Wednesday, November 23, 2011

Soalan Spot 2

1.            Peranan matematik meliputi semua yang berikut kecuali
(A)         Memastikan Wawasan 2020 tercapai
(B)         Meningkatkan keupayaan penyelesaian masalah
(C)         Membantu pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi
(D)         Melatih minda manusia untuk menaakul secara logic dan rasional

2.            Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah merupakan padanan yang salah tentang sumbangan sesebuah negara terhadap perkembangan ilmu matematik

(A)         China – sistem nombor perpuluhan
(B)         Babylonia – sistem nombor asas 60
(C)         Arab – angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9
(D)         Egypt – sistem nombor berasaskan gambar rajah

3.            Semua pernyataan berikut berkaitan dengan system nombor adalah benar kecuali

(A)         Nombor bulat termasuk juga 0
(B)         Nombor nyata terdiri daripada nombor nisbah sahaja
(C)         Nombor asli terdiri daripada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 sahaja
(D)         Nombor bulat yang bernilai negatif boleh dikelaskan sebagai integer

4.            Nilai matematik memberi penekanan kepada beberapa aspek tertentu.  Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan padanan yang betul?

(A)         Misteri – keajaiban idea-idea Matematik
(B)         Rasionalisme – hujah, penaakulan dan analisis logikal
(C)         Keterbukaan – demonstrasi, pembuktian dan penerangan
(D)         Empiricisme – penguasaan hukum, fakta dan prosedur Matematik

5.         Kurikulum Sekolah Rendah Matematik menekankan keupayaan untuk menguasai kemahiran asas dan pembangunan menyeluruh dari aspek fizikal, mental, emosi dan rohani.

Matlamat yang paling tepat untuk menyokong pernyataan di atas adalah untuk:

(A)         memenuhi keperluan dan cabaran masa depan

(B)         mengemaskini sukatan pelajaran Matematik setiap tahun

(C)         memperkenalkan aktiviti pembelajaran berbantu komputer

(D)         memperkenalkan strategi baru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik


6.         Projek Nuffield Mathematics mengemukakan beberapa konsep baru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pilih kenyataan yang tidak berkaitan dengan konsep projek tersebut

(A)         Objektif utama adalah untuk membimbing pelajar sekolah rendah belajar
Matematik  melalui pengalaman konkrit

(B)         Strategi pengajaran melibatkan pemusatan pelajar, pemusatan bahan,
kaedah penemuan dan membuat projek

(C)         Falsafah utama boleh diringkaskan sebagai saya dengar saya lupa, saya
lihat saya ingat dan saya buat saya faham.

(D)         Memperkenalkan kaedah baru  dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme


7          Kenyataan berikut terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kecuali:

(A)         Pendidikan berhasrat untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

(B)         Pendidikan merupakan usaha berterusan untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu

(C)         Pendidikan direkabentuk untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, kompeten dan mempunyai nilai murni yang tinggi

(D)         Pendidikan mampu membantu mencapai tahap kehidupan yang tinggi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian masyarakat dan negara



8.         Salah satu tonggak utama dalam pengajaran-pembelajaran Matematik ialah aplikasi teknologi.

Antara berikut, yang mana satu sesuai digunakan oleh guru di sekolah rendah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran-pembelajaran Matematik?

(A)         Kalkulator grafik
(B)         Kalkulator saintifik
(C)         Geometer’s Sketch Pad (GSP)
(D)         Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 





9.                                                             12 = 1
                                                  112 = 121
                                                1112 = 12321
                                            11112 = 1234321
             .                .
             .               .
             .               .
                                               1111112 =       ?

    Rajah 1

Antara strategi penyelesaian masalah berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah seperti di Rajah 1?
  
(A)         Cubajaya
(B)         Membina jadual
(C)         Mengecam corak
(D)         Bekerja ke belakang


10.       Antara berikut, yang manakah merupakan kemahiran matematik yang ditekankan dalam Matematik KBSR?

I           Membuat ukuran
II          Mengumpul data
III         Membuat anggaran
IV        Mewakili perkaitan secara matematik
V         Mewakili maklumat dalam bentuk graf dan carta

            (A)       I dan II
            (B)       I, II dan III
            (C)       I, II, III dan V
            (D)       I, II, III, IV dan V


11.       Antara pernyataan-pernyataan berikut yang manakah tidak berkaitan dengan falsafah pendidikan Matematik KBSR?

(A)       Penekanan penguasaan konsep dan kemahiran asas Matematik
(B)       Aktiviti pengajaran-pembelajaran perlu melibatkan setiap murid secara aktif

(C)       Penilaian perlu dilakukan pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran

(D)       Pendekatan pengajaran-pembelajaran yang disarankan ialah konstruktivisme




12.       Antara pernyataan-pernyataan berikut yang manakah tidak ditekankan dalam Matematik KBSM?

(A)         Algebra sebagai salah satu strategi penyelesaian masalah
(B)         Teknologi boleh digunakan untuk menggantikan peranan guru Matematik
(C)         Perkaitan antara pengiraan, ukuran, geometri, algebra dan penyelesaian masalah
(D)         Mewakili maklumat dalam bentuk jadual, graf, rajah, persamaan dan ketaksamaan


13.       “Perkaitan” merupakan salah satu bidang pembelajaran di bawah Matematik KBSM. Topik-topik berikut dirangkumkan dalam bidang pembelajaran “Perkaitan” kecuali

(A)         Indeks
(B)         Koordinat
(C)         Kuasa dan Punca Kuasa
(D)         Ungkapan dan Persamaan Kuadratik



14.       Guru memain peranan yang sangat penting dalam melaksanakan perbincangan kelas. Untuk menjadikan sesi perbincangan lebih berkesan guru perlu

(A)         memberi kebebasan untuk pelajar melibatkan diri atau sebaliknya semasa sesi perbincangan

(B)         mendengar pandangan pelajar dengan teliti dan memberi pendapat untuk mempengaruhi pandangan pelajar

(C)         meminta pelajar untuk menjelaskan dan memberi justifikasi tentang pendapat mereka secara lisan atau bertulis

(D)         menyediakan penyelesaian untuk pelajar sebelum perbincangan dilakukan untuk memendek tempoh masa perbincangan



15.       National Council of Teachers of Mathematics (NCTM)  merupakan badan akademik yang berkaitan dengan pendidikan matematik yang terbesar di dunia. Kesemua kenyataan berikut berkait dengan peranan NCTM kecuali

(A)       mewakili suara ahli akademik dalam pendidikan matematik

(B)       menerbitkan standard yang berpengaruh dalam pendidikan matematik

(C)       memastikan pembelajaran matematik berkualiti tinggi diberi dengan pelajar

(D)       menganjurkan persidangan Matematik di peringkat kebangsaan  dan antarabangsa




16.        Objektif penubuhan Panel Matematik dalam sesebuah sekolah adalah untuk

(A)       menyelaras pandangan dan pendapat guru matematik, ibu-bapa dan pengurusan sekolah

(B)       memberi peluang untuk semua guru matematik menerajui Panel Matematik secara bergilir

(C)       melibatkan guru matematik secara meluas dengan semua aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah

(D)       meningkatkan semangat bekerjasama guru matematik supaya pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan




17.       Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan guru-guru untuk pembelajaran sepanjang hayat. Pilih kelebihan yang kurang relevan bagi pembelajaran sepanjang hayat

(A)       meningkatkan ilmu

(B)       melanjutkan kitaran hayat

(C)       menghasilkan motivasi kendiri

(D)       meningkatkan keupayaan bekerja



18.       Pada awal tahun 2003, Sains dan Matematik telah diajar dalam bahasa
Inggeris.  Kesan penting yang paling cepat terhasil dari implementasi amalan ini
ialah pelajar mampu:
(A)         meningkatkan kecekapan dalam bahasa Inggeris dan matematik.

(B)         mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk  mendapat pekerjaan di luar negara

(C)         berkomunikasi dalam matematik menggunakan bahasa Inggeris dengan pelajar luar negara

(D)         meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sebab memperolehi lebih banyak sumber 
pengetahuan yang ditulis dalam bahasa Inggeris



19.       Pilih kenyataan berikut yang bukan merupakan objektif Sekolah Bestari

(A)         Membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani pelajar

(B)         Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi

(C)         Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu

(D)         Meningkatkan penglibatan ibu-bapa dalam mengurus dan mentadbir sekolah



20.       Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan matematik dengan cara

I.              membantu meningkatkan kualiti latihan guru

II.            menggantikan penggunaan buku teks di bilik darjah

III.           mengurangkan peranan guru dalam proses pembelajaran

IV.          membantu pemerolehan kemahiran asas melalui latih tubi

(A)         I dan IV sahaja

(B)         II dan III sahaja

(C)         I, III, dan IV sahaja

(D)         II, III, dan IV sahaja


1.            (a)       Dalam KBSR sukatan Matematik terbahagi kepada dua tahap: Tahap 1 ( Tahun 1 – 3) dan Tahap 2 (Tahun 4 – 6). Nyatakan aspek-aspek yang ditekankan dalam kedua-dua tahap tersebut

(i)            Tahap 1: __________________________________________________

            __________________________________________________

(ii)          Tahap 2: __________________________________________________

            __________________________________________________


 (2 markah)


             (b)       Nyatakan empat objektif kurikulum matematik sekolah rendah

i.____________________________________________________________

ii____________________________________________________________

iii____________________________________________________________

iv____________________________________________________________
 (4 markah)


        (c)        Beri empat topik utama dalam pengajaran matematik sekolah rendah

i._____________________________________________________________

ii_____________________________________________________________

iii._________________________________________________________
iv.____________________________________________________________
(4 markah)



2.         (a)       Terdapat lima tonggak utama dalam pengajaran-pembelajaran Matematik. Salah  satu  daripadanya ialah komunikasi dalam Matematik. Nyatakan dua kemahiran komunikasi dalam Matematik.
            i _____________________________________________________________
            ______________________________________________________________
            ii_____________________________________________________________
            ______________________________________________________________
[2 markah]
          
           (b)       Beri satu contoh perkaitan antara Matematik dengan matapelajaran yang lain.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
            [4 markah]

(c)        Cadangkan dua aktiviti yang boleh menggalakkan penaakulan secara matematik.
(i)         _____________________________________________________
            _____________________________________________________
            _____________________________________________________
(ii)        _____________________________________________________
            _____________________________________________________
            _____________________________________________________


3.         Cikgu Lim telah melaksanakan kajian tindakan di sekolahnya dengan tujuan untuk meningkatkan keupayaan murid menghafal sifir dengan strategi  baru yang sangat berkesan. Cikgu Lim berhasrat untuk menyebar luas dan berkongsi penemuan barunya dengan guru-guru Matematik yang lain.
(a)   
                                      Nyatakan dua kaedah dan kelebihan setiap satunya yang diboleh digunakan oleh Cikgu Lim untuk 
                   menyebar luas dan berkongsi penemuan barunya

(i)            Kaedah 1:_________________________________________________
         Kelebihan: _________________________________________________


(ii)          Kaedah 2:__________________________________________________
         Kelebihan :________________________________________________

(4 markah)

(b)   Semasa menyediakan laporan hasil penemuannya Cikgu Lim perlu mengambil
kira beberapa perkara yang penting. Jelaskan tiga perkara dengan huraian ringkas yang perlu Cikgu Lim titik beratkan.

i.      _____________________________________________________________
     _____________________________________________________________
ii.   _____________________________________________________________
     _____________________________________________________________
iii.  _____________________________________________________________
     _____________________________________________________________
            (6 markah)



4. (a)   Nyatakan dua contoh dan dua tujuan teknologi digunakan dalam Sekolah Bestari

            Contoh:
(i)             _______________________________________________________

(ii)           _______________________________________________________

                           
            Tujuan:

(i)             _______________________________________________________

(ii)           ________________________________________________________    

 (4 markah)


(b)   Guru yang kompeten dan berpengetahuan merupakan guru yang boleh mengintergrasi pengajaran dengan teknologi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa buah sekolah yang tidak mendapat akses kepada teknologi. Nyatakan tiga masalah yang dihadapi oleh sekolah untuk mengakseskan teknologi                                                                          

i.      _________________________________________________________
     _________________________________________________________
                 ii.   _________________________________________________________
                       _________________________________________________________
                iii    _________________________________________________________    
                       _________________________________________________________  
                                                                                                                                                  (6 markah)

           




1       (a)          Dengan bantuan contoh-contoh yang sesuai, terangkan mengapa
Matematik dikatakan sebagai
(i)            satu kajian corak dan hubungan
(ii)          satu cara penaakulan
[10 markah]

          (b)          Terangkan sumbangan mana-mana dua orang tokoh Matematik berikut:
                        (i)         Liu Hui (220 – 280 A.D.)
                        (ii)        Muhammad Bin Musa Al-Khwarizmi (780 – 850 A.D.)
(iii)         Johann Friedich Carl Gauss (1777 – 1855)
[10 markah]

2.         (a)       Pada  tahun  1956  Penyata  Razak  yang  berkaitan  dengan    kurikulum
pendidikan telah dikemukakan. Selepas itu pada tahun 1970 terdapat satu perkembangan baru dalam Matematik telah diperkenalkan. Nyatakan kenapa Penyata Razak dikemukakan dan kandungan penyata tersebut. Nyatakan juga apakah perkembangan baru dalam Matematik pada tahun 1970.
(4 markah)


(b)          Visi pembelajaran, pengajaran dan penilaian matematik  terdapat dalam beberapa standard  yang dikemukakan yang oleh National Council of Teachers of Mathematics (NCTM).  Nyatakan empat standard NCTM yang berkaitan
( 4 markah)



(c)             Selepas Perang Dunia kedua beberapa perkembangan baru dalam Silibus Matematik telah diperkenalkan oleh Great Britain and USA.  Perkembangan baru ini telah mempengaruhi perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia. Nyata dan huraikan tiga projek yang terlibat.
(12  markah)
3.         Berdasarkan satu topik yang dipilih daripada Sukatan Pelajaran Matematik KBSR atau KBSM, terangkan bagaimana anda mengintegrasikan mana-mana empat tonggak dalam pengajaran-pembelajaran Matematik semasa mengajar topik tersebut dalam bilik darjah.

            Anda dikehendaki menyatakan tonggak yang dipilih dan menerangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk membolehkan anda mengintegrasikan tonggak tersebut dalam pengajaran-pembelajaran topik tersebut.
(20 markah)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!