Saturday, March 12, 2011

Langkah-langkah langganan Zoom-a

Langkah Langganan Zoom A Oleh Pelajar (Pendaftaran Baru).
1. Yuran langganan Zoom A ialah RM100  RM10 sahaja setahun tanpa mengira bulan mulai melanggan. (Tamat pada 31 Disember setiap tahun)
2. Yuran langganan Zoom A hendaklah dibayar melalui sekolah masing-masing.
3. Setiap pelajar akan mendapat satu 'tiket langganan' melalui sekolah masing-masing setelah yuran langganan dijelaskan kepada One Touch Education Sdn. Bhd. oleh pihak sekolah.
4. Pelajar dapat mendaftarkan akaun masing-masing melalui laman web Zoom A mengikut arahan yang terdapat pada 'tiket langganan'.
Langkah Langganan Zoom A Oleh Pelajar (Memperbaharui Akaun).
1. Menjelaskan yuran langganan Zoom A sebanyak RM10 melalui pihak sekolah masing-masing.
2. Pelajar akan mendapat satu 'tiket langganan' melalui sekolah masing-masing setelah yuran langganan dijelaskan kepada One Touch Education Sdn. Bhd. oleh pihak sekolah.
3. Pelajar dapat memperbaharui akaun masing-masing melalui laman web Zoom A mengikut arahan yang terdapat pada 'tiket langganan'.
4. Langkah ini membolehkan pelajar mengekalkan nama pengguna dan kata laluan asal. Ini termasuk mengekalkan nama e-mel dan laman web pelajar.
5. Tempoh untuk memperbaharui akaun lama hanya sah sehingga akhir bulan Januari. Pelajar yang gagal berbuat demikian setelah tempoh pembaharuan terpaksa mendaftarkan akaun yang baru. (Nama pengguna, e-mel, dan laman web pelajar yang asal akan lupus tanpa notis)
Langkah Langganan Zoom A Oleh Pihak Sekolah
1. Yuran langganan Zoom A bagi setiap pelajar ialah RM10 setahun tanpa mengira bulan mulai melanggan. (Tamat pada 31 Disember setiap tahun).
2. Yuran langganan Zoom A daripada pelajar sesuai diselenggarakan melalui perantaraan PIBG.
3. Semua yuran langganan Zoom A mesti dibayar atas nama “One Touch Education Sdn. Bhd.” dan diserahkan sama ada kepada:
a) Bendahari Majlis Guru Besar.
b) Poskan Cek Berpalang
One Touch Education Sdn. Bhd.
Lot 378, Jalan Tengku Maharani,
15000 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim, Malaysia.
c) On-line Melalui Salah Satu Bank
One Touch Education Sdn. Bhd.

i Public Bank.
No. Akaun : 3128850215
ii Maybank.
No. Akaun : 503015242604
iii CIMB Bank.
No. Akaun : 03010050601056
4. Sila daftarkan akaun sekolah secara On-line untuk mencetak 'tiket langganan' pelajar. Abaikan arahan ini, sekiranya akaun sekolah sudah didaftar. Sila klik di sini untuk mendaftar akaun sekolah.
5. Sila lengkapkan borang tempahan secara On-line setelah bayaran di atas sudah diselenggara.
6. Pihak sekolah boleh mencetak 'tiket langganan' untuk diedarkan kepada semua pelajar yang melanggan setelah yuran langganan sudah diterima oleh pihak pengurusan One Touch Education Sdn. Bhd.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
ONE TOUCH EDUCATION SDN. BHD.
melalui talian:
09-744 3044 / 09-744 2144 / 09-748 2144 / SMS : 012-983 6060 / Faks : 09-746 1558
E-Mel : onetouch@zoom-a.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

Designed By Blogs Gone Wild!