Wednesday, July 25, 2012

Kesan dan cabaran Budaya terhadap pembentukan Etnik

1. Perbezaan & pertentangan kepentingan di antara etnik.

i. Cabaran dalam aspek sosial:
a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain.

b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.

ii. Cabaran dlm aspek ekonomi
  • Perbezaan pekerjaan.
  • Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk.
iii. Cabaran dari aspek politik.
  • Politik perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat.

2. Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik.Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan. 

  • Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum sendiri dlm memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan dlm urusan seharian sehingga mewujudkan polarisasi antara etnik.

3. Cabaran globalisasi.
  • Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik Barat sejagat.
  • Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm rangka nilai & kebebasan manusia masa kini, maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi manusia.
  • Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.
  • Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus pembaratan dan globalisasi yg mendesak. Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg amat kuat & deras, mengakibatkan lenyapnya nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat.
Ketiga-tiga cabaran tsb jika tidak dibendung & dikawal akan menjurus kpd pembentukan semangat perkauman yg mendalam, menimbulkan prasangka & mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme yg akan meninggalkan kesan kpd hbgn etnik, integrasi & mudah terjadinya konflik yg mengundang rusuhan kaum. Situasi ini ditambah lagi dgn beberapa persepsi yg kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia.
Sejarah hbgn etnik di Malaysia membuktikan bhw hbgn etnik mengalami turun naik mengikut kategori baik, sederhana,dingin dan baik.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!