Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti
seperti menggenggam dan membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang,
menggenggam dan menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas,
mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti
pensel dengan cara guru menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara yang
betul. Latihan-latihan gerak jari dengan
mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan,
meramas-ramas jari dan sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju dan
sebagainya serta latihan membuka dan mengikat semula tali kasut juga merupakan
latihan pergerakan tangan . Latihan menggerakkan jari ini supaya murid-murid
bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan
penggunaan otot-otot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada
plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air.
Latihan
Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna
Aktiviti gerakan tangan secara bebas
yang dilakukan oleh murid ini bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa
dan sempurna. Selain itu latihan membentuk garisan lurus, latihan membentuk
corak-corak campuran bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan
melukis gambar-gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam
aspek gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan
lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti
melukis bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput
tanpa menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk
di atas pasir atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, Huruf
kertas pasir. Membuat rantai secara bebas turut membantu murid membentuk huruf
akhirnya.
0 comments:
Post a Comment