Afrika, Amerika dan Asia.

Konsep Tamadun
o   Tamadun merupakan satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh dalam semua aspek kehidupannya.( status sosial manusia mulai berubah dari kehidupan serba mudah kepada satu organisasi masyarakat kompleks).
o   Penulis Arab:
1)    Madaniyah
2)    Tamaddun
3)    Hadarah
4)    Umran
o   Maksud sebenar tamadun dalam bahasa Arab : “kehalusan budi” & “sopan santun”.
o   Ibn Khaldun penulis arab pertama menggunakan perkataan umran untuk menerangkan konsep tamadun.
o   Ibn Khaldun
Umran = tanah atau rumah yang didiami dalam negara yang berkembang
Hadarah = sedentary life
o   Muhammad Farid Wajdi & Sheikh Muhammad `Abduh
Madaniyah = madinah atau bandar
o   Jurji Zaydan (penulis buku Ta’rikh al-tamaddun al-Islami)
Tamadun = memiliki ciri-ciri kehidupan bandar, dan kota kota dalam bahasa Arab bermaksud mudun yang memiliki ciri-ciri bandar.
o   Civilization : daripada perkataan civitas (perkataan latin) yang bemaksud bandar. Maka, bandar mempunyai kaitan dengan tamadun
o   P. Bagby : tamadun merupakan budaya yang dijumpai di bandar.
o   Arnold Toynbee
Tamadun dibina berdasarkan beberaapa keadaan.
1) Keadaan pertama:
Masyarakat pra-tamadun mengorak ke arah kemajuan
(mungkin dipengaruhi tamadun sedia ada)
Contoh : Tamadun Kristian Ortodok Timur bg Empayar Rom Timur – hasil daripada tamadun Eropah.
2) Keadaan kedua:
Perkembangan tamadun dengan kelahiran tamadun dari tamadun lama
Contoh : Hellenistik dr tamadun Grecco-Roman
3) Keadaan ketiga:
Penukaran tamadun lama kepada tamadun baru
Definisi Tamadun
o   Suatu kehidupan unggul dan berpandukan sistem perundangan , agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat.

o   Satu peringkat pembangunan yang tinggi, di mana budaya manusia merangkumi sistem penulisan, undang-undang, kerajaan, pengkhususan kerja, agama dan pembinaan negara kota.
o   Prof. Syed Naquib Al-Attas :
Tamadun Islam sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.
o   Ibn Khaldun :
Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.
o   Karl Marx : tamadun mempunyai nilai infratruktus (material) dan superstructure (spiritual).
o   Marcel Mauss : tamadun =  semua pencapaian manusia
o   Eugene Cavignac : “Sains, seni, arahan dan kemurniaan yang minimum”
o   Robert J. Braidwood : tamadun mempunyai satu struktur politik, undang-undang formal dan seterusnya terdapat beberapa projek mega seperti jalan raya, pelabuhan, terusan dan kakitangan keselamatan atau polis untuk menjaga negara.

o   Kesimpulan
Tamadun ialah kumpulan pencapaian dan peningkatan yang diperoleh oleh manusia dalam pelbagai aspek serta dikaitkan dengan soal nilai dan etika yang tinggi.
Ciri-Ciri Tamadun
Secara umumnya , tamadun mempunyai beberapa ciri asas. Ciri-ciri ini membentuk satu sistem manusia yang dianggap lengkap dan maju. Antaranya ialah :
  1. Kemajuan teknologi
  2. Sistem pemerintahan dan ekonomi yang teratur
  3. Urbanisasi
  4. Organisasi sosial yang tersusun
  5. Mempunyai kepercayaan tertentu dan agama
  6. Budaya dan kesenian
  7. Tulisan dan bahasa
(Namun tidak semua ciri ini boleh diterima oleh semua tamadun kerana perubahan pemikiran manusia telah menolak beberapa ciri seperti agama. Juga, tamadun berlainan mempunyai kelainan dalam peranan dan fungsinya.)
1.    Kemajuan teknologi
o   Perkembangan dan kemakmuran tamadun banyak ditentukan oleh teknologi
o   Peringkat awal: manusia menggunakan batu sebagai alat penting dalam kehidupannya (Zaman Batu)
o   Zaman Batu terbahagi kepada Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik (dibezakan berdasrkn pencapaian dalam penciptaan peralatan batu.)
o   Zaman Neolitik pembuka kepada zaman penggunaan batu lebih sempurna dan manusia memasuki era pertanian dan kerja-kerja kraftangan dan tembikar. (eg: bajak dan roda)
o   Zaman Batu ialah zaman evolusi pra-sejarah yang membawa ketinggian tamadun manusia sebelum Zaman Logam.
o   Di Asia Tenggara, muncul era Dongson dengan penggunaan Gendang gangsa. (tinggikan status hidup utk kawal anak buahnya).
o   Era Revolusi Perindustrian di Eropah memperlihatkan sektor pertanian dikembangkan dan pada masa yg sama sektor industri diwujudkan. (membawa kepada era imperialisme)

2.    Sistem Pemerintahan
o   Sistem pemerintahan mempunyai pembahagian tertentu dalam pentadbiran dan fungsi-fungsi pentadbiran.
o   Dalam kebanyakan tamadun klasik dunia,raja merupakan tiang utama kuasa pemerintahan- bertindak sebgi wakil tuhan spt dlm tamadun China, Mesir dan Mesopotamia.
o   Raja mendapat anugerah dari tuhan atau langit utk memerintah : konsep anak syurga di China dan Devaraja dlm Kerajaan Khmer.
o   Kepercayaan raja-raja Melaka adalah keturunan Iskandar Zulkarnain yang agong (Tam. Melayu)
o   Perubahan sistem pemerintahan berlaku kerana adanya desakan daripada penduduk tempatan (Tamadun Greek : dari sistem beraja kepada kpd demokrasi umum).
o   Sumber pembentukan sistem pemerintahan dibentuk oleh sarjana-sarjana klasik yang mempunyai pemikiran tertentu mengenai corak pemerintahan kerajaannya.
(Tamadun Greek : Socrates, Plato dan Aristotle)
o   Perkembangan falsafah di China : Lao Tze, Konfusius dan Meng Tze.
o   Tamadun mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
(contoh 1 : Tamadun China- empayar Dinasti T’ang dibahagikan kepada 10 wilayah (tao) dan menjadi 15 wilayah pada abad ke-8 yang ditadbir oleh pengawas pentadbiran ,kewangan dan kehakiman. Di peringkat pusat terdpt tiga organ penting iaitu Imperial Secretariat, The Imperial Chancellery dan Secretariat of State Affairs)
(contoh 2 : Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka- Pemerintahan tertinggi diketuai oleh sultan dan dibantu oleh beberapa orang pegawai tertinggi. Pegawai tertinggi terdiri drp kumpulan Pembesar Berempat yang terdiri drp Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari.Di bawah empat pembesar terdpt orang besar berlapan dan orang besar enam belas
  • Kini, pemerintahan sesuatu tamadun berubah dengan pelbagai falsafah dan ideologi dunia.
  • Pelbagai bentuk pemerintahan muncul seperti demokrasi berparlimen, raja berparlimen, raja mutlak dan republik.
  • Pemerintahan mengandungi pelbagai bentuk pentadbiran seperti kehakiman, perkhidmatan awam, suruhanjaya dan badan-badan keselamatan seperti polis dan tentera.
  • Dalam tamadun Islam, keadilan dan musyawarah dipentingkan.
  • Perlembagaan Madinah mencerminkan bagaimana Nabi Muhammad telah menegakkan keadilan semua bangsa di Madinah. (Antara unsur toleransi dan keadilan dlm perlembagaan tersebut ialah orang Yahudi dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri tanpa gangguan selagi tidak mengancam keselamatan Islam).

3.    Ekonomi
  • Kemajuan ekonomi membawa kemakmuran sesuatu tamadun.
  • Kepesatan ekonomi membawa kepada perkembangan sistem sukat dan ukur serta penciptaan wang kertas dan duit syiling.
  • Dalam Tamadun Melayu, pelbagai sistem sukat dan ukur seperti hasta, jengkal, dan depa.
  • Sistem pembelian berubah daripada sistem barter kepada sistem wang.
  • Setiap tamadun mempunyai bentuk dan nilai wang yang berlainan mengikut keadaan.

4.    Urbanisasi
  • Bandar merupakan pusat kegiatan utama seperti bidang agama, pemerintahan, ekonomi atau pelbagai pusat.
  • Bandar sbg pusat pertemuan penduduk dan org asing, maka pertembungan merancakkan proses urbanisasi sesebuah bandar
  • Cth : Tamadun Lembah Indus- kesan-kesan tinggalan bangunan besar, bilik air, limbah, pembentungan, longkang dan palung di kaki-kaki atap masih menjadi bukti kepada ketinggian kehidupan masyarakat tempatan pada ketika itu.
  • Cth : Mohenjo Daro- tinggalan kolam besar “great bath” (39 kaki pjg, 23 kaki lebar dan 8 kaki dalam) yang dipercayai dibina untuk upacara agama.

5.    Struktur Sosial

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!