Ramai yang mengatakan internet di rumah agak lambat. Sebelum membuat
sebarang aduan, adalah sangat membantu sekiranya kita mampu memberi
maklumat yang tepat mengenai punca masalah yang terjadi bagi membolehkan
pihak TM menyelesaikan dengan cepat. Posting ini hanya berkaitan
masalah yang terjadi dari segi perkakasan dan bukan perisian. Berikut
adalah sedikit ulasan dari saya mengenai beberapa faktor yang sering
menyebabkan masalah talian broadband streamyx serta cara-cara bagi
troubleshooting (kenal pasti masalah – dibawah). :
- Line telefon ada noise (iaitu bunyi bising yang tak sepatutnya ada – sangat biasa terjadi)
- Modem semakin panas (modem / router modem)
- Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch “dan atau” pc)
- PC – NIC (kad network) yang bermasalah (problem).
…
Bagi mengesan masalah adalah sangat mudah, cuba ikuti langkah2 berikut satu persatu dengan memahami langkah2 yang diberikan..
**Sebelum proses troubleshoot (mengesan punca masalah), pc yang digunakan sebolehnya adalah fresh install windows dan tiada applikasi 3rd party (iaitu aplikasi tambahan). Ini adalah untuk mengasingkan (isolate) masalah hardware dan software dari proses troubleshoot ini.
Line fone yg ada noise (bunyi bising)
- tutup pc anda, dan angkat fone, cuba call 103 dan berbual lah (apa saja) dengan operator bagi mengesan masalah noise.. ambil masa 1 min, beri perhatian pada bunyi buzz yang mungkin wujud semasa perbualan. Sekiranya dikesan bunyi tersebut, pastikan operator juga mengesahkan tentang gangguan noise. Jika operator juga mendengar noise tersebut, ini adalah bermaksud gangguan noise pada talian anda agak kritikal. Terus call 100 di bahagian teknikal laporkan masalah noise yang anda alami.
- bagi kepastian dengan lebih mendalam (secara teknikal) .. on suis pc anda, masuk ke menu router (192.168.1.x – x: bergantung pada jenis/ip router), semak statistik bagi adsl / atm, lihat pada transmite “tx” dan receive ”rx” error counts. Sepatutnya column ini tidak mempunyai error counts seperti disebelah (jika ada error counts untuk “tx” atau “rx”, line fone juga bermasalah; mengakibatkan talian internet lambat atau tersekat sekat). Dari semasa ke semasa, jika error counts ini akan meningkat, pada satu ketika ia akan menyebabkan talian internet anda terus terputus..
- Setelah anda sedia maklum dengan masalah yang di akibatkan oleh bunyi bising dalam talian telifon, terus hubungi “100″, terus ke “Bantuan Teknikal”. Beri tahu pada “pembantu teknikal streamyx-tm”, masalah “noise” atau “bunyi bising” pada talian telefon yang menyebabkan internet terlalu perlahan dan sering terputus. PENTING: ambil dan simpan salinan nombor report yang diberikan. Dalam masa 24 jam, pihak sub-kontraktor dari TM (telekom malaysia) akan datang dan membuat ujian noise ke atas talian fone anda. Tiada bayaran dikenakan, biarpun kabel talian telefon terpaksa ditukar, atau sebagainya). Bantuan teknikal streamyx dipertanggungjawabkan dalam masa 24 jam untuk hadir ke premis anda (masa dikira mulai saat report anda dibuat). Jika dalam 12 jam, tiada sub-kontraktor yang datang ke rumah, call semula “bantuan teknikal” dan semak status report anda. Tanyakan samada pihak TM telah menghantar kontraktor atau belum. Sekiranya belum, jelaskan keadaan streamyx dan keperluaan anda menggunakannya dalam sekadar segera. Itu sahaja.
- Jika pihak teknikal sedang datang ke rumah, pastikan masalah internet terputus atau perlahan di selesaikan dengan membuat verifikasi keatas kelajuan internet anda. Semak kelajuan internet disini. Juga pastikan noise tidak lagi wujud.
Modem (atau router modem) semakin panas.
- Modem (kebiasaanya router modem yang digunakan oleh semua pelanggang streamyx), menjadi panas disebabkan banyak faktor salah satunya adalah faktor kedudukan modem di tempat yang tertutup dan panas. Setiap alat elektronik atau elektrik akan terjejas kecekapannya sekiranya dibiarkan panas dalam tempoh yang lama.
- Tutup router-modem dahulu dan biarka seketika. Ubah kedudukan modem / router ke tempat terbuka dan kurang kepanasan.
- Elakkan meletakan router modem di tempat seperti di bawah meja, atau di dalam laci atau kabinet, di atas pancaran cahaya matahari secara terus, dan sebagainya.
- Semak statistik router seperti gambar di atas, dan pastikan error counts bagi “tx” dan “rx” berkurangan atau terus menjadi “0″.
Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch "dan atau" pc)
- Paket boleh berlanggar atas masalah pada cable cat 5 (cable network) dan juga pada switch / router.
- Masuk ke menu router dan akses ke statistik; lihat statistik bagi menu ethernet / LAN, pastikan tiada error pada collision (perlanggaran) dan lain2 ralat yang berkaitan ethernet. Jika ada, cuba tukar cable network (cat5) dan gantikan dgn kabel yang baru. Jika masih ada collision, pasang switch / router tadi di tempat lain dan semak semula statistik ethernet. Jika masih ada, router modem berkemungkinan mengalami masalah, tukarkan dengan yang baru / ganti.
- Applikasi yang menghantar paket yang banyak perlu di salurkan secara betul (destinasi paket) dengan membuka port pada firewall dan menetapkan IP tertentu yang memerlukanya. Teknik ini dikenali sebagai “port forwarding“. Cara untuk set port-forwarding yang betul bagi setiap jenis modem / router boleh di perolehi disini : www.portforward.com ; gambar disebelah adalah contoh bagi forwarding yang telah ditetapkan bagi telnet dan applikasi torrent.
- Collision paket juga boleh berlaku disebabkan terlalu banyak paket yang dihantar pada masa yang sama. Applikasi yang menghantar paket yang banyak selalunya adalah aplikasi yang memerlukan download (downstream) dan upload (upstream) yang banyak dari segi kuantiti. Applikasi yang dimaksudkan adalah seperti applikasi torrent dan p2p (eg. ares). Tutup applikasi tersebut dan cuba troubleshoot semula collision paket error dari menu tetapan modem router.
PC - NIC (kad network) yang problematic.
- NIC (kad network) – jika kesemua masalah diatas telah diperiksa tetapi masih lagi talian internet anda slow / lambat, cuba tukar NIC – kad network anda. Biasanya NIC yang rosak mengakibatkan lampu LED pada NIC bagi DATA / LINK tidak bernyala atau hanya bernyala satu sahaja. Lampu pada NIC adalah petanda yang menunjukkan sebarang aktiviti menghantar dan terima paket dari kabel.
Sila ambil perhatian sekali lagi.., tutorial bagi proses
troubleshooting ini hanyalah untuk mengesan masalah streamyx dari segi
perkakasan (peralatan) sahaja. Sekiranya anda mendapati tiada sebarang
masalah bagi peralatan setelah mengikuti langkah langkah di atas, ini
bermaksud peralatan anda dalam keadaan yang memuaskan. Sekiranya masih
lagi terjadi masalah internet terlalu perlahan, anda mungkin perlu
memeriksa dari segi perisian pula (lihat link dibawah).
Walaubagaimanapun, kadangkala masalah yang terjadi juga adalah
disebabkan kesesakan / kegagalan peralatan yang berada di exchange site
TM – untuk memastikan kawasan anda tidak mempunyai masalah, sila call
100 dan tanya pada operator samada kawasan anda terlibat dalam aktiviti
baik pulih / meningkat upaya yang dilakukan oleh pihak TM..
Harap posting ini sedikit sebanyak membantu… Gudluck! ;-)
0 comments:
Post a Comment