Tuesday, April 3, 2012

Bermain

Main mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995)

Kepentingan bermain:

Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :

  • Meluahkan idea, perasaan dan emosi 
  • Tenang dan beriadah 
  • Menggunakan tenaga yang berlebihan 
  • Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa 
  • Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek 
  • Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial 
  • Membudayakan proses pembelajaran 
  • Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni 

Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:

  • Menggerakkan psikomotor 
  • Meningkatkan kemahiran fizikal – berlari, melompat, memanjat 
  • Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria – bau, sentuh 
  • Meningkatkan kemahiran manipulatif – mencantum, melukis, menampal 
  • Meningkatkan kemahiran mengimbang – renang, kawal pernafasan 

Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:

  • Belajar berinteraksi secara positif 
  • Belajar menghormati hak orang lain 
  • Menghargai alam sekitar 
  • Menghormati nilai budaya 

Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:

  • Mendengar 
  • Berbahasa 
  • Membaca 
  • Berbincang 
  • Berlakon 

Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :

  • Belajar konsep 
  • Meningkatkan keupayaan kognitif 
  • Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif 
  • Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan 
  • Membantu dalam menyelesaikan masalah 
  • Membina kemahiran sosial 
  • Memahami dunia sekeliling 
  • Mempelajari bahasa 
  • Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan 
  • Membina kemahiran kendiri yang positif 
  • Memupuk sikap tanggungjawab 
  • Mempelajari peranan orang dewasa 

Kategori Main:

Permainan Sosial:

Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan
Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat

Permainan Sosial

Jenis-jenis :

  • Main Unoccupied – tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya berada dalam kawasan permainan 
  • Main Solitary – bermain seorang diri tanpa menghirau orang lain 
  • Main Onlooker – memerhati rakan-rakan bermain 
  • Main Parallel – bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri 
  • Main Associative – bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan 
  • Main Cooperative – bermain dan bekerjasama dalam kumpulan 

Jenis permainan kognitif :

Main simbolik

  • menggunakan imaginasi dan main peranan
  • gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya

Main berfungsi

  • melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk
  • menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola
  • mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan

Main konstruktif

melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia
guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti
alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli ttp. Untuk membina sesuatu yang lain


Main berperaturan

  • permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan
  • peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama
  • peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah
  • memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi spt. mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, berkompromi dsb.

Secara ringkas, ciri-ciri main adalah :

  • Penglibatan aktif 
  • Motivasi intrinsik 
  • Bebas untuk memilih 
  • Menyeronokkan 
  • Melibatkan proses penyesuaian 
  • Penerokaan 
  • Simulasi 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!