Dalam terminologi geometri teselasi
adalah satu bentuk pola yang melitupi sesuatu
permukaan sepenuhnya, dengan tiada celah di
antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk (yang digunakan) berlaku.
Contoh teselasi yang paling asas termasuklah jubin di bilik
air. Bentuk-bentuk teselasi yang lebih menarik termasuklah teselasi Islam
berbentuk bintang dan teselasi ciptaan Escher. Corak ini biasanya berulang.Terdapat tiga jenis teselasi
iaitu :
- 1 Teselasi Sekata
- 2 Teselasi Separuh-sekata
- 3 Teselasi Bukan-sekata
Sebuah teselasi (atau jubin) adalah
suatu susunan bentuk tertutup yang berpadanan bersama-sama untuk menutup
permukaan satah tanpa pertindihan dan tanpa meninggalkan jurang. Teselasi-teselasi
ada di mana-mana di alam ini seperti sarang dan objekbuatan manusia seperti
selimut. M.C.Escher, seorang seniman dan ahli matematik, telah menjadi terkenal
kerana teselasi yang mengagumkan.
Tesselasi
adalah suatu pengulangan pola dari bangun-bangun yang menutup secara lengkap
suatu bidang datar tanpa ada celah atau tumpang tindih. Tesselasi juga biasa
disebut pengubinan. (Directorate General Management, 2009:34).
Tesselasi
adalah suatu konsep matematik yang digunakan oleh guru-guru misalnya untuk
pelajaran seni dan matematik.
Dalam
pembelajaran matematik, tesselasi dapat digunakan untuk membantu para pelajar
mempelajari konsep-konsep matematik secara lebih dalam misalnya segibanyak (polygon),
segibanyak beraturan (regular polygon), segibanyak tak beraturan (non-regular/irregular
polygon), kongruen, sudut dalam, jumlah sudut dalam dari segibanyak yang
saling bertemu pada titik sudut (vertex) tesselasi, translasi, refleksi,
dan pusingan.
Tesselasi
yang dikuasai harus menggunakan prinsip tesselasi untuk memperoleh reka cipta
yang baik (Depdiknas, 2007).
Cerrone, K.L.,2006:2,
berpendapat bahwa salah satu pendekatan untuk pengajaran tesselasi sebagai
sebahagian dari geometri adalah pendekatan inkuiri/ kaedah cuba jaya.
0 comments:
Post a Comment