KERJA KURSUS
PPG AMBILAN
JUN 2011
TUGASAN KERJA KURSUS – PROJEK
|
Geometri
merupakan bentuk yang menarik dan dapat dilihat dalam kehidupan harian kita.
Bentuk geometri dalam kursus ini termasuk geometri satah dan geometri dalam
tiga dimensi. Anda akan mengkagum dengan bentuk-bentuk geometri ini selepas
melaksanaan projek ini.
Kerja
kursus ini merangkumi dua bahagian: (a) Ujian dan (b) Pameran.
Bahagian A: Ujian (25%)
Semua
pelajar dikehendaki mengambil ujian pada
tarikh 7.4.12. Topik-topik yang akan
diuji adalah berkaitan dengan teselasi satah,simetri satah dan transformasi; bongkah sekata dan tidak sekata; dan pembinaan geometri-kertas kejuruteraan.
Bahagian B:
Pameran (75%)
Salah satu aktiviti kursus ini ialah merancang satu
pameran mini. Anda telah dipilih untuk merancang pameran GEOMETRI. Pameran itu
mesti merangkumi perkara berikut:
- Teselasi
satah
- Bongkah
sekata dan separa sekata (regular and semi-regular solids)
- Buku
kejuruteraan kertas pop-up (Pop-up
paper engineering)
Sebagai seorang guru matematik, anda perlu mengaplikasikan konsep matematik
yang telah anda belajar dalam kursus ini
untuk melaksanakan projek anda .Projek ini perlu dijalankan 4 orang dalam satu kumpulan:
1.
Menghasilkan
(a) Satu teselasi satah dengan menggunakan GSP secara individu
(b) Kit guru yang mengandungi 5 bongkah platonik, 6 bongkah Archimedi, 2 bongkah Keppler-Poisot dan
jaringannya
(c)
Satu buku kejuruteraan pop-up sekurang-kurangnya 10 muka surat ( pop-up paper engineering
book) yang boleh digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran matematik
sekolah rendah.
2. Pamerkan hasil
di atas pada 19-23 Mac 2012 di sekolah
pilihan anda. Ambil gambar untuk setiap bahan pameran anda.
3. Menulis laporan reflektif secara
individu berkaitan dengan pengetahuan yang diperoleh daripada pemahaman dan
pengalaman baru.
4. Kumpulkan jaringan
bongkah-bongkah itu dan gambar: teselasi, setiap bongkah, buku pop-up dan pameran dalam
folio anda. Buku pop-up dan teselasi
juga perlu disertakan.
Peringatan
-
Laporan
: Font- Arial, size 12 dan langkau baris
1 1/2
-
Bahan
bacaan dari pelbagai sumber yang berkaitan dengan teselasi satah, bongkah
–bongkah 3D dan kejuruteraan kertas pop-up
dan bibliografi perlu
disertakan
-
Hantar
tugasan dalam bentuk hard copy dan soft copy. Gambar: bongkah, buku pop-up dan pameran perlu
disertakan.
-
Bahan-bahan
pameran perlu dihantar pada 24 Mac 2012
0 comments:
Post a Comment