Wednesday, July 25, 2012

ISL - sudut perbincangan

ISL 1 

Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Jawapan :
            Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat  menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.
            Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.
            Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat Negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.


.................................................................................................................................................................. 


ISL KE - 2

HASILKAN CARTA GARIS MASA TENTANG PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU 
Pengenalan
ž  Pluralisme: ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat
ž  Pluraliti: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi – masyarakat Melaka
ž  Pluralistik: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era penjajah British
Garis Masa
Zaman Sebelum Singapura (Sebelum 1399 / 1400M)
ž  Sang Nila Utama ke Temasik lalu membuka Singapura
Zaman Singapura dan Pasai/Samudera (Sebelum 1399/1400M)
ž  Sang Nila Utama (bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama
ž  Manusia berpindah untuk memenuhi keperluan  hidup dan pelbagai tujuan lain
ž  Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayu  berpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ke tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang
Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M)
ž  Melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit
ž  Mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai pusat  penyebaran agama Islam yang penting
Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M)
ž  Negeri Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang termasyhur di rantau Alam Melayu
ž  Institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam
ž  Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah
ž  Para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam
ž  Hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab dan Eropah melalui aktiviti perdagangan

Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M)
ž  Perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat
ž  Proses asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat tempatan sangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu yang mempunyai kebudayaan dan identiti yang sama.
Zaman  Johor (1511M – 1612M)
ž  Peranan kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka
ž  Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan Melaka
Kesan Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
ž  Bahasa, kesusasteraan dan kesenian
ž  Pendidikan
ž  Budaya


REFLEKSI  :
Melalui latihan  ini, saya dapat mengetahui mengenai garis masa masyarakat pluralistik di Negara kita iaitu Malaysia. Daripada latihan ini juga saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah masyarakat di Negara ini dengan lebih mendalam lagi.
            Selain itu, latihan ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman saya tentang masyarakat pluralistik dan masyarakat pluraliti kerana kedua-dua perkataan ini memberi makna dan juga maksud yang berbeza. Dengan ini, saya dapat memahami setiap maksud daripada istilah-istilah yang digunakan ini.
           

..................................................................................................................................................................

ISL KE- 3

ANALISIS FAKTOR – FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
 
Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
 
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”
 
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.

HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.
Di antaranya ialah;
  • Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
  • Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
  • Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.
  • Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
  • Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
  • Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

REFLEKSI :
Daripada latihan  ini, saya dapat menganalisis mengapa perpaduan di Tanah Melayu pada zaman penjajahan dahulu sukar dicapai dan apakah punca-punca yang menjadikan masalah ini berlaku.
            Daripada latihan ini, saya dapat mengetahui juga mengapa terdapatnya perbezaan tempat tinggal serta perbezaan ekonomi yang ketara antara ketiga-tiga kaum terbesar di Negara kita ini. Setelah menjalankan analisis untuk menyiapkan laporan ini, akhirnya saya mendapat tahu bahawa sememangya penjajah British memisahkan tempat tinggal dan juga ekonomi penduduk atas tujuan untuk mengelakkan perpaduan berlaku dalam kalangan penduduk di Negara ini.

..................................................................................................................................................................

ISL KE- 4
  1  ANALISIS PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA
22 HURAIKAN HUBUNG KAIT PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.
KONSEP MODENISASI
¢  Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
¢  Perubahan dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana.
¢  Perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.
MODENISASI EROPAH
¢  Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar, iaitu:
a)    Revolusi Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat)
b)    Revolusi Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat)
¢  Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
a)    Sudut falsafah – pemahaman tentang kemajuan atau evolusi.
Sudut praktikal – kemajuan sains dan teknologi

SUDUT FALSAFAH
TEORI EVOLUSI
¢  Terdapat semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.
¢  Masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak bertamadun sehingga kepada yang moden.
SUDUT PRAKTIKAL
¢  Kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar.
¢  Masyarakat di Eropah Barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan.
¢  Penggantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepada cara-cara moden yang menggunakan jentera.
MATLAMAT MODENISASI EROPAH BARAT
¢  Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.
¢  Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
MODENISASI LUAR EROPAH
¢  Dua proses dijalankan untuk mencontohi pembangunan ekonomi dan politik di Eropah Barat, iaitu:
a)    Pemodenan
b)    Pembaratan

  • Pemodenan
¢  Proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.
  • Pembaratan
¢  Proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
¢  Negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.
¢  Aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara yang menjalankan proses kemerdekaan.
¢  Dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi politik dipilih.
¢  Dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan kapitalisme, industri dan teknologi dipilih.

MODENISASI DI MALAYSIA
¢  Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat.
¢  Bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian, Malaysia telah menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
¢  Pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.
¢  Selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh Malaysia.
¢  Malaysia berusaha membinan satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur supaya politik dijaga.

  • Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar negara dan Malaysia.
MODENISASI EROPAH
-     Revolusi Perancis
  • Revolusi Perancis merupakan satu tempoh    peralihan politik dan sosial dalam sejarah   Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan  keistimawaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik, menjadi bentuk yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap  nasionalisme, kewarganegaraan dan hak   rakyat.
-     Revolusi Perindustrian
  • Revolusi Industri ialah perubahan yang  cepat  di bidang ekonomi iaitu dari kegiatan   ekonomi agraria ke ekonomi industri yang menggunakan mesin dalam mengolah  bahan mentah menjadi bahan siap pakai.  Revolusi Industri telah mengubah cara kerja manusia dari penggunaan tangan menjadi  menggunakan mesin.
MATLAMAT
Mengejar kehidupan yang maju dan moden dengan cara meningkat sains dan
teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
             
Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan,
  • Bahan mentah
  • Tenaga buruh
  • Pasaran
   Pedagang dan penjajah Eropah barat membawa barang seperti pakaian dan peralatan pertanian untuk ditukar dengan komoditi seperti emas,rempah,timah dan hamba abdi dari Afrika.
 
      Eropah berperanan memproses bahan mentah menjadi barangan industri,bahan makanan dan pakaian dan dijual kepada masyarakat Eropah dan negara lain.

PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA
Matlamat
Mewujudkan masyarakat perindustrian.
Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial Bristish.
Peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada:
1. Peningkatan infrastruktur ekonomi.
2. Pembangunan pertanian & industri gantian- import.
Akhir 1960-1970
Pembangunan teknologi - 1980-1990
Menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Pembangunan ekonomi
-     Urbanisasi
-     Teknologi
-     Pertanian
-     Industrialisasi

EKONOMI MALAYSIA
¢    Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.
¢  Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing dibawa masuk oleh Bristish.
¢    Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah.
¢  kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah dan menyebabkan   pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah.
¢    Buruh dibawa masuk.
¢    Kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik
Hubungan Etnik dalam Konteks
   Modenisasi Malaysia.
¢  Pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks modenisasi Malaysia.
¢  Pembangunan menjadi landasan pembinaan negara bangsa.

REFLEKSI :
Melalui bacaan dan kajian, saya dapati Modenisasi yang telah dilaksanakan dapat meningkatkan lagi tahap perkembangan ekonomi penduduk di Negara kita ini. Tanpa modenisasi sudah pasti sukar untuk kita melihat perubahan ekonomi dan juga pembangunan yang kita kecapi pada masa kini.
            Akhir sekali, pada pandangan saya modenisasi inilah yang telah membantu membangunkan Negara kita dan meletakkan Negara kita di persada dunia dan merupakan Negara yang semakin maju dan meningkat dari masa ke masa dalam bidang ekonomi. Kesannya jika Negara kita semakin maju, maka sudah pasti rakyatnya juga semakin maju dan berjaya seiring dengan kemajuan yang telah dikecapi. Inilah yang perlu dipertingkatkan lagi untuk mencapai wawasan 2020 pada masa akan datang.

..................................................................................................................................................................

ISL KE- 5

SINTESIS PROSES PEMBENTUKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MENGIKUT ACUAN MALAYSIA
-       Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri – ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah kolonial Inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa sawit.
-     Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas               
      Tenga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut hubungan etnik.
-     Terdapat dua cirri utama iaitu:-
a)    Aspek ekonomi
b)    Ciri etnik
-        
              Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah.
-  Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
-      
        Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.
-   Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K- ekonomi.
-      
       Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia  telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an.
-       
       Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan peningkatan indeks kualiti hidup.Kualiti rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan entisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.
-       
      Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar – dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain – lain. Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.

REFLEKSI :
Melalui latihan ini, saya dapat menyimpulkan bahawa pembangunan ekonomi di Negara kita yang sudah semakin pesat membangun ini adalah berpunca daripada penjajahan dan juga pengalaman yang lepas. Sekiranya tidak berlaku penjajahan kemungkinan Negara kita tidak akan dapat meningkat seperti ini dan menjadi sebuah Negara yang maju di mata dunia.
      Walaupun British bertindak menjajah Negara kita suatu masa dahulu dalam tempoh yang sangat lama, namun ia juga memberi kesan yang positif kepada Negara kita terhadap sektor pertanian, ekonomi dan juga pentadbiran. Kebanyakan struktur pentadbiran di Negara kita adalah merupakan struktur yang sama seperti apa yang dilaksanakan oleh pihak penjajah suatu masa dahulu.
      Akhir sekali, Malaysia kini sudah semakin pantas mencapai kejayaan demi kejayaan di atas pimpinan pemimpin yang berkaliber dan bijak untuk memajukan Negara.

..................................................................................................................................................................

ISL KE- 6
HASILKAN ANALISIS PEMBANGUNAN LIMA TAHUN SELEPAS 1970

Perancangan Pembangunan 5 tahun.
-  Agenda pembangunan negara yang mempunyai falsafah tertentu,objektif,matlamat, fokus, program – program dan  strategi – strategi perlaksanaan.
-     Fokus: pembangunan luar Bandar dan meluaskan kawasan pertanian.
-     Draf Devolepment Plan Of Malaya ( 1950 – 1955 )
a)    Asas tradisi perancangan moden
Rancangan Malaya Pertama  (1956 – 1960 ) – ke arah pemerintahan sendiri ( PU 1955, Kemerdekaan 31 Ogos 1957 )
Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965) – penerusan dasar oleh pemimpin tempatan.
Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970) – lebih agresif, meliputi pendidikan, bahasa dan budaya. – fokus utama adalah untuk memajukan masyarakat desa yang miskin. – konfrontasi Malaysia, Indonesia, Peristiwa 13 Mei. Beri tumpuan kepada perindustrian gentian – import. Menubuhkan FELDA, FELCRA, MARDI, MIDA
Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975) – DEB 1971 – 1990. Menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini terdapat peralihan dari industri gentian – import kepada industri berorientasikan eksport. Selain DEB, antara lain yang ditubuhkan ialah KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA, LPP
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980) menyelesaikan masalah ekonomi antara sektor dan etnik. Melanjutkan dasar industry yang dirangka pada RMK2. DEB masih berjalan seperti biasa. KETENGAH dan KKESEDAR ditubuhkan.
Rancangan Malaysia Keempat ( 1981 – 1985),
Rancangan Malaysia Kelima ( 1986 – 1990),
Rancangan Malaysia Keenam ( 1991 – 1995) RMK4,5,6 menitikberatkan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. 1979, PNB ditubuhkan untuk uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional ( yang diperkenalkan pada tahun 1981)
Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996 – 2000) ,
Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001 – 2005 ) RMK7 dan RMK8 berikan perhatian kepada industri berasaskan K-ekonomi
Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2006 – 2010) Modal Insan dan Hadhari

Dasar – dasar awam : Pertanian , Perindustrian dan K- ekonomi
-    1990an adalah perhatian kepada sektor perindustrian
a)    Dasar perindustrian berat
b)    Dasar penswastaan
-        
    Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar Bandar telah diwujudkan sepertia FELDA, FELCRA dan MARA.
-        
              1980an dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi ICT dan K-ekonomi.

REFLEKSI :
Melalui latihan yang telah saya lakukan ini, saya dapati bahawa rancangan yang telah Malaysia laksanakan semenjak tahun 1956 iaitu padan Rancangan Malaya Pertama sehinggalah sekarang iaitu Rancangan Malaysia ke-9 telah banyak memberi impak yang positif terhadap pembangunan Negara kita dari aspek ekonomi, sosial, kebudayaan, perdagangan dan juga modal insan.
            Melalui pembacaan dan juga analisis yang saya jalankan ini, saya dapat rumuskan bahawa dengan adanya rancangan ini sesuatu perkara yang hendak dicapai itu akan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.
            Tanpa perancangan, sesuatu matlamat itu akan menjadi pincang kerana semuanya bermula daripada satu perancangan yang baik dan bernas. Oleh yang demikian Negara kita telah mensasarkan Malaysia akan menjadi Negara maju menjelang tahun 2020 dan itu adalah merupakan wawasan Negara kita yang akan kita kecapi pada masa akan datang. Oleh itu, rancangan Malaysia yang ke-9 dengan tema modal insan adalah merupakan kecemerlangan yang perlu ditingkatkan kerana dengan adanya modal insan yang cemerlang, sesebuah Negara itu akan menjadi semakin maju dan akan dapat melahirkan tenaga pakar pada masa hadapan.



..................................................................................................................................................................

ISL    KE – 7

Hasilkan proses pembentukan perlembagaan

LAPORAN :
1 April 1946 ( pembentukan Malayan Union)
·         British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945. Diikuti dengan 
          pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946.
·         Terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945.
·         Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam 
          perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 
         1946. Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu1946. 

         Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari     raja-raja Melayu dan Rakyat Tanah Melayu.1 Febuari 1948 ( Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu )Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.Hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada 1 Februari 1948 = Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948.Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi  British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggot rasmi dan sebilangan besar  anggota tidak rasmi akan dipilih.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) - 1949
·         Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.  Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan. Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Perlembagaan Kemerdekaan 1957

·              Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963.
·    
                 Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
                Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dilampirkan dalam Jadula Perjanjian Malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak.

REFLEKSI :

Melalui latihan isl yang dilaksanakan kali ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku sepanjang tempoh menuntut kemerdekaan ini dan sepanjang tempoh ini juga berlaku beberapa peristiwa penting yang mengakibatkan Negara kita mencapai kemerdekaan dan seterusnya menjadi sebuah Negara yang diberi nama Malaysia.
            Di samping itu, latihan ini juga dapat mengukuhkan lagi pengetahuan saya mengenai punca-punca yang membawa kepada kemerdekaan Negara kita iaitu seperti yang kita ketahui punca utama pemimpin Melayu Negara kita menuntut kemerdekaan adalah apabila British ingin membentuk Malayan Union dan ini menerima tentangan yang hebat daripada golongan celik akal dan juga keseluruhan rakyat di Tanah Melayu sehingga mencetuskan kepada penubuhan UMNO dan juga Parti Perikatan yang akhirnya membawa kepada kejayaan mencapai perpaduan.
..................................................................................................................................................................

ISL KE-8

Menilai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik hari ini.

Laporan :

            Pada masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum Melayu. Pada masa kini, pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak menggoncangkan perpaduan antara pelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu peristiwa yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman penjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa tempoh masa itu bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

            Daripada ketiga-tiga unsur yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu agama, bahasa dan juga hak istimewa, saya berpendapat bahawa bahasa adalah merupakan satu eleman yang sangat penting untuk memastikan hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan kukuh. Ini kerana daripada bahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh bergabung dan menggunakan satu bahasa yang sama. Ini dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabila kanak-kanak yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah rendah iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewaktu di sekolah, ini akan dapat meningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu sendiri. 

            Apabila murid-murid ini sudah dewasa, mereka akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dan juga seperti yang kita ketahui bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Negara ini dan kaum-kaum lain akan menguasai bahasa Melayu demi memperlihatkan kesetiaan kepada Negara kita Malaysia. Dengan ini, setiap kaum akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu dan semestinya dalam tidak kita sedari, perpaduan akan semakin meningkat.


REFLEKSI :

Melalui tajuk ini, saya dapat membincangkan mengenai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik pada hari ini. Saya juga dapat menghuraikan permasalahan yang berlaku pada masa kini yang berpunca daripada ketidaksefahaman dan juga ada perasaan tidak berpuas hati dengan unsur-unsur yang telah diperlembagakan ini.
            Selain itu, saya juga dapat membincangkan bagaimana sekiranya semua kaum di Negara ini mempunyai satu bahasa yang sama iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian dan digunakan dalam semua aktiviti. Ini akan dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat di Negara kita dan seterusnya dapat mempertahankan kemerdekaan Negara kita.
.................................................................................................................................................................. 

ISL KE – 9

Analisis dasar Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) dalam konteks hubungan etnik.

LAPORAN  :  Kerangka Pelan Induk PembangunanPendidikan 2006-2010

Melalui teras pelan induk pembangunan pendidikan yang pertama iaitu membina Negara bangsa, kita dapat melihat dengan jelas bahawa teras ini dilaksanakan dan mempunyai satu dasar yang sangat penting iaitu untuk mengukuhkan lagi perpaduan serta membina identity nasional dalam kalangan pelajar di sekolah.
            Selain itu, bagi teras memperkasa sekolah kebangsaan pula adalah merupakan satu kaedah yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum memilih untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan. Melalui teras ini, ia akan dapat meningkatkan dan juga mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan memastikan semua sekolah mempunyai kesamarataan dalam apa juga program dan beroperasi secara berkesan untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan murid-murid.


REFLEKSI  :

Melalui soalan ISL kali, saya dapati bahawa pada akhirnya institusi pendidikan adalah merupakan satu wadah utama yang sangat penting dalam usaha menerapkan nilai-nilai perpaduan dan sebagai satu agen pencetus kepada semangat patriotism dalam kalangan murid-murid di sekolah.
            Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang telah saya analisis juga telah memberi saya pengetahuan yang baru di mana kesemua dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi perpaduan nasional dalam kalangan murid-murid di sekolah.
            Seperti yang kita ketahui, sekolah adalah merupakan sebuah pusat pertemuan murid daripada pelbagai kaum dan agama dan apabila hendak menerapkan sesuatu nilai itu sama ada nilai perpaduan ataupun apa sahaja nilai, sekolah adalah merupakan wadah utamanya. Murid-murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai patriotism semenjak dibangku sekolah lagi seperti “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Justeru, dengan adanya PIPP ini dan pelbagai usaha yang lain, sudah pasti perpaduan di Negara kita akan dapat ditingkatkan dan keamanan di Negara kita akan dapat dikekalkan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!