Aktiviti
utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut.
Kaedah ini memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan,
mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh
perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan terlebih
dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki membina dan
membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga menggunakan bahan
bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid menyebut perkataan-perkataan
secara berulang-ulang. Murid sepatutnya memandang gambar objek yang ditunjuk
dan seterusnya menyebut perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini,
langkah pertama menyebut perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi
suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat.
Penggunaan bahan Bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan
kaedah ini.
No comments:
Post a Comment