Friday, April 6, 2012

Anak Anugerah Allah Kepada Kita

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak". Siapa yang tak mahu anak mereka berjaya? Lebih-lebih lagi cemerlang dunia dan akhirat...... ..........

Kumpulan anak-anak cemerlang yang berkelayakan ke peringkat yang lebih tinggi tetapi gagal melanjutkan pengajian ekoran bilangan tempat yang sangat terhad menjadi isu utama. Kenapa?

Anak kita tidak ada pilihan lain selain dari menjadi seorang anak pintar dan 'outstanding' bagi mendapat peluang yang baik dalam persaingan-persaingan yang bakal ditempuhi mereka.

Adakah kita masih leka dengan perkara ini? Atau dapat kita rasakan bahawa suatu hari nanti anak kita boleh tempuhi semua ini tanpa perlukan sebarang campurtangan daripada kita sebagai ibu bapa?

Bagi saya, ibu bapalah yang memainkan peranan yang paling penting dalam pendidikan anak-anak dengan bantuan guru-guru di sekolah. 

Itulah bertuahnya kita apabila diberi peluang untuk melihat perkembangan anak-anak dari 2 sudut berbeza iaitu ibu bapa dan guru. Keikhlasan kita dalam mendidik murid-murid di sekolah secara tidak langsung turut memberi harapan kepada kita supaya anak kita juga dapat dididik dengan penuh keikhlasan. Harapan , dorongan, doa dan tawakal perlu seiring bagi membantu anak-anak lebih bersemangat dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar. 

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa dan guru perlu bijak memainkan peranan dalam menghasilkan produk yang cemerlang. 

Pendekatan! erm...masing-masing ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Ada anak , berkesan dengan cara pujukan. Ada juga , lebih berkesan dengan cara paksaan. Kenapa zaman kita dulu dididik dengan rotan? tali pinggang? semata-mata untuk hadir ke sekolah. Menjadik juga akhirnya........

Kesimpulannya, setiap tindakan kita dalam mendidik anak atau murid ada batasannya. Ada pro and contranya. Yang penting, kita sebagai ibu bapa /guru harus pandai memainkan peranan seperti teknik boneka...... Pementasan yang baik mempunyai jalan cerita yang menaik dan kebijaksanaan sipencerita dalam mengadun jalan cerita watak yang hendak diketengahkan mampu meninggalkan kesan di hati penontonnya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!