Saturday, July 28, 2012
Kehebatan Allah menciptakan minda
Salam wbt
InsyaAllah, kali ini y ingin berkongsi berkenaan dengan kehebatan Allah yang menciptakan minda kita dengan sangat ajaib dan hebat. Bila kita teliti apa yang ada pada diri kita, kita akan bertemu dengan apa yang Allah katakan dalam Al-Quran
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya) - At-Tin ayat 4
Antara kejadian terhebat yang Allah ciptakan ialah otak, secara zahirnya dipanggil otak dan secara “batinnya” dipanggil minda ataupun mungkin akal. Kenapa dikatakan hebatNya Allah swt menciptakan otak kita.
Perhatikan pertamanya pada skruktur atau kedudukan otak kita, sepertimana kita tahu otak adalah antara komponen yang sangat penting pada tubuh badan kita, kemampuan akal untuk berfikir adalah dari otak. Banyak kelebihan-kelebihan pada otak ni. Memandangkan fungsinya yang sangat-sangat penting, maka Allah menciptakan kedudukannya berada di dalam sarung perlindungan yang sangat hebat iaitu kepala. Seterusnya mata dan telinga berada dekat dengan otak kita, bayangkan segala benda yang datang menerpa untuk mencederakan otak kita dapat kita lihat dengan mata dan dapat kita dengar dengan telinga yang berada dekat dengan kepala kita. Sebab tu kaki kita lebih kerap tersepak benda bila berjalan sebab mata tidak berada dibawah. Hebatkan Allah swt?
Minda kita terbahagi kepada dua iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar juga dikenali sebagai minda segar. Bila kita perlu berfikir menyelesaikan sesuatu masalah kita menggunakan minda sedar. Maksudnya kita perlu berfikir secara sedar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contoh mudah ialah sewaktu kita berada di dalam dewan peperiksaan, kita akan diuji dengan menggunakan minda sedar ni. Contoh lain, cuba bayangkan gajah berwarna oren? Anda perlu berfikir bukan untuk mendapatkan imaginasi gajah berwarna oren? Yalah sebab gajah yang biasa kita lihat bukan berwarna oren. Jadi kita perlu berfikir untuk membayangkan gajah warna oren, itulah contoh penggunaan minda sedar.
Seterusnya berbalik kepada minda separa sedar atau juga dikenali sebagai minda tabiat. Minda tabiat terbentuk melalui perkara yang kita lihat, perkataan dan gambaran yang berulang-ulang. Contohnya, pernahkan kita sewaktu awal-awal kita belajar memandu kereta, kita perlu berfikir untuk menukar gear, nak tekan clutch dan lain-lain. Tapi apabila kita kerap memandu kereta, kita menjadi biasa dengan keadaan tersebut. Malah kita tidak perlu lagi berfikir untuk melakukan tindakan tersebut kerana telah sebati dengan kita. Pernahkah kita berfikir bagaimana perkara tersebut boleh berlaku? Sebenarnya telah berlaku proses pemindahan maklumat dari minda sedar kepada minda separa sedar atau minda tabiat atas pengulangan yang kita lakukan. Banyak lagi contoh-contoh lain yang ada, mungkin sahabat-sahabat sendiri boleh fikirkan dan cuba ingat perkara yang dulu kita rasa payah,susah akhirnya menjadi tabiat yang kita buat dengan mudah sekarang.
Kajian menunjukkan, pemikiran kita di hasilkan oleh 5% minda sedar dan 95% dihasilkan oleh minda tabiat. Bayangkan aktiviti harian kita banyak menggunakan minda tabiat. Kita tak perlu berfikir untuk gosok gigi bila bangun pagi, kita tidak perlu berfikir nak sarungkan baju macam mana, kita tidak perlu berfikir untuk buka pili air dan lain-lain. Memang tindakan kita berlaku secara tabiat yang telah kita set dalam pemikiran kita, namun semuanya berlaku atas kawalan Allah swt. Ana kira orang yang mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya dengan penuh kesedaran, adalah orang yang hebat. Orang yang solat dengan khusyuk penuh kesedaran adalah orang yang hebat.
Jadi ibadat berlaku jika niat kita betul kerana Allah penuh kesedaran, bukan secara kebetulan. Ana ulang kata-kata seorang ustaz dulu, dia kata kalau kita minum air walau baca bismillah tapi lepas minum tak ingat baca ke tak, tak niat kerana Allah. Maka hal tersebut hanya menjadi adat bukan ibadat. Mungkin di sini penting hidup yang penuh sedar, bukan hidup sekadar hidup. Kalau hidup sekadar hidup, nanti mati kita akan terkejut dan baru hidup. Ibarat orang yang terjaga dari mimpi, bila tersedar baru perasan yang rupa-rupanya selama ini dia tidur. Tak ingat kata-kata atau hadis berkenaan dengan ini.
Kenapa pula perlu dengar tazkirah dimasjid setiap masa? Mengapa peringatan di katakan bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Pendapat ana, ini antara sebabnya, peringatan yang berulang-ulang walau perkara yang sama adalah untuk set minda tabiat tadi supaya sedar dan ingat bahawa ada kehidupan selepas kematian, jangan terlalu rakus mengejar dunia sehingga melupakan akhirat, jangan lari fokus dalam hidup dan lain-lain. Mungkin betul, mungkin salah. Ini pendapat ana sendiri.. Semoga kita sentiasa merendah hati untuk mendengar segala nasihat dan peringatan yang boleh manfaat kepada kita.
Kesimpulannya, sudahkah kita memanfaatkan sepenuhnya otak yang Allah kurnaikan pada kita? Apakah yang sebenarnya yang kita inginkan didalam hidup ini? Apakah visi dan misi hidup kita? Sudahkah kita menulis dan membaca setiap hari misi dan visi hidup kita untuk “ingatkan” dalam minda tabiat kita? Jika belum, mulailah menulis tentang harapan, cita-cita dan apa sahaja yang kita ingin didunia dan diakhirat dalam usaha meraih keredhaan Allah. Kita baca secara berulang-ulang, buat gambaran dalam minda kita. Bayangkan kita menjadi seorang yang sangat baik, layan orang penuh kasih sayang, tak rasa diri hebat dan lain-lain. Bayangkan..biar ia menjadi tabiat asal kita. Tabiat asal kita sewaktu kita dialam roh dulu. Tabiat yang sangat baik dan dekat dengan Allah.
Ana jelaskan di sini, bila kita buat perkara ini bukan bermaksud kita bergantung pada minda kita semata-mata, jangan sesekali. Kita tidak boleh melepaskan diri dari pelukan Allah setiap masa, cuma ianya sekadar seperti “Peringatan” untuk minda kita seperti mana kita mendengar tazkirah. Hakikatnya, kita hanya mampu berusaha Allah yang memberikan segala-galanya. Semoga hati kita akan lebih terpaut dan dekat kepada Allah, semoga minda kita jauh lebih terbayangkan kehidupan selepas kematiaan berbanding hidup yang singat didunia sekarang.
Mintak maaf kalau ada salah dan silap dalam penulisan ni. Sekadar berkongsi ilmu. Semoga bermanfaat untuk kita bersama dalam usaha.
Hamba Allah
Hari ini saya memilih untuk bersyukur diatas segala nikmat-nikmat pemberian Allah swt. Hari ini saya memilih untuk tenang, bahagia, berfikiran positif, dan memberi manfaat kepada diri dan semua orang. Hari ini saya memilih Iman bukan nafsu, saya memilih pahala bukan dosa. Hari ini saya memilih untuk memenuhkan bakul pahala saya untuk akhirat. Dan saya memilih untuk mencari REDHA ALLAH bukan PENGHARGAAN MANUSIA
Thursday, July 26, 2012
Puasa tetapi tidak solat
Ibadah jadi adat, ikutan hanya dapat lapar dan dahaga
Amalan puasa orang yang tidak solat, rosak dan tidak diterima Allah kerana ibadah lain hanya akan dilihat Allah selepas ibadah solat. Bagaimanapun, jangan terkejut kerana ramai hari ini yang berpuasa tetapi meninggalkan kewajipan solat.
Pakar motivasi, Halim Din, berkata 80 hingga 85 peratus mereka yang berpuasa tidak menunaikan solat kerana berasakan kewajipan lima kali sehari itu payah untuk dilaksanakan. Sedangkan katanya, nilai ketinggian seorang hamba di sisi Allah dinilai daripada kesempurnaan solat mereka.
Untuk melihat ibadah lain, Allah akan lihat solat dulu. Jika tidak solat, ibadah lain Allah tidak akan lihat. Malangnya, umat hari ini beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat. Mereka hanya dapat lapar dan dahaga saja, katanya pada majlis Ihya Ramadan di surau The New Straits Times Press (NSTP).
Katanya, soalan berkaitan berpuasa, tetapi tidak solat sering ditanyakan selain beberapa perkara yang dilihat sebagai remeh membabitkan ibadah puasa seperti adakah kentut atau mengorek telinga membatalkan puasa.
Orang Islam kian jahil
Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan orang Islam kian jahil perihal agama dan puncanya ialah sikap ambil mudah selain malas belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang akan mengeluarkan diri daripada kegelapan.
Halim berkata, sepatutnya sebelum kedatangan Ramadan, umat Islam sudah bersedia menelaah bab puasa termasuk perkara membatalkan puasa dan lebih penting, perkara membatalkan pahala puasa seperti digariskan Al-Ghazali dalam kitab tasaufnya.
Disebabkan malas belajar, nilai ibadah kini dilihat lebih sebagai adat atau amalan ikut-ikutan bukan ibadah sebenarnya yang mempunyai hikmah serta matlamat menunaikannya iaitu mendapatkan keredaan Allah.
Beliau memberi contoh jemaah solat tarawih yang jumlahnya ramai pada 10 malam pertama, tetapi kian berkurangan minggu berikutnya dan keadaan bertambah menyedihkan malam-malam terakhir Ramadan.
Satu minggu pertama masjid meriah dengan jemaah, tetapi masuk minggu kedua, kita jadi hairan ke mana perginya yang ramai itu. Cuba kita renungkan kerana inilah yang dilihat apabila amalan hanya ikut-ikutan.
Lebih menyedihkan ketika akhir Ramadan bunyi mercun dan lagu raya lebih kuat hingga sudah tidak mempedulikan tarawih atau tazkirah. Apabila kita langsung tidak ambil peduli ilmu inilah yang berlaku, katanya.
Ilmu pacu umat ke depan
Beliau berkata, jika umat Islam mempelajari asas difardukan ibadat, mereka akan melakukan ibadat puasa dalam keadaan mengetahui dan tidak kira apa yang datang, ia sedikit pun tidak akan menggugat puasa mereka.
Katanya, ilmu akan memacu umat Islam ke depan dan dalam aspek ibadat mereka boleh melihat peningkatan dari sudut kualiti puasa serta sentiasa berusaha memastikan ibadat itu diterima Allah.
Halim turut berkongsi pengalaman ketika di Pusat Zakat Selangor, berdepan isu bayaran kafarah oleh suami yang bersetubuh dengan isteri pada siang hari Ramadan kerana tidak menyangka masih berlaku perkara seperti itu.
Syor umat timba ilmu agama
Saya ingat sudah tiada kes bersetubuh pada siang Ramadan, tetapi masih berlaku. Jika orang ada ilmu mereka akan faham tetapi disebabkan tidak mempunyai ilmu dan tidak mahu belajar, itu yang hancur, katanya.
Kafarah bagi suami yang bersetubuh dengan isteri pada siang Ramadan ialah memerdekakan hamba, jika tidak mampu puasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.
Justeru, beliau menasihatkan umat Islam supaya menggunakan akal, iman dan hati untuk menimba ilmu supaya mereka tahu tujuan amal ibadat yang dilakukan, bukan beramal kerana terikut-ikut atau sekadar meneruskan budaya.
Bonus hari raya setengah bulan gaji
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.
Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.
Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.
Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.
Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
Wednesday, July 25, 2012
Banyak keburukan bawa telefon bimbit ke sekolah
Tahun depan, tidak mustahil poster bertulis, “Sila matikan telefon bimbit atau
gajet anda ketika guru sedang mengajar” akan ditampal di bilik darjah.
Di kawasan sekolah pula, poster bertulis “Penggunaan telefon bimbit atau gajet
dibenarkan sebelum dan selepas waktu sekolah atau pada masa rehat saja,” mungkin
akan ditampal di papan kenyataan dan setiap koridor.
Poster berkenaan ditampal bertujuan mendisiplin murid sekolah, selain memastikan mereka mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Pelajaran susulan murid dibenarkan membawa telefon bimbit atau gajet komunikasi ke sekolah pada 2013.
Bagaimanapun, kebenaran itu hanya akan menjadi kenyataan selepas undang-undang dan peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 dipinda, menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Pindaan itu perlu bagi menggalakkan pendidik dan pelajar menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) pada abad ke-21 dan selaras langkah untuk melaksanakan pengajaran maya dan program ‘1Bestari’ di seluruh negara.
Bagaimanapun, keputusan Kementerian Pelajaran itu nampaknya mengundang kontroversi dan polemik kerana banyak pihak, khasnya ibu bapa termasuk guru menentangnya.
Tiada alasan
kukuh dikemukakan, namun secara umumnya, ibu bapa dan pihak sekolah menganggap
kebebasan itu hanya membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan sama ada
kepada murid, guru dan ibu bapa.
Pada masa sama, guru, masyarakat dan ibu bapa berpendapat, penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah tidak akan membantu meningkatkan mutu pendidikan, sebaliknya menyumbang kepada masalah disiplin di sekolah seperti kemungkinan berlaku kes kecurian telefon bimbit atau gajet dibawa anak mereka.
Di samping itu, ibu bapa dan guru bimbang jika murid dibenarkan membawa serta menggunakan telefon bimbit, mereka akan menjadi leka untuk belajar kerana asyik ‘mengulit’ tanpa henti telefon bimbit dan gajet masing-masing.
Walaupun kebenaran membawa telefon bimbit dan gajet seperti tablet itu bersyarat, namun ibu bapa menganggap keputusan itu masih kurang relevan dan membebankan.
Umum mengetahui, sejarah melarang murid membawa dan menggunakan telefon bimbit ke sekolah dikuatkuasakan sejak 13 Mei 1997.
Walaupun Kementerian Pelajaran membenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah secara bersyarat menerusi satu pekeliling bertarikh 23 Disember 2005, namun ia ditarik balik oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 19 Januari 2006 atau 28 hari selepas pekeliling itu dikeluarkan.
Kini, cadangan membenarkan murid membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah disuarakan sekali lagi dan maklum balas awal yang diterima menunjukkan majoriti guru tidak bersetuju kerana keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit dan tidak mewakili suara majoriti.
Tambahan pula, jika diteliti, telefon bimbit yang dijual di pasaran kini ialah jenis telefon pintar iaitu mempunyai ciri-ciri dan aplikasi canggih yang memudahkan sesiapa saja melayari internet, bersembang dalam laman sosial, mengambil gambar, merakam video dan suara tanpa had batasan.
Dari sudut positif, penggunaannya dapat membantu mengembangkan minda dan kreativiti murid di sekolah khasnya untuk mencari maklumat, namun ia juga mampu mencetuskan lebih banyak isu disiplin kerana besar kemungkinan murid menyalahgunakannya untuk tujuan tidak bermoral.
Memang diakui, telefon bimbit dan gajet seperti tablet sudah menjadi fenomena serta keperluan dalam kehidupan kita sehari-hari, namun adakah ia berupaya mendorong murid di sekolah menggunakannya secara bijak dan terkawal apabila dibawa ke sekolah.
Pada masa sama, guru, masyarakat dan ibu bapa berpendapat, penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah tidak akan membantu meningkatkan mutu pendidikan, sebaliknya menyumbang kepada masalah disiplin di sekolah seperti kemungkinan berlaku kes kecurian telefon bimbit atau gajet dibawa anak mereka.
Di samping itu, ibu bapa dan guru bimbang jika murid dibenarkan membawa serta menggunakan telefon bimbit, mereka akan menjadi leka untuk belajar kerana asyik ‘mengulit’ tanpa henti telefon bimbit dan gajet masing-masing.
Walaupun kebenaran membawa telefon bimbit dan gajet seperti tablet itu bersyarat, namun ibu bapa menganggap keputusan itu masih kurang relevan dan membebankan.
Umum mengetahui, sejarah melarang murid membawa dan menggunakan telefon bimbit ke sekolah dikuatkuasakan sejak 13 Mei 1997.
Walaupun Kementerian Pelajaran membenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah secara bersyarat menerusi satu pekeliling bertarikh 23 Disember 2005, namun ia ditarik balik oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 19 Januari 2006 atau 28 hari selepas pekeliling itu dikeluarkan.
Kini, cadangan membenarkan murid membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah disuarakan sekali lagi dan maklum balas awal yang diterima menunjukkan majoriti guru tidak bersetuju kerana keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit dan tidak mewakili suara majoriti.
Tambahan pula, jika diteliti, telefon bimbit yang dijual di pasaran kini ialah jenis telefon pintar iaitu mempunyai ciri-ciri dan aplikasi canggih yang memudahkan sesiapa saja melayari internet, bersembang dalam laman sosial, mengambil gambar, merakam video dan suara tanpa had batasan.
Dari sudut positif, penggunaannya dapat membantu mengembangkan minda dan kreativiti murid di sekolah khasnya untuk mencari maklumat, namun ia juga mampu mencetuskan lebih banyak isu disiplin kerana besar kemungkinan murid menyalahgunakannya untuk tujuan tidak bermoral.
Memang diakui, telefon bimbit dan gajet seperti tablet sudah menjadi fenomena serta keperluan dalam kehidupan kita sehari-hari, namun adakah ia berupaya mendorong murid di sekolah menggunakannya secara bijak dan terkawal apabila dibawa ke sekolah.
(Berita Harian, 25 Julai 2012)
Kematangan media dan hubungan etnik di Malaysia
Selepas merdeka pada tahun 1957, rakyat Malaysia masih mengekalkan identiti mereka dengan pengenalan diri berdasarkan etnik. Kaum Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban menghiasi sebahagian besar borang di sektor awam dan swasta. Istilah bumiputera dan bukan bumiputera menjadi perdebatan umum khususnya dalam kelompok media alternatif bagi menentukan siapa yang lebih dominan. Pemerhatian Ong Puay Liu (2009) ke atas ruangan ‘Letter to Editor’ berkenaan topik hak istimewa Melayu/bumiputera dari Mei 2001 hingga Julai 2004 mendapati sebanyak 152 ulasan dikemukakan dalam topik ini. Ulasan berkenaan dibahagikan kepada tiga iaitu bersetuju, tidak bersetuju dan tidak kisah. Di akhir perdebatan, tidak ada apa-apa yang berlaku kerana rasa tidak puas hati yang diluahkan tidak dapat mengubah apa-apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan bagi Perkara 153.
Tidak adanya tindakan yang mengancam keselamatan masyarakat pelbagai kaum apabila membincangkan isu-isu sensitif seperti ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin matang dalam mengetengahkan idea mereka. Shamsul Amri (2008) menyifatkan keganasan bukannya pilihan rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah hubungan etnik sebaliknya memilih pendekatan berbincang dan berunding untuk mencapai persetujuan bersama. Justeru beliau menyifatkan situasi ini sebagai ‘ketegangan yang stabil’.
Mengurus hubungan etnik merupakan satu cabaran besar kepada pemimpin Malaysia kerana terdapat proses yang dinamik dalam hubungan berkenaan yang amat berkait rapat dengan corak dan aliran tertentu khususnya hubungan antara etnik. Dengan penduduk yang berjumlah 28,274,729 (Julai 2010) yang merangkumi Melayu 50.4%, Cina 23.7%, bumiputera 11%, India 7.1% dan lain-lain 7.8%, pengurusan etnik perlukan satu mekanisme khusus supaya keamanan dan kesejahteraan mereka dijaga sepenuhnya. Justeru, menguruskan hubungan etnik merupakan satu cabaran besar kepada pemimpin Malaysia supaya kestabilan politik akan berterusan.
Selama beberapa tahun, model pengurusan multietnik yang dilaksanakan Malaysia telah membuktikan bahawa masyarakat yang berbeza budaya dan asal-usul oleh hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni (Asma Abdullah dan Pederson, 2003). Melainkan 13 Mei 1969, kehidupan masyarakat Malaysia tidak pernah diselubungi pertembungan etnik berdarah kerana kerajaan bersama pihak swasta telah mengambil pendekatan berkesan ke arah mencapai integrasi nasional di semua peringkat. Nazaruddin Hj Mohd Jali et al., (2003) menyatakan tujuh cara yang diambil sebagai pendekatan untuk integrasi nasional tersebut iaitu pendidikan formal, aktiviti kokurikulum, pendidikan berterusan, kumpulan sosial, aktiviti-aktiviti sosial, pelancongan dalam negara dan media massa.
Kejayaan Malaysia menguruskan hubungan etnik telah mengundang perhatian orang luar untuk mengetahui formula pengurusan etnik ini. Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie berkata beliau kagum dengan konsep rumah terbuka yang diamalkan oleh masyarakat Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak ketika musim perayaan. Beliau membandingkan keadaan masyarakat Jepun dan Malaysia yang jauh berbeza. Masyarakat Jepun yang bersifat homogen disifatkannya kurang kaya dengan budaya, tradisi dan bahasa berbanding masyarakat Malaysia.
‘Unlike Japan which too homogeneous, where its people share the same culture, tradition and language, Malaysia is unique in many ways’.
Kewujudan masyarakat multietnik telah mula mendapat pengiktirafan masyarakat Eropah melalui pemberian definisi baru ke atas maksud ‘masyarakat moden’. Pada awal abad ke-21 ini, kepelbagaian masyarakat dan budaya telah menjadi takrifan standard tentang masyarakat moden yang dirujuk dengan nada yang lebih positif dan memasukkan elemen kepelbagaian sosial dan budaya bagi menjelaskan inti pati masyarakat moden itu (Widestedt, 2005).
Sejarah Perkembangan Media di Malaysia
Penjajahan menjadikan Malaysia lebih cepat membangun dan berkembang dalam semua sektor. Penglibatan British dalam penerbitan surat khabar bermula dengan memperkenalkan The Government Gazatte di Pulau Pinang pada tahun 1806. Seterusnya Singapore Free Press pada 1825 dan Malacca Observer pada 1826. Penerbitan ketiga-tiga akhbar ini di Negeri-Negeri Selat menunjukkan pengaruh dan dominasi British yang menjangkaui penyebaran maklumat dan keinginan British untuk menguatkan pengaruh mereka di Semenanjung Tanah Melayu.
Akhbar berbahasa Melayu diterbitkan selepas 70 tahun akhbar berbahasa Inggeris, itupun dalam tulisan Jawi yang diberi nama Jawi Peranakan dan diterbitkan di Singapura pada tahun 1876. Jangka hayat akhbar ini tidak lama kerana 19 tahun selepas itu, ia dihentikan. Bagi akhbar Cina, penerbitan awalnya adalah dalam bentuk majalah bercorak agama iaitu The Chinese Monthly Magazine. Akhbar-akhbar bahasa Cina yang lain ialah The Universal Gazette, Lat Pau dan The Penang Sin Poe. Didapati isu-isu yang diberi perhatian oleh akhbar Cina ialah perkembangan politik yang berlaku di Tanah Besar China berbanding isu-isu tempatan (Tang Eng Tek, 1988). Akhbar-akhbar berbahasa Tamil telah diterbitkan sejak 1875 yang menyentuh isu-isu kebajikan masyarakat India di samping isu-isu di negara India. Antara akhbar ini ialah Singai Warthamani, Ulaga Nesan, Singai Nesan dan Hindu Nesan (Krishnan Maniam, 1988).
Penerbitan akhbar di peringkat awal hingga selepas merdeka menyaksikan pelbagai sebab kenapa ia diterbitkan. Antaranya ialah memberi fokus kepada perkembangan masyarakat etnik masing-masing, isu nasionalisme dan keagamaan. Bagaimanapun perkembangan semasa khususnya dalam era globalisasi telah memberi perubahan besar kepada corak laporan dan fungsi akhbar dan media. Pengenalan Internet telah menyusun semula corak penyampaian maklumat kepada masyarakat yang menyaksikan kemunculan media alternatif yang pantas mendapat sambutan. Selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah pencegahan supaya punca kepada rusuhan berkenaan tidak akan berulang pada masa depan. Di samping memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang berperanan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, polisi pendidikan dan peranan media massa dilihat kembali dengan teliti bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Kepesatan perkembangan akhbar di Malaysia dapat dilihat dengan kehadiran empat aliran bahasa yang diterbitkan seluruh negara.
Isu-Isu Media dan Hubungan Etnik
Media di Malaysia berhadapan dengan kepelbagaian etnik yang setiap satunya mempunyai keperluan dan aspirasi sendiri. Ia tiak dapat dielakkan kerana media massa akan mempengarui bagaimana orang ramai membuat persepsi mereka, memahami dan membuat pandangan terhadap realiti dan dunia tempat mereka hidup (Baran, 2004). Cabaran ini semakin besar apabila penduduk bandar meningkat kepada 70 peratus dan pengguna Internet meningkat pada 15.355 juta (2009).
Masa hadapan Malaysia sedang bergerak ke arah modenisasi yang perlahan-lahan mengubah lanskap kehidupan masyarakat berbilang etnik. Proses modenisasi telah memandu kehidupan dan gaya hidup masyarakat untuk mengenali cara hidup etnik yang berbeza-beza ini. Kelompok miskin di luar bandar secara beransur-ansur mula keluar daripada lingkaran kemunduran dan kemiskinan ke arah persaingan yang lebih terbuka apabila pembangunan mulai mendekatkan diri dengan kawasan tanah terbiar, kawasan kebun dan ladang.
Kesedaran terhadap keperluan memahami dan mengambil kira kehadiran etnik-etnik lain telah memberi idea kepada kerajaan Malaysia untuk mengadakan program yang dapat mengeratkan perpaduan etnik ini. Justeru setiap kali musim perayaan, berita di muka hadapan akhbar dan televisyen akan memaparkan wajah-wajah pelbagai etnik sedang meraikan perayaan masing-masing. Beberapa tahun yang lepas, kerajaan mula menjadikan sambutan perayaan sebagai acara penting peringkat kebangsaan. Ketika ini, perdana menteri atau menteri besar bergilir-gilir menghadiri majlis makan dan persembahan sebagai sebahagian daripada usaha-usaha perpaduan. Walaupun di peringkat awal program seperti ini kurang mendapat sambutan di samping larangan daripada tokoh-tokoh agama, konsep penganjuran telah diubah suai dan menepati kehendak syarak. Kini, sambutan perayaan hanya dihadkan kepada elemen perpaduan tanpa ada lagi unsur-unsur pemujaan sesuatu agama. Sambutan perayaan setiap etnik di Malaysia diberi liputan meluas sebagai strategi untuk merapatkan hubungan etnik. Biasanya berita majlis sambutan dan pertemuan pemimpin disertakan gambar di muka hadapan akhbar dan berita utama bagi mempengaruhi pembaca dan penonton untuk menilai keakraban hubungan pemimpin pelbagai etnik ini.
Kesungguhan kerajaan Malaysia untuk membina kefahaman dipanjangkan lagi apabila menyambut Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia pada 14 Februari 2011 (The Star, 14 Februari 2011). Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata perbezaan agama di Malaysia tidak dapat menghalang rakyat daripada kenal-mengenal di antara satu sama lain. Beliau mencadangkan Pergerakan Kesederhanaan Sedunia dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2010 sebagai refleksi kepada kejayaan Malaysia menguruskan hubungan etnik. Berita ini menjadi tajuk muka depan yang dilaporkan dalam surat khabar dan media elektronik.
Walaupun media memaparkan ‘senyum dan tawa’ pemimpin-pemimpin ini, keadaan mesra tersebut tidak menghalang rakyat daripada memikirkan isu-isu hubungan etnik yang kadangkala tegang kerana melibatkan masalah-masalah besar yang berkait dengan agama dan politik. Dalam pengamatan Sankar (2010) berkenaan kaitan di antara etnik dan media, beliau mengelompokkan empat masalah yang dikenal pasti iaitu agama, hak istimewa Melayu, sengketa politik dan peluang-peluang persamaan. Kajian ini mendapati isu-isu yang dibincangkan adalah sensitif dan terbuka, namun ia bebas disiarkan oleh media. Contohnya, isu agama yang melibatkan mahkamah syariah, perkahwinan, murtad dan tuntutan jenazah mualaf yang disiarkan secara telus. Salah satu isu yang menjadi perdebatan ialah tuntutan jenazah mualaf yang meninggal dunia tanpa mengisytiharkan keislamannya secara rasmi. Dalam tajuk ‘Syariah court declares deceased a Muslim’ oleh New Straits Times pada 5 Julai 2008, Mahkamah Syariah Parit Buntar telah mengisytiharkan Elangesvaran Benedict adalah seorang muslim biarpun isu berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Tinggi. Elangesvaran, 34, mati kerana membunuh diri pada 22 Jun 2008 dan jenazahnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. Bagaimanapun keluarganya dimaklumkan tuntutan jenazah tidak boleh dilakukan kerana Elangesvaran adalah seorang muslim.
Kes lain ialah laporan media ke atas tuntutan jenazah Mohan Singh, 41 yang dikatakan telah menjadi muslim sejak 17 tahun lalu. Beliau meninggal dunia pada 25 Mei 2009 kerana serangan jantung. Keluarga Mohan Singh dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) masing-masing menuntut jenazah berkenaan menyebabkan isu tersebut dibawa ke Mahkamah Tinggi. Keputusan mahkamah berkenaan telah memihak kepada MAIS selepas menerima kesahihan butir-butir pengislaman Mohan Singh. Begitu juga kes berkaitan Maniam ‘Everest’ Moorthy yang meninggal dunia pada 2005. Beliau diisytiharkan Islam dan dikebumikan sebagai muslim. Banyak lagi kes tertunggak yang melibatkan isu agama dilaporkan secara terbuka oleh media tanpa ada konflik yang serius. Bagaimanapun riak-riak tidak puas hati sentiasa wujud namun dapat dihadapi dengan bijak oleh pihak kerajaan sendiri melalui pelbagai mekanisme yang dapat meredakan kegelisahan etnik. Antaranya ialah pengumuman perdana menteri yang menyatakan kanak-kanak di bawah umur tidak boleh lagi ditukar agama sebelum mendapat kebenaran ibu bapa.
Selain daripada isu agama, kedudukan etnik dalam sektor pekerjaan, hak istimewa dan peluang-peluang pekerjaan, berita berkenaan pencapaian ekonomi, masalah sosial dan pendidikan dalam kalangan rakyat pelbagai etnik dapat diurus dengan baik oleh media. Satu sebab yang kuat kenapa media tidak dapat membangkitkan sentimen etnik adalah kerana kawalan media oleh kerajaan melalui akta dan undang-undang yang ketat. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana masyarakat pelbagai etnik mudah terdedah kepada hasutan dan menimbulkan kekacauan. Oleh kerana keadaan masyarakat yang pelbagai etnik, teknik pelaporan yang digunakan oleh media massa adalah lebih khusus kerana mengambil kira sensitiviti etnik (Lent, 1990). Malah, kajian yang dilakukan oleh Junaidi (2009) ke atas media massa di Malaysia mendapati surat khabar negara ini cenderung mengiktiraf pentingnya penerapan multikulturisme dalam pemberitaan. Cenderung menyampaikan mesej bersifat neutral dan ada citra positif. Akhbar juga didapati menunjukkan kecenderungan menyokong multikulturisme melalui informasi dan pandangan yang disiarkan. Justeru keganasan yang bersifat politik dan agama sangat kurang walaupun media memberi keutamaan dalam beberapa isu berkenaan. Keadaannya berbeza dengan negara yang memiliki masyarakat multietnik seperti Sri Lanka, Fiji atau Pakistan.
Peranan Media Memupuk Perpaduan
Jumlah penduduk Malaysia dijangka bertambah sehingga 43 juta orang pada tahun 2050. Bilangan ini diunjurkan sebagai persediaan kerajaan merancang dan melaksanakan dasar yang memberi faedah kepada semua kaum yang bersama-sama hidup dalam negara merdeka. Dijangkakan jumlah pekerja asing sangat tinggi ketika itu dan bakal mengubah sosioekonomi dan sosiobudaya masyarakat. Bilangan kaum Cina dan India akan menurun pada tahun 2025 dan memberi implikasi besar kepada kuasa politik dan ekonomi golongan itu (Tey Nai Peng, 2007).
Pertambahan penduduk yang tidak seimbang ini mengundang tanggungjawab media untuk mempastikan kelompok minoriti mendapat hak dan akses hidup yang lebih baik kerana senario hubungan etnik di Malaysia pada masa hadapan sentiasa menjadi isu dan perhatian. Bagi negara yang berhadapan dengan hubungan etnik yang tegang seperti Palestin-Israel, Bosnia-Herzegovina dan Rwanda, peperangan adalah jalan keluar kepada rasa benci dan meluat di antara etnik. Selepas berperang, perjanjian yang dipersetujui telah mengubah keadaan hidup dan corak berfikir masyarakat. Kaedah konvensional maklumat melalui akhbar akan bertukar secara perlahan-lahan ke bentuk atas talian (online) kerana jumlah pengguna Internet di Malaysia lebih 15 juta dan kadar penembusan hampir 60 peratus.
Pengaruh media baru sebagai sumber maklumat di Malaysia semakin berkembang dan mula menunjukkan perubahan yang ketara ke atas cara gaya berfikir masyarakat. Internet dan media digital memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk membina jaringan komunikasi antara satu sama lain, merentas kelas sosial, agama dan budaya. Teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai potensi yang kuat untuk mengubah dan memperkasakan pendidikan, perdagangan, bisnes, kerajaan elektronik dan wanita, justeru implikasinya ke atas institusi asas seperti keluarga, gender, ekonomi dan masyarakat awam adalah serius (Ramli dan Adnan, 2006).
Media harus sentiasa bersandarkan kepada spirit Perlembagaan Persekutuan sebagai pembimbing kepada laporan berita mereka supaya konsep asas perpaduan iaitu kontrak sosial terus dipelihara. Salah seorang pakar dalam hal ehwal Asia, Corrado Letta berkata, banyak perkara yang boleh dipelajari negara-negara Eropah tentang kontrak sosial yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia. Beliau menjelaskan beberapa perkara penting yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik berbanding 50 tahun yang lalu. Dalam ‘Malaysia-Europe: Strategic Partnerships for the Pacific Century’, Corrado melihat kontrak sosial merujuk pada quid pro quo iaitu timbal balas yang dimuatkan pada Perkara 14 hingga 18 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi taraf kewarganegaraan kepada bukan Melayu dan Perkara 153 yang mempastikan hak-hak istimewa Melayu diwujud dan dilaksanakan. Selepas 50 tahun, Perlembagaan yang berasaskan kontrak sosial telah menjanjikan persamaan hak kepada semua warganegara tanpa mengira etnik dan agama.
Pada April 2005, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Media Asia telah berkata;
‘Malaysia adalah contoh terbaik bagaimana kontrak sosial mempastikan keamanan dan kestabilan selama 50 tahun. Perkara paling penting dalam kontrak ini ialah persetujuan penduduk bumiputera menerima kewarganegaraan imigran China dan India. Kedua-dua kelompok ini boleh berada dalam jemaah menteri dan majlis mesyuarat negeri. Sebagai imbalan, komuniti imigran berkenaan bersedia dengan keistimewaan ekonomi kepada
golongan bumiputera.’
Kedua-dua media elektronik dan cetak memainkan peranan penting di negara ini bagi membina kesedaran dan galakan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Maklumat yang disebarkan melalui media massa boleh memberi mesej perpaduan kerana nilai-nilai perpaduan ini boleh dibentuk dalam rancangan terbitan televisyen atau radio di samping paparan artikel di akhbar.
Kajian yang dilakukan oleh Md Salleh Hj Hassan et al., (2009) ke atas keberkesanan media massa dalam memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional memperlihatkan pengaruh media massa ke atas nilai dan sikap masyarakat terhadap perpaduan telah merumuskan bahawa media massa di Malaysia menjadi elemen yang berkesan bagi memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional. Dapatan kajian dari Jadual 4 hingga 6 turut memperlihatkan televisyen sebagai sumber utama mesej berbanding radio dan akhbar. TV3 adalah saluran utama yang ditonton dan TV1 adalah saluran yang paling kurang ditonton. Stesen radio Era.fm adalah pilihan utama dan akhbar Utusan Malaysia pula menjadi akhbar pilihan ramai (21.1%), diikuti Berita Harian (16.0%) dan The Star (15.2%). Secara umum dapat diketahui bahawa lebih ramai penduduk Malaysia membaca akhbar berbahasa Melayu dan mesej perpaduan negara telah membawa kesan positif kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.
Kejayaan pelaksanaan kontrak sosial telah mengukuhkan perpaduan rakyat sehingga ke hari ini. Ia juga memberi isyarat kepada hubungan etnik yang lebih stabil untuk memajukan ekonomi negara. Pencapaian Malaysia dalam bidang ekonomi ini memberi gambaran bahawa masyarakat pelbagai kaum boleh bersama-sama membina negara asalkan mereka bersepakat ke arah itu. Kejayaan Malaysia menjadi antara 30 negara utama perdagangan dunia juga adalah bukti kekukuhan politik sejak 50 tahun lalu.
Masyarakat Melayu dan bukan Melayu telah mengalami perubahan yang sangat ketara sejak merdeka. Dalam masyarakat Melayu, era 50-an hingga 90-an berubah kerana pendidikan yang diterima telah menjadikan mereka lebih bersedia dengan cabaran dan menerima keadaan bersaing dalam masyarakat pelbagai etnik. Keadaan yang sama turut berlaku dalam masyarakat bukan Melayu yang semakin sebati dalam masyarakat Malaysia. Aspirasi dan pengharapan masa hadapan kedua-dua masyarakat ini lebih menjurus kepada berkongsi nilai-nilai sejagat demi kemajuan negara. Berdasarkan kepada perkembangan ini, media harus melihat bahawa skop kewartawanan sedang berhadapan dengan cabaran-cabaran kepelbagaian. Tahap pendidikan dan latar belakang seseorang wartawan harus berkembang dan melihat hubungan etnik ada kaitan dengan budaya. Dalam laporan hari ini, terdapat berita yang berkaitan dengan kehebatan hubungan etnik yang kurang diberi pendedahan kepada umum. Contohnya ialah keluarga pelatih India yang datang memohon maaf kepada keluarga pelatih Melayu yang terbunuh dalam pergaduhan di salah sebuah pusat Program Latihan Khidmat Negara. Berita ini dilaporkan tetapi tidak mendapat perhatian penting dan tidak menjadi tajuk utama. Oleh itu, institusi media wajar membina kekuatan baru untuk mengetengahkan isu-isu hubungan etnik melalui penyelidikan, pendidikan dan pemerhatian ke atas kepelbagaian budaya dan agama.
Dari semasa ke semasa, kisah hubungan etnik akan terus dilaporkan oleh media. Walaupun isu ini tidak menjadi topik utama akhbar, masih terdapat berita-berita yang dimuatkan untuk bacaan. Di samping berita-berita yang mengaitkan secara langsung hubungan etnik, namun terdapat laporan yang disiarkan tidak menggambarkan kecurigaan sesuatu etnik melebihi etnik yang lain seperti projek pembangunan bernilai jutaan ringgit ataupun kejayaan pasukan bolasepak menjadi juara biarpun dalam kedua-dua keadaan didominasi oleh satu etnik sahaja.
Kesimpulan
Masalah, konflik dan cabaran dalam hubungan etnik akan sentiasa wujud tanpa mengira sempadan. Andainya muncul satu lagi ‘13 Mei’, ia bukannya kesilapan yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, kontrak sosial ataupun pelbagai dasar, sebaliknya keupayaan menangani perbezaan yang hadir ketika membuat keputusan tentang hala tuju negara. Peranan akhbar semakin jeas untuk mengurangkan penolakan ke atas perbezaan yang ada, membantu mengukuhkan kepentingan politik dan ekonomi melalui kesedaran moral serta menyedari bahawa laporan media yang bersifat berat sebelah boleh mengundang konflik dan polemik etnik yang berpanjangan.
Media juga perlu jelas menunaikan peranan dan tanggungjawab terhadap negara dengan meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan politik atau etnik. Kemunculan media alternatif dapat mengimbangi media arus perdana namun mesti dalam konteks yang membina keharmonian dan kematangan berfikir rakyat Malaysia. Dalam erti kata lain, media perlu mengambil tanggungjawab ke atas kesan-kesan sosial sebagai sebahagian daripada polisinya.
Kesan dan cabaran Budaya terhadap pembentukan Etnik
1. Perbezaan & pertentangan kepentingan di antara etnik.
i. Cabaran dalam aspek sosial:
a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain.
b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.
ii. Cabaran dlm aspek ekonomi
- Perbezaan pekerjaan.
- Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk.
iii. Cabaran dari aspek politik.
- Politik perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat.
2. Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik.Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan.
- Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum sendiri dlm memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan dlm urusan seharian sehingga mewujudkan polarisasi antara etnik.
3. Cabaran globalisasi.
- Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik Barat sejagat.
- Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm rangka nilai & kebebasan manusia masa kini, maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi manusia.
- Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.
- Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus pembaratan dan globalisasi yg mendesak. Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg amat kuat & deras, mengakibatkan lenyapnya nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat.
Ketiga-tiga cabaran tsb jika tidak dibendung & dikawal akan
menjurus kpd pembentukan semangat perkauman yg mendalam, menimbulkan
prasangka & mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme yg akan
meninggalkan kesan kpd hbgn etnik, integrasi & mudah terjadinya
konflik yg mengundang rusuhan kaum. Situasi ini ditambah lagi dgn
beberapa persepsi yg kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus
dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia.
Sejarah hbgn etnik di Malaysia membuktikan bhw hbgn etnik mengalami turun naik mengikut kategori baik, sederhana,dingin dan baik.
Sejarah hbgn etnik di Malaysia membuktikan bhw hbgn etnik mengalami turun naik mengikut kategori baik, sederhana,dingin dan baik.
ISL - sudut perbincangan
ISL 1
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia.
Jawapan :
Kepentingan perpaduan ini boleh
dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan di
Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan
integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi
ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat
penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi
bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini
layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan
daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan
ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara
kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh
menggugat ekonomi Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi
untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha
masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era
kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang
kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah
dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan
bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan
kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan
meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang
Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita.
Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari
pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara
dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini
kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.
Selain kepentingan dari aspek
ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat penting. Aspek budaya
ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam
hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam
masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan
budaya yang pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia
terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini
mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek
budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita.
Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat
merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan
masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di
samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum
sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan
budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti.
Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum
lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan sekiranya
mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa
kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang
berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan
rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini
adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah
mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar
memahami budaya masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat
menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan
daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.
Di samping itu, perpaduan dalam
kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin
keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk
mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada
13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita
dapat lihat betapa ramai masyarakat Negara kita yang mati dalam peristiwa
berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara
kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang
melibatkan kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada
berlakunya perkara yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian ini juga
mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup
berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah
wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua
golongan etnik ini mempertahankan keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan
dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan
Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah dipertahankan
kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan
pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya
mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.
ISL KE - 2
HASILKAN CARTA GARIS MASA TENTANG PROSES
PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU
Pengenalan
ž Pluralisme:
ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam
masyarakat
ž Pluraliti: wujudnya
kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi –
masyarakat Melaka
ž Pluralistik:
wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara
dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era
penjajah British
Garis
Masa
Zaman Sebelum Singapura (Sebelum 1399 / 1400M)
ž Sang
Nila Utama ke Temasik lalu membuka Singapura
Zaman Singapura dan
Pasai/Samudera (Sebelum 1399/1400M)
ž Sang
Nila Utama (bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama
ž Manusia
berpindah untuk memenuhi keperluan hidup
dan pelbagai tujuan lain
ž Masyarakat
yang menetap di Kepulauan Melayu
berpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ke tanah besar untuk
mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan
etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang
Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M)
ž Melaka
muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang
dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit
ž Mempunyai
sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai
pusat penyebaran agama Islam yang
penting
Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M)
ž Negeri
Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang
termasyhur di rantau Alam Melayu
ž Institusi
istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam
ž Penyebaran
agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan
wilayah
ž Para
pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam
ž Hubungan
etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab dan Eropah melalui
aktiviti perdagangan
Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M)
ž Perhubungan
rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses
asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat
ž Proses
asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat
tempatan sangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu yang mempunyai
kebudayaan dan identiti yang sama.
Zaman Johor (1511M – 1612M)
ž Peranan
kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka
ž Peranan
yang dimainkan oleh kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada pemerintahan
kerajaan Melaka
Kesan
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
ž Bahasa,
kesusasteraan dan kesenian
ž Pendidikan
ž Budaya
REFLEKSI
:
Melalui
latihan ini, saya dapat mengetahui mengenai garis masa
masyarakat pluralistik di Negara kita iaitu Malaysia. Daripada latihan ini juga
saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah masyarakat di
Negara ini dengan lebih mendalam lagi.
Selain itu, latihan ini juga dapat
meningkatkan lagi kefahaman saya tentang masyarakat pluralistik dan masyarakat
pluraliti kerana kedua-dua perkataan ini memberi makna dan juga maksud yang
berbeza. Dengan ini, saya dapat memahami setiap maksud daripada istilah-istilah
yang digunakan ini.
..................................................................................................................................................................
ISL KE- 3
ANALISIS FAKTOR – FAKTOR SEJARAH YANG
TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.
Perpaduan dapat
diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
negara.
Integrasi dirujuk
kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya,
adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma
dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan
dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Perpaduan
rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama
dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi
”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat
Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan”
Cabaran ini berkait
dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan
rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan mereka kepada negara’. Cabaran ini berkait pula
dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat
berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak
berkisar kepada individu tertentu sahaja.
HALANGAN DAN
KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI
Terdapat
beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di
Malaysia.
Di
antaranya ialah;
- Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
- Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
- Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.
- Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
- Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
- Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.
REFLEKSI :
Daripada
latihan ini, saya dapat menganalisis mengapa
perpaduan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dahulu sukar dicapai dan apakah
punca-punca yang menjadikan masalah ini berlaku.
Daripada latihan ini, saya dapat
mengetahui juga mengapa terdapatnya perbezaan tempat tinggal serta perbezaan
ekonomi yang ketara antara ketiga-tiga kaum terbesar di Negara kita ini.
Setelah menjalankan analisis untuk menyiapkan laporan ini, akhirnya saya
mendapat tahu bahawa sememangya penjajah British memisahkan tempat tinggal dan
juga ekonomi penduduk atas tujuan untuk mengelakkan perpaduan berlaku dalam
kalangan penduduk di Negara ini.
ISL KE- 4
1 ANALISIS
PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA
22 HURAIKAN
HUBUNG KAIT PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.
KONSEP
MODENISASI
¢ Proses
transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
¢ Perubahan
dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana.
¢ Perubahan
berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan
ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.
MODENISASI
EROPAH
¢ Konsep
dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di Eropah Barat akibat
daripada dua revolusi besar, iaitu:
a) Revolusi
Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat)
b) Revolusi
Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat)
¢ Persoalan
modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
a) Sudut
falsafah – pemahaman tentang kemajuan atau evolusi.
Sudut
praktikal – kemajuan sains dan teknologi
SUDUT
FALSAFAH
TEORI
EVOLUSI
¢ Terdapat
semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan
manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.
¢ Masyarakat
dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak bertamadun
sehingga kepada yang moden.
SUDUT
PRAKTIKAL
¢ Kemajuan
sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam
sekitar.
¢ Masyarakat
di Eropah Barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha
mengumpul kekayaan.
¢ Penggantian
teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan
kepada cara-cara moden yang menggunakan jentera.
MATLAMAT
MODENISASI EROPAH BARAT
¢ Mengejar
kehidupan yang lebih maju dan moden.
¢ Dicapai
dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan
industrialisasi.
MODENISASI
LUAR EROPAH
¢ Dua
proses dijalankan untuk mencontohi pembangunan ekonomi dan politik di Eropah
Barat, iaitu:
a) Pemodenan
b) Pembaratan
- Pemodenan
¢ Proses
perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan
dan penilaian.
- Pembaratan
¢ Proses
peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan
secara berencana.
¢ Negara
Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan
negara.
¢ Aspek
ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara yang menjalankan proses
kemerdekaan.
¢ Dalam
aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi politik dipilih.
¢ Dalam
aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan kapitalisme, industri dan
teknologi dipilih.
MODENISASI DI MALAYSIA
¢ Malaysia
mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat.
¢ Bagi
mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat
perindustrian, Malaysia telah menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi,
pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
¢ Pembangunan
ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri
gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.
¢ Selain
itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh Malaysia.
¢ Malaysia
berusaha membinan satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur supaya
politik dijaga.
- Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar negara dan Malaysia.
MODENISASI EROPAH
-
Revolusi Perancis
- Revolusi Perancis merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimawaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik, menjadi bentuk yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat.
- Revolusi
Perindustrian
- Revolusi Industri ialah perubahan yang cepat di bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria ke ekonomi industri yang menggunakan mesin dalam mengolah bahan mentah menjadi bahan siap pakai. Revolusi Industri telah mengubah cara kerja manusia dari penggunaan tangan menjadi menggunakan mesin.
MATLAMAT
Mengejar kehidupan yang maju dan moden dengan cara
meningkat sains dan
teknologi sehingga dapat melaksanakan
industrialisasi.
Penjajahan
dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan,
- Bahan mentah
- Tenaga buruh
- Pasaran
Pedagang dan
penjajah Eropah barat membawa barang seperti pakaian dan peralatan pertanian
untuk ditukar dengan komoditi seperti emas,rempah,timah dan hamba abdi dari
Afrika.
Eropah berperanan
memproses bahan mentah menjadi barangan industri,bahan makanan dan pakaian dan
dijual kepada masyarakat Eropah dan negara lain.
PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA
Matlamat
Mewujudkan masyarakat perindustrian.
Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan
kolonial Bristish.
Peringkat awal pembangunan
ekonomi ditumpukan kepada:
1. Peningkatan infrastruktur
ekonomi.
2. Pembangunan pertanian
& industri gantian- import.
Akhir 1960-1970
Pembangunan teknologi - 1980-1990
Menitikberatkan industri
berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Pembangunan
ekonomi
- Urbanisasi
- Teknologi
-
Pertanian
-
Industrialisasi
EKONOMI MALAYSIA
¢ Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.
¢ Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal
asing dibawa masuk oleh Bristish.
¢ Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah.
¢ kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah
dan menyebabkan pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah.
¢ Buruh dibawa masuk.
¢ Kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta
kemudahan bekalan air dan eletrik
Hubungan
Etnik dalam Konteks
Modenisasi
Malaysia.
¢ Pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks
modenisasi Malaysia.
¢ Pembangunan menjadi landasan pembinaan negara
bangsa.
REFLEKSI
:
Melalui bacaan dan kajian, saya dapati Modenisasi yang telah dilaksanakan dapat meningkatkan lagi
tahap perkembangan ekonomi penduduk di Negara kita ini. Tanpa modenisasi sudah
pasti sukar untuk kita melihat perubahan ekonomi dan juga pembangunan yang kita
kecapi pada masa kini.
Akhir
sekali, pada pandangan saya modenisasi inilah yang telah membantu membangunkan
Negara kita dan meletakkan Negara kita di persada dunia dan merupakan Negara
yang semakin maju dan meningkat dari masa ke masa dalam bidang ekonomi.
Kesannya jika Negara kita semakin maju, maka sudah pasti rakyatnya juga semakin
maju dan berjaya seiring dengan kemajuan yang telah dikecapi. Inilah yang perlu
dipertingkatkan lagi untuk mencapai wawasan 2020 pada masa akan datang.
..................................................................................................................................................................
ISL KE- 5
SINTESIS PROSES PEMBENTUKAN
PEMBANGUNAN EKONOMI MENGIKUT ACUAN MALAYSIA
- Ekonomi
Malaysia terbentuk dengan ciri – ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah
kolonial Inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa
sawit.
- Pembinaan
rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas
Tenga
buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division
of labour mengikut hubungan etnik.
- Terdapat
dua cirri utama iaitu:-
a) Aspek
ekonomi
b) Ciri
etnik
-
Mempelbagaikan asas
ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam,
kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan,
tekstil, dan getah.
- Pada peringkat awal
pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi,
pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
-
Pada akhir tahun
1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan
peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.
- Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi
perhatian kepada
pembangunan ekonomi berteraskan K- ekonomi.
-
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an.
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an.
-
Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak
hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan peningkatan indeks kualiti hidup.Kualiti rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan
kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.Dalam konteks ini,
hubungan ekonomi dan entisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan
rasa cemburu antara kaum.
-
Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar – dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain – lain. Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.
Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar – dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain – lain. Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.
REFLEKSI :
Melalui
latihan ini, saya dapat menyimpulkan bahawa pembangunan ekonomi di
Negara kita yang sudah semakin pesat membangun ini adalah berpunca daripada
penjajahan dan juga pengalaman yang lepas. Sekiranya tidak berlaku penjajahan
kemungkinan Negara kita tidak akan dapat meningkat seperti ini dan menjadi
sebuah Negara yang maju di mata dunia.
Walaupun British bertindak menjajah Negara
kita suatu masa dahulu dalam tempoh yang sangat lama, namun ia juga memberi
kesan yang positif kepada Negara kita terhadap sektor pertanian, ekonomi dan
juga pentadbiran. Kebanyakan struktur pentadbiran di Negara kita adalah
merupakan struktur yang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh pihak penjajah
suatu masa dahulu.
Akhir sekali, Malaysia kini sudah semakin
pantas mencapai kejayaan demi kejayaan di atas pimpinan pemimpin yang
berkaliber dan bijak untuk memajukan Negara.
..................................................................................................................................................................
ISL KE- 6
HASILKAN ANALISIS PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
SELEPAS 1970
Perancangan
Pembangunan 5 tahun.
- Agenda
pembangunan negara yang mempunyai falsafah tertentu,objektif,matlamat, fokus, program
– program dan strategi – strategi perlaksanaan.
- Fokus:
pembangunan luar Bandar dan meluaskan kawasan pertanian.
- Draf
Devolepment Plan Of Malaya ( 1950 – 1955 )
a) Asas
tradisi perancangan moden
Rancangan
Malaya Pertama (1956 – 1960 ) – ke
arah pemerintahan sendiri ( PU 1955, Kemerdekaan 31 Ogos 1957 )
Rancangan
Malaya Kedua (1961 – 1965) – penerusan dasar oleh pemimpin
tempatan.
Rancangan
Malaysia Pertama (1966 – 1970) – lebih agresif, meliputi
pendidikan, bahasa dan budaya. – fokus utama adalah untuk memajukan masyarakat
desa yang miskin. – konfrontasi Malaysia, Indonesia, Peristiwa 13 Mei. Beri
tumpuan kepada perindustrian gentian – import. Menubuhkan FELDA, FELCRA, MARDI,
MIDA
Rancangan
Malaysia Kedua (1971 – 1975) – DEB 1971 – 1990.
Menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan
kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini terdapat
peralihan dari industri gentian – import kepada industri berorientasikan
eksport. Selain DEB, antara lain yang ditubuhkan ialah KEJORA, DARA, PERNAS,
UDA, RISDA, LPP
Rancangan
Malaysia Ketiga (1976 – 1980) menyelesaikan masalah
ekonomi antara sektor dan etnik. Melanjutkan dasar industry yang dirangka pada
RMK2. DEB masih berjalan seperti biasa. KETENGAH dan KKESEDAR ditubuhkan.
Rancangan
Malaysia Keempat ( 1981 – 1985),
Rancangan
Malaysia Kelima ( 1986 – 1990),
Rancangan
Malaysia Keenam ( 1991 – 1995) RMK4,5,6 menitikberatkan
teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. 1979, PNB ditubuhkan untuk
uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional ( yang diperkenalkan pada tahun
1981)
Rancangan
Malaysia Ketujuh ( 1996 – 2000) ,
Rancangan
Malaysia Kelapan ( 2001 – 2005 ) RMK7 dan RMK8 berikan
perhatian kepada industri berasaskan K-ekonomi
Rancangan
Malaysia Kesembilan ( 2006 – 2010) Modal Insan dan Hadhari
Dasar – dasar awam : Pertanian , Perindustrian dan K- ekonomi
- 1990an
adalah perhatian kepada sektor perindustrian
a) Dasar
perindustrian berat
b) Dasar
penswastaan
-
Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar Bandar telah diwujudkan sepertia FELDA, FELCRA dan MARA.
Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar Bandar telah diwujudkan sepertia FELDA, FELCRA dan MARA.
-
1980an dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi ICT dan K-ekonomi.
1980an dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi ICT dan K-ekonomi.
REFLEKSI :
Melalui
latihan yang telah saya lakukan ini, saya dapati bahawa rancangan yang telah
Malaysia laksanakan semenjak tahun 1956 iaitu padan Rancangan Malaya Pertama sehinggalah
sekarang iaitu Rancangan Malaysia ke-9 telah banyak memberi impak yang positif
terhadap pembangunan Negara kita dari aspek ekonomi, sosial, kebudayaan,
perdagangan dan juga modal insan.
Melalui pembacaan dan juga analisis
yang saya jalankan ini, saya dapat rumuskan bahawa dengan adanya rancangan ini
sesuatu perkara yang hendak dicapai itu akan dapat dilaksanakan dengan baik dan
seterusnya dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.
Tanpa perancangan, sesuatu matlamat
itu akan menjadi pincang kerana semuanya bermula daripada satu perancangan yang
baik dan bernas. Oleh yang demikian Negara kita telah mensasarkan Malaysia akan
menjadi Negara maju menjelang tahun 2020 dan itu adalah merupakan wawasan
Negara kita yang akan kita kecapi pada masa akan datang. Oleh itu, rancangan
Malaysia yang ke-9 dengan tema modal insan adalah merupakan kecemerlangan yang
perlu ditingkatkan kerana dengan adanya modal insan yang cemerlang, sesebuah
Negara itu akan menjadi semakin maju dan akan dapat melahirkan tenaga pakar
pada masa hadapan.
..................................................................................................................................................................
ISL KE – 7
Hasilkan proses pembentukan perlembagaan
LAPORAN :
1 April 1946 (
pembentukan Malayan Union)
·
British Military Administration (BMA)
telah dibubarkan pada bulan Mac 1945. Diikuti dengan
pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946.
pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946.
·
Terbentuk hasil dari Perjanjian Mac
Michael pada tahun 1945.
·
Perjanjian ini memberi peruntukan
kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam
perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac
1946. Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu1946.
perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac
1946. Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu1946.
Bagaimanapun, perlembagaan dan
perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja Melayu dan Rakyat
Tanah Melayu.1 Febuari 1948 ( Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu )Perjanjian ini dikenali sebagai
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.Hasil dari perjanjian ini satu
perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada 1 Februari 1948 = Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu, 1948.Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat
akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British,
sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis
Perundangan.Majlis Perundangan (Legislative
Council) mempunyai anggot rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan
dipilih.
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) - 1949
·
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
(1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan
masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.
Ia wujud kerana permintaan yang
berlainan daripada pelbagai etnik. CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk
membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu
serta dasar pendidikan. Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai
golongan etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud tokoh yang menganggotai jawatankuasa
ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul
Aziz, Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S.
Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan
ke dalam usul-usul perundangan yang
diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan.
Perlembagaan Kemerdekaan 1957
·
Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura
telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura
akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada,
dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah
meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2)
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963.
·
Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah
diisytiharkan pada 16 September 1963. Bagi sabah dan Sarawak draf
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dilampirkan dalam Jadula Perjanjian
Malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai
perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak.
REFLEKSI :
Melalui
latihan isl yang dilaksanakan kali ini, saya dapat meningkatkan
pengetahuan saya mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku sepanjang tempoh
menuntut kemerdekaan ini dan sepanjang tempoh ini juga berlaku beberapa
peristiwa penting yang mengakibatkan Negara kita mencapai kemerdekaan dan
seterusnya menjadi sebuah Negara yang diberi nama Malaysia.
Di samping itu, latihan ini juga
dapat mengukuhkan lagi pengetahuan saya mengenai punca-punca yang membawa
kepada kemerdekaan Negara kita iaitu seperti yang kita ketahui punca utama
pemimpin Melayu Negara kita menuntut kemerdekaan adalah apabila British ingin
membentuk Malayan Union dan ini menerima tentangan yang hebat daripada golongan
celik akal dan juga keseluruhan rakyat di Tanah Melayu sehingga mencetuskan
kepada penubuhan UMNO dan juga Parti Perikatan yang akhirnya membawa kepada
kejayaan mencapai perpaduan.
..................................................................................................................................................................
ISL KE-8
Menilai
kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik hari ini.
Laporan :
Pada masa kini, unsur-unsur tradisi
yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan yang sangat penting bagi
memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum Melayu. Pada masa kini,
pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak menggoncangkan
perpaduan antara pelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang kita ketahui,
peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu peristiwa yang telah
menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman penjajahan lagi.
Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa tempoh masa itu
bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak akan berlaku
lagi rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Daripada ketiga-tiga unsur yang
telah dinyatakan sebelum ini iaitu agama, bahasa dan juga hak istimewa, saya
berpendapat bahawa bahasa adalah merupakan satu eleman yang sangat penting
untuk memastikan hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan
kukuh. Ini kerana daripada bahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh
bergabung dan menggunakan satu bahasa yang sama. Ini dapat meningkatkan lagi
perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabila kanak-kanak
yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah
rendah iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewaktu di
sekolah, ini akan dapat meningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu
sendiri.
Apabila murid-murid ini sudah
dewasa, mereka akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dan
juga seperti yang kita ketahui bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Negara
ini dan kaum-kaum lain akan menguasai bahasa Melayu demi memperlihatkan
kesetiaan kepada Negara kita Malaysia. Dengan ini, setiap kaum akan menggunakan
satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu dan semestinya dalam tidak kita
sedari, perpaduan akan semakin meningkat.
REFLEKSI :
Melalui
tajuk ini, saya dapat membincangkan mengenai kepentingan unsur-unsur tradisi
dalam konteks hubungan etnik pada hari ini. Saya juga dapat menghuraikan
permasalahan yang berlaku pada masa kini yang berpunca daripada
ketidaksefahaman dan juga ada perasaan tidak berpuas hati dengan unsur-unsur
yang telah diperlembagakan ini.
Selain itu, saya juga dapat
membincangkan bagaimana sekiranya semua kaum di Negara ini mempunyai satu
bahasa yang sama iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan
harian dan digunakan dalam semua aktiviti. Ini akan dapat meningkatkan lagi
perpaduan dalam kalangan masyarakat di Negara kita dan seterusnya dapat
mempertahankan kemerdekaan Negara kita.
..................................................................................................................................................................
ISL KE – 9
Analisis dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) dalam konteks hubungan etnik.
LAPORAN : Kerangka Pelan Induk PembangunanPendidikan 2006-2010
Melalui
teras pelan induk pembangunan pendidikan yang pertama iaitu membina Negara
bangsa, kita dapat melihat dengan jelas bahawa teras ini dilaksanakan dan
mempunyai satu dasar yang sangat penting iaitu untuk mengukuhkan lagi perpaduan
serta membina identity nasional dalam kalangan pelajar di sekolah.
Selain itu, bagi teras memperkasa
sekolah kebangsaan pula adalah merupakan satu kaedah yang digunakan oleh pihak
kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum memilih untuk
menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan. Melalui teras
ini, ia akan dapat meningkatkan dan juga mengukuhkan lagi perpaduan dalam
kalangan pelajar pelbagai kaum dan memastikan semua sekolah mempunyai
kesamarataan dalam apa juga program dan beroperasi secara berkesan untuk
meningkatkan perpaduan dalam kalangan murid-murid.
REFLEKSI :
Melalui soalan ISL kali, saya dapati bahawa pada akhirnya institusi pendidikan
adalah merupakan satu wadah utama yang sangat penting dalam usaha menerapkan
nilai-nilai perpaduan dan sebagai satu agen pencetus kepada semangat patriotism
dalam kalangan murid-murid di sekolah.
Melalui
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang telah saya analisis juga telah memberi
saya pengetahuan yang baru di mana kesemua dasar yang dilaksanakan oleh pihak
kerajaan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi perpaduan nasional dalam
kalangan murid-murid di sekolah.
Seperti
yang kita ketahui, sekolah adalah merupakan sebuah pusat pertemuan murid
daripada pelbagai kaum dan agama dan apabila hendak menerapkan sesuatu nilai
itu sama ada nilai perpaduan ataupun apa sahaja nilai, sekolah adalah merupakan
wadah utamanya. Murid-murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai patriotism
semenjak dibangku sekolah lagi seperti “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Justeru, dengan adanya PIPP ini dan pelbagai usaha yang lain, sudah pasti
perpaduan di Negara kita akan dapat ditingkatkan dan keamanan di Negara kita
akan dapat dikekalkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN BAB 1- BAB 7 1. Berikut adalah istilah-istilah yang ...
-
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan ...
-
Pendekatan induktif bermula dariapada spesifik kepada umum . Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan ...
-
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, ...
-
Dalam membuat buku pop-up , kita perlu mempertimbangkan beberapa faktor dan idea untuk membuat buku ...