Dalam
membuat buku pop-up, kita perlu mempertimbangkan
beberapa faktor dan idea untuk membuat buku pop-up dengan sempurna. Apabila kita hendak membuat sebuah buku pop-up,
kita perlu mempunyai
idea
tentang topik, supaya kita dengan mudah mengaitkan perkara yang kita mahu pop sesuai dengan topik
yang dipilih. Kita juga perlu mempunyai idea yang kreatif agar ia kelihatan
lebih menarik
dan tahan lama.
Sebelum membuat pop-up, kita perlu
membayangkan bagaimana ia akan terhasil. Tanpa visualisasi, ia akan mengambil
masa yang lama untuk kita selesaikannya. Ini adalah kerana kita tidak mempunyai
idea yang tetap untuk membuat pop-up dan mungkin ketika kita sedang melakukan
pop-up, minda kita sedang atau mudah diganggu oleh perkara-perkara yang akan
mempengaruhi kita untuk melakukan perkara- perkara lain. Minda kita akan
terperangkap kerana kita tidak ada perancangan dan kita akan berputus asa serta
cuba untuk membuat pop-up yang lain. Jadi perkara pertama yang kita perlu
pertimbangkan ialah menggambarkan idea dalam membuat pop-up.
Dalam membuat pop-up, terdapat beberapa
teknik dalam lipatan. Jenis-jenis yang kami gunakan adalah lipatan selari dan
lipatan bersudut. Biasanya selari kali ganda pop-up akan dipaparkan apabila
buku itu dibuka separuh atau 90 º. Dihadapan latar belakang kad adalag satu
atau lebih lapisan gambar yang selari dengannya.. Oleh itu, apabila kita
memotong kad untuk membuat lipatan selari, panjang pemotongan mestilah sama
supaya gambar akan ditampal dengan baik dan boleh dibuka dan ditutup dengan
mudah. Kad pemotong membongkok ke dalam supaya ia membentuk satu dirian kecil
di dalam buku.
Kemudian
kita menggunakan konsep lipatan bersudut tegak. Daripada teknik ini,
kita perlu pertimbangkan bahawa sudut yang ingin kita gunakan ialah yang bersudut tegak. Kami
menggunakannya di sebelah kanan dan kiri. Ia bertujuan bagi memastikan bahawa
pop-up boleh menjadi rapat dan boleh
dibuka dengan cara yang betul. Sudut yang tepat dan betul ketika membuat proses
lipatan pop-up akan mempengaruhi kesan pergerakan pop-up itu sendiri. Sebagai
contoh, jika kita menggunakan sudut 90º,
pop-up akan berdiri tegak apabila buku dibuka. Manakala jika kita menggunakan
hanya 60º, pop-up akan bersandar ke arah belakang apabila buku itu dibuka. Jika 100º pula, pop-up akan bersandar ke
hadapan dari arah belakang apabila buku terbuka. Gambar-gambar di bawah adalah
beberapa contoh pop-up dengan bersudut tegak.
Seperti yang kita tahu, ukuran panjang dan
yang paling penting ialah sudut dalam memastikan bahawa pop-up dibuat dengan
cara yang betul. Jika kita tidak peduli tentang perkara ini, mungkin kita tidak
akan menghasilkan satu pop-up yang baik.
Sebelum kita mahu membuat pop-up sebenar, ia
adalah lebih baik untuk melakukan ujian . Kami mencuba idea-idea di dalam kad
yang tidak digunakan dan membuat tekaan serta akan kami buktikan daripadanya.
Tidak salah jika melakukan kesilapan dalam perbincangan, tetapi adalah sedih
jika kita silap ketika sedang melakukan pop-up yang sebenar. Cubaan yang banyak
boleh membantu kita menjadi lebih kreatif.
Dalam menghasilkan pop-up, kami tidak hanya
fokus pada membuat pop-up sahaja, malah kami juga perlu mempertimbangkan
lukisan atau lakaran sekitar pop-up kad bagi menghasilkan sesuatu yang indah.
Ia adalah salah satu teknik kami dalam menarik minat pelajar dan kanak-kanak
untuk membaca dan menghargai buku kami. Maka, kami perlu membuat
lakaran dengan betul dan berwarna warni.
Kami memasukkan teknik toning supaya ia kelihatan seperti yang sebenar.
Dalam
menghasilkan buku ini khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, kami
telah mencipta satu cerita dengan menggunakan Bahasa Malaysia yang paling mudah mereka fahami. Kami turut mengambil
kira nilai-murni yang perlu digabungjalinkan bagi memastikan pembacaan mereka
berfaedah dan bermakna.
Kesimpulannya,
dalam menghasilkan pop-up yang indah, kita perlu mempertimbangkan banyak faktor
dan idea-idea dan ciri-ciri penghasilan buku pop-up yang betul. Ia amat
memerlukan kesabaran dan kepekaan yang tinggi semasa melakukannya. Walaupun
kami letih dan sering mencuri masa yang ada, pengorbanan ini amat bermakna
sekiranya ia mampu memenuhi kehendak dan memenuhi kriteria yang diperlukan.Kami
tetap tidak berputus asa dan inilah hasil kumpulan kami.
0 comments:
Post a Comment