Sunday, October 9, 2011

Ulangkaji Soalan Objektif


TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

BAB 1- BAB 7

1.
Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan di dalam Bahasa Arab untuk memberi maksud “civilization” kecuali….


A
Hadarah
B
Harakah
C
Maddana
D
Umran


2.
Berikut adalah elemen-elemen asas pembentukan tamadun kecuali:


A
Hayat penghidupan stabil yang panjang.
B
Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan dan meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.
C
Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan anggota masyarakatnya.
D
Wujud organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur dan sistematik.


3.
Tamadun manusia secara tipologi dibahagikan kepada 4 ciri, pilih 4 ciri yang dimaksudkan:.

I
Tamadun Mistik.
II
Tamadun Intelektual.
III
Tamadun Materialistik.
IV
Tamadun berasaskan wahyu.

A
I, II dan III.
B
I, II dan IV.
C
I, III dan IV.
D
Semua di atas.


 4.

Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya di antara individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya negara adalah apa yang dikatakan sebagai:


A
Toleransi peradaban.
B
Pertemuan peradaban.
C
Interaksi antara peradaban.
D
Pertembungan peradaban (the clash of civilization).


5.
Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun?

I
Kesengsaraan hidup.
II
Kemenangan di dalam peperangan.
III
Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni.
IV
Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu.

A
I, II dan III.
B
I, II dan IV.
C
I, III dan IV.
D
Semua di atas.


 6.
Salah satu daripada kenyataan berikut bukan merupakan sifat-sifat utama sesebuah tamadun.


A
Kewujudan satu atau beberapa bahasa yang serumpun dengan sistem tulisan yang tersendiri.
B
Kewujudan sebuah sistem sosial meliputi politik, perekonomian dan pendidikan yang tersusun.
C
Kewujudan satu kepercayaan (agama) yang dapat menyatukan seluruh masyarakat dalam wilayah tamadun tersebut.
D
Kewujudan penempatan manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota atau sistem (Madinah).


 7.
Interaksi budaya merupakan salah satu daripada jenis interaksi peradaban yang paling jelas berlaku dalam banyak Tamadun. Antara faktor-faktor berikut, yang manakah telah menyebabkan berlakunya interaksi budaya?

I
Pengalaman sejarah, diserang, berperang dan sebagainya.
II
Faktor geografi; Lokasi strategik akan lebih terdedah kepada interaksi contohnya Tamadun Melaka.
III
Faktor perdagangan; pengalaman berinteraksi melalui perdagangan akan menyebabkan tamadun berkenaan lebih terbuka.
IV
Faktor kepimpinan; contohnya Maharaja Jepun; Maharaja Meiji berpendapat untuk mengelak dari dijajah Jepun perlu berinteraksi dengan Barat. Jepun hanya mahu ilmu barat sahaja.

A
I, II dan III.
B
II, III dan IV.
C
I, II dan IV.
D
Semua di atas.


 8.
Merujuk kepada peradaban awal dunia seperti Mesir, Mesopotamia, Greek dan Rome merupakan peradaban yang telah jatuh. Kemerosotan, kejatuhan dan berakhirnya tamadun-tamadun tersebut adalah disebabkan oleh kepincangan dalam beberapa aspek peradaban. Antara berikut manakah BUKAN menunjukkan ciri-ciri kepincangan tersebut.


A
Bencana alam dan penyakit yang teruk
B
Rakyat yang bersungguh-sungguh mengumpul harta.
C
Pemimpin mengabaikan kebajikan dan kemudahan rakyat.
D
Pembinaan monumen-monumen besar yang menggambarkan kemewahan.



9.
Berikut menerangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kehidupan manusia dalam mewujudkan kehidupan yang bertamadun.

I
Peperangan.
II
Konflik antara agama dan kaum.
III
Kemelesatan ekonomi dunia dan negara.
IV
Kegawatan sosial.

A
I, II dan III.
B
I, II dan IV.
C
I, III dan IV.
D
I, II, III dan IV.


10
Antara berikut yang manakah menggambarkan interaksi tamadun dalam bentuk yang negatif.


A
Kejadian gempa bumi dan bencana alam seperti tsnunami.
B
Pertembungan Tamadun Islam dan Tamadun Barat membawa kepada berlakunya Perang Salib (1096-1291).
C
Perletakkan jawatan  sesetengah pemimpin berlaku disebabkan tekanan oleh golongan rakyat.
D
Pembunuhan tokoh-tokoh penting di dunia disebabkan interaksi yang gagal.



TOPIK 2 :  TAMADUN ISLAM
BAB 1 : ISLAM DALAM TAMADUN MANUSIA


1.

Tamadun Islam menjadikan pandangan semester Islam mengenai konsep kehidupan manusia sebagai asas perkembangannya. Pilih kenyataan yang SALAH tentang konsep kehidupan manusia.


A
Manusia adalah makhluk yang paling mulia dalam aspek rohani dan jasmani.
B
Manusia telah mengakui keesaan Allah swt ketika di alam Roh.

C

Kehidupan di alam barzakh akan mempengaruhi alam dunia seperti penjelmaan semula dan berkomunikasi.
D
Setiap amalan manusia di dunia akan mendapat balasan di hari akhirat kelak.


2.

Berikut adalah kenyataan yang tidak benar mengenai hakikat alam Barzakh.

I
Bahagia atau derita bergantung amalan semasa di alam dunia.
II
Roh akan mempengaruhi alam dunia seperti berinteraksi dan sabagainya.
III
Terpisah di antara Roh dan Jasad .
IV
Ruh berkuasa terhadap kehidupan manusia yang masih hidup di dunia.

A
I, II dan III.
B
I, II dan IV.
C
I, III dan IV.
D
I, II, III dan IV.

 
3.

Matlamat  tamadun Islam adalah untuk memelihara keselamatan mengikut urutan keutamaan iaitu :


I
Aqal Fikiran
II
Nyawa (Hak Hidup).
III
Kehormatan dan keturunan.
IV
Hak dan kebebasan.
V
Harta Benda .

A.   I, II, III, IV,V
B.   II, I, III, IV,V
C.   I, II, III, V, IV
D.   II, I, III,V, IV.



BAB 2 : KONSEP TAMADUN ISLAM


1.

Tamadun Islam adalah tamadun yang berteraskan aqidah tauhid, Berikut adalah penyataan yang benar tentang aqidah tauhid dalam tamadun  Islam  KECUALI 


A
Mengesakan Allah SWT sebagai ILAH pada keyakinan, ucapan dan pengamalan seharian.
B
Garis pemisah membezakan tamadun Islam dengan tamadun lain.
C
Ikatan yang menghubungkan semua nabi dan rasul.

D

Melahirkan sifat taqlid dan jumud kepada umat Islam.


2.

Tamadun Islam menjadikan pandangan semester Islam sebagai asas perkembangannya. Pilih kenyataan yang SALAH tentang pandangan semester Islam


A

Al-Quran sebagai satu-satunya sumber rujukan umat Islam.
B
Islam adalah ajaran yang mengandungi aspek aqidah, syariah dan akhlak.
C
Setiap amalan manusia di dunia akan direkodkan dan akan mendapat balasan di hari akhirat kelak.
D
Tujuan manusia diciptakan hanya untuk beribadah kepada Allah swt.


3.
Syariah adalah intipati asas dalam tamadun Islam. Berikut adalah penyataan yang benar tentang Syariah dalam tamadun  Islam  KECUALI 


A
Panduan dalam kehidupan individu dengan tuhannya, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
B
Asas perkembangan sistem sosial, ekonomi dan politik Islam
C
Terdapat unsur yang berbentuk fleksible berdasarkan kesuaian masa, tempat, budaya dan bangsa sesebuah masyarakat Islam.
D
Berkuatkuasa sepenuhnya sebelum penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah.






4.

Berikut adalah kenyataan yang terdapat dalam cirri-ciri khusus dalam Tamadun Islam. Pilih kenyataan yang SALAH tentang cirri-ciri khusus  Tamadun Islam

A
Rabbaniyyah bermaksud segala konsep, prinsip, nilai, hukum, dan peraturan secara mutlak daripada Allah swt

B
Alamiyyah bermaksud persamaan sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum dan darjat. Umat manusia di setiap tempat dan zaman, tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi.


C
Konsep toleransi Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun  yang membawa kebaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut

D
Konsep tabieyyah tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia seperti memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif, bersistematik bermula pada diri, keluarga, masyarakat dan negara



BAB 3 : PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM


9.

Pilih kenyataan yang tepat tentang Tamadun Jahiliyyah menurut pandangan Said Hawa

A
Kemajuan masyarakat berpegang teguh dengan perasaan asabiyyah
B
Kemajuan metarial tanpa mengambil kira aspek moral
C
Kemajuan fizikal yang menolak kefahaman agama
D
Kemajuan masyarakat tanpa ada kekuatan jatidiri


10
Pada  zaman Jahiliyah, struktur masyarakat arab Hadhari (tinggal dibandar)
dan Badwi (tinggal di padang pasir) tertakluk kepada sistem yang berlandaskan semangat ’Asabiyah’ .Berikut adalah kenyataan  yang benar tentang asabiyah KECUALI


A
Pertalian darah dan keturunan
B
Semangat kejiranan
C
Memandang hina khabilah lain
D
Perasaan setiakawan        



BAB 4 : PENDIDIKAN DALAM TAMADUN ISLAM
 



1.

Beberapa istilah yang berkaitan dengan definisi pendidikan Islam selain dari ”tarbiah” ialah:
     
A
ta’lim, ta’dib, irsyad dan tadris
B
ta’lim, taqrib, irsyad dan tadris
C
ta’lim, ta’dib, takhrij dan tadris
D
ta’lim, ta’dib, tahdis dan tadris




2.

 Pelbagai istilah dalam pengertian pendidikan Islam yang perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan untuk membina generasi Islam yang sempurna. Pilih kenyataan yang SALAH tentang istilah pendidikan Islam.

A.
Tarbiyyah – ialah proses membentuk keperibadian manusia dari satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai matlamat terakhir iaitu insan yang sempurna mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada Allah s.w.t.

B.
Ta’lim – ialah proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi , tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

C.
Ta’dib – ialah proses mendidik manusia agar mampu memperkembangkan segala potensi ke arah pembentukan tatasusila perlakuan atau adab sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

D.
Irsyad bermaksud pengajaran yang dilakukan oleh seseorang kepada penuntut tentang sesuatu subjek

1 comments:

Ahmad Safwan said...

takde ke tambahan lagi untuk soalan objektif titas puan?

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!