Tuesday, April 3, 2012

KKB


KERJA KURSUS
PPG AMBILAN JUN 2011

   


TUGASAN KERJA KURSUS – PROJEK


Geometri merupakan bentuk yang menarik dan dapat dilihat dalam kehidupan harian kita. Bentuk geometri dalam kursus ini termasuk geometri satah dan geometri dalam tiga dimensi. Anda akan mengkagum dengan bentuk-bentuk geometri ini selepas melaksanaan projek ini.

Kerja kursus ini merangkumi dua bahagian: (a) Ujian dan (b) Pameran.

Bahagian A: Ujian (25%)

Semua pelajar dikehendaki mengambil ujian  pada tarikh 7.4.12. Topik-topik yang akan diuji adalah berkaitan dengan teselasi satah,simetri  satah dan transformasi;  bongkah sekata dan tidak sekata; dan  pembinaan geometri-kertas kejuruteraan.

Bahagian B: Pameran (75%)
Salah satu aktiviti kursus ini ialah merancang satu pameran mini. Anda telah dipilih untuk merancang pameran GEOMETRI. Pameran itu mesti merangkumi perkara berikut:

  • Teselasi satah
  • Bongkah sekata dan separa sekata (regular and semi-regular solids)
  • Buku kejuruteraan kertas pop-up (Pop-up paper engineering)

Sebagai seorang guru matematik, anda  perlu mengaplikasikan konsep matematik yang  telah anda belajar dalam kursus ini untuk melaksanakan projek anda .Projek ini perlu dijalankan 4 orang dalam satu kumpulan:
1. Menghasilkan
           
(a)  Satu teselasi satah dengan menggunakan GSP secara individu
      (b) Kit guru yang mengandungi  5 bongkah platonik, 6 bongkah Archimedi,  2 bongkah Keppler-Poisot   dan jaringannya
       (c) Satu buku kejuruteraan pop-up sekurang-kurangnya 10 muka surat ( pop-up paper engineering book) yang boleh digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah.
2. Pamerkan hasil  di atas pada  19-23 Mac 2012 di sekolah pilihan anda. Ambil gambar untuk  setiap bahan pameran anda.

3. Menulis laporan reflektif secara individu berkaitan dengan pengetahuan yang diperoleh daripada pemahaman dan pengalaman baru.
4. Kumpulkan jaringan bongkah-bongkah itu dan gambar:   teselasi,  setiap bongkah, buku pop-up dan pameran  dalam folio anda. Buku pop-up  dan teselasi juga perlu disertakan.

Peringatan
-          Laporan : Font-  Arial, size 12 dan langkau baris 1 1/2
-          Bahan bacaan dari pelbagai sumber yang berkaitan dengan teselasi satah, bongkah –bongkah 3D dan kejuruteraan kertas pop-up  dan bibliografi perlu disertakan
-          Hantar tugasan dalam bentuk  hard copy dan soft copy. Gambar: bongkah, buku pop-up dan pameran perlu disertakan.
-          Bahan-bahan pameran perlu dihantar pada 24 Mac 2012

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!